INTRODUCTIONSCOPE AND VALUE LIMITSMEETING SCHEDULE FOR JTICT & JPICTPROCEDUREREFERENCE

 PERMOHONAN KELULUSAN PROJEK ICT
DI KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)

 

JTICT KPK bertanggungjawab memproses, menilai, mengeyorkan dan mempertimbangkan perakuan teknikal perolehan/ projek ICT KPK (Bahagian / Unit di KPK) dan semua Agensi di bawah KPK (MPOB, LGM, MTIB, LKM, MPB dan LKTN) kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPK. Semua permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT Agensi hendaklah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing sebelum dikemukakan kepada pihak JTICT KPK.

Projek ICT yang dikemukakan perlulah terkandung dalam Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KPK atau PSP Agensi masing-masing dan mengikut had nilai di bawah kuasa kelulusan JTICT/JPICT KPK seperti yang dinyatakan dalam SPA Bil 3/2015.

Mesyuarat JTICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) [TKSU(P)] merangkap Chief Digital Officer (CDO) KPK.

JPICT KPK bertanggungjawab menyelaras dan memantau  permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT di KPK dan Agensi di bawah KPK. Selain itu, JPICT juga bertanggungjawab menilai dan meluluskan semua perolehan/ projek ICT KPK dan Agensi di bawah KPK yang telah mendapat pengesyoran dan pertimbangan perakuan teknikal JTICT KPK.

Mesyuarat JPICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha [KSU] KPK.

SKOP DAN HAD NILAI JAWATANKUASA JPICT /JTICT KPK

 

Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT AGENSI

  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM50,000 atau lebih;
  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM50,000 atau lebih

Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT KPK

  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM500,000 atau lebih;
  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM500,000 atau lebih

Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTISA MAMPU

  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM1 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA
  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM5 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA

 

Diagram Had Nilai dan Perkingkat Kelulusan Teknikal Projek ICT (SPA Bil. 3/2015)

JPICT HadNilai

Agensi yang berhasrat untuk melaksanakan perolehan/ projek ICT hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT kepada KPK dan dibentangkan. Semua permohonan adalah wajib dan telah telah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing.

Seterusnya, JTICT KPK akan mengesyorkan perolehan/ projek ICT kepada JPICT untuk diperakukan oleh JPICT KPK. Sekiranya had nilai melebihi nilai yang  dihadkan kepada KPK, JPICT akan mengesyorkan/ memperaku pemohonan kepada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) MAMPU seperti had nilai kelulusan yang  telah ditetapkan. Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT KPK adalah seperti berikut:

JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) KPK, TAHUN 2023

PENGERUSI : YBRS. ENCIK ABDUL HADI BIN OMAR - TKSU(P) KPK merangkap CDO KPK
URUS SETIA : BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM), KPK

No. Mesyuarat Tarikh Mesyuarat
(Perancangan) 
Tarikh Akhir Penghantaran
Kertas Makluman/ Kelulusan Projek
 Tarikh Mesyuarat
(Sebenar) 
1. JTICT Bil. 1/2023 16 Februari 2023 / 9:30 pg (Khamis) 8 Februari 2023 (Rabu)/ 12:00 Tengah Hari 21 Februari 2023 / 9:30 pg (Selasa)
2. JTICT Bil. 2/2023 9 Mei 2023 / 9:30 pg (Selasa)    Akan dimaklumkan
3. JTICT Bil. 3/2023 8 Ogos 2023 / 9:30 pg (Selasa)    Akan dimaklumkan
4. JTICT Bil. 4/2023 1 November 2023 / 9:30 pg (Rabu)    Akan dimaklumkan

 

JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KPK, TAHUN 2023

PENGERUSI : YBHG. DATUK ZURINAH BINTI PAWANTEH - KSU KPK
URUS SETIA : BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM), KPK

No. Mesyuarat Tarikh Mesyuarat
(Perancangan) 
 Tarikh Mesyuarat
(Sebenar) 
1. JPICT Bil. 1/2023  28 Februari 2023 / 9:30 pg (Selasa)  Akan dimaklumkan
2. JPICT Bil. 2/2023  23 Mei 2023 / 2:30 ptg (Selasa)  Akan dimaklumkan
3. JPICT Bil. 3/2023  22 Ogos 2023 / 9:30 pg (Selasa)  Akan dimaklumkan
4. JPICT Bil. 4/2023  15 November 2023 / 9:30 pg (Rabu)  Akan dimaklumkan

FORMAT KERTAS PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT

  • Templat Kertas Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2023 (Word)
  • Templat Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2023 (PowerPoint)

PELAKSANAAN

Semua permohonan kelulusan perolehan / projek ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) MAMPU di alamat http://profit.mampu.gov.my/ sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT).

KPK dan Agensi juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebelum Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan, melalui e-mel kepada bpm [DOT] strategik [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my :-

  • Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (Word)
  • Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (PowerPoint)
  • Maklum Balas Mesyuarat JTICT/JPICT lepas.
  • Laporan Status Terkini Pelaksanaan Projek ICT di KPK & Agensi
  • Slaid Kertas Makluman ICT (jika ada)

Format MAMPU 

  • Permohonan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
    • Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT agensi, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan tersebut melalui emel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office di alamat emel urussetiajtisa [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my dan mygovcloud [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my

No. Nama Dokumen Muat Turun
1. Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam https://dasar.mampu.gov.my/search-d/download-file/36/bd42cd7e0dd4e8d709eb409e2036fa39
2. Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam https://dasar.mampu.gov.my/search-d/download-file/124/a0076a7b0cf30b204f640372e8cc6500
3.  Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) https://dasar.mampu.gov.my/search-d/download-file/146/1f7c98812258b87e3277694529b4e543
4. Surat PKPA - Tadbir Urus Wang Kumpulan Amanah Projek ICT (KWAICT) Sektor Awam https://dasar.mampu.gov.my/search-d/download-file/154/1f6994397d93c03fc57b03c5d857cfa4
5. Repositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam https://dasar.mampu.gov.my/


For more information and enquiries please contact:

Strategic Planning and ICT Project Management Unit
Information Management Division

Ministry of Plantation and Commodities
No. 15, Level 5-13,
Persiaran Perdana,
Precint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Phone : 03-88803419
Email: bpm.strategik [@] mpic.gov.my