https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/18038-india-china-tandatangan-mou-beli-2-5-juta-tan-minyak-sawit-tahun-depan
Sumber: berita.rtm.gov.my

PUTRAJAYA - Pasaran minyak sawit Malaysia dijangka terus berkembang menerusi kerjasama strategik yang dijalin antara syarikat Bohai Commodity Exchange (BOCE) Malaysia/ASEAN dengan syarikat rantaian pembekal komoditi antarabangsa, Hakan Agro DMCC dan BOCE Global.

Kerjasama itu dimeterai menerusi satu memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani ketiga-tiga pihak disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok berkata, kerjasama tersebut bakal merangsang kegiatan perdagangan minyak sawit Malaysia dengan penyertaan lebih banyak syarikat komoditi peringkat global.

Ini terbukti apabila syarikat Hakan Agro DMCC sudah bersetuju untuk membeli kira-kira sejuta tan minyak kelapa sawit tempatan untuk pasaran India.

Bagi syarikat BOCE Global dari China pula, menyasarkan untuk mengimport sejumlah 1.5 juta tan minyak kelapa sawit bagi pasaran China untuk tahun depan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis menandatangani MOU tersebut di Putrajaya.