IntroductionServicesFacilitiesCollectionsDigital SourcesRules & RegulationsProgramme@LibKPKSocial MediaOur Location
 

Background

mpic libraryPerpustakaan Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah diwujudkan pada tahun 2008 dan ditadbir urus oleh Unit Perpustakaan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP), KPK. 

Objectives

Perpustakaan KPK menyediakan perkhidmatan perpustakaan dan maklumat dalam bidang agrikomoditi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik. 

Operation Hours

Monday - Thursday
8.30 am - 4.30 pm

Friday
8.30 am - 4.30 pm


CLOSE

Friday 12.15 noon until 2.45 pm

Weekends & Public Holidays

 

Perkhidmatan

Perpustakaan KPK menyediakan kemudahan peminjaman buku, jurnal, akta dan bahan berkaitan Sektor Agrikomoditi. Selain itu, kami juga menyediakan lawatan ke perpustakaan, menyelaras program galakan membaca, book sharing dan sumber rujukan dokumentasi kepada kakitangan KPK, Agensi, Majlis, para pelajar dan penyelidik.

Mereka yang berminat untuk hadir ke perpustakaan atau berhasrat untuk mendapatkan bahan berkaitan, dimohon untuk mengemukakan permohonan melalui e-mel kepada pustakawan [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my

  • Ruang Bacaan Umum
    • Kemudahan meja dan kerusi yang ditempatkan diseluruh ruang perpustakaan. Boleh menampung maksimum seramai 212 pengguna.
  •  Ruang Bacaan Santai
    • Kemudahan sofa yang ditempatkan di ruang bacaan akhbar dan terbitan bersiri. Boleh menampung maksimum seramai 15 pengguna.
  •  Ruang Seminar/Kursus
    • Kemudahan mengadakan seminar dan kursus yang boleh menempatkan 36 orang peserta.
  •  Ruang Pameran Bertema
    • Ruang khusus untuk pameran bertema perpustakaan dan pameran bertema agensi di bawah KPK.
  •  Wifi
    • Kemudahan internet tanpa wayar.
  •  Kapasiti Pengguna
    • 2 Ruang Bacaan Umum (Meja bacaan) 20 orang
    • 2 Ruang Bacaan Santai (Sofa) 8 orang
    • 2 Ruang Seminar/Kursus 16

Koleksi Perpustakaan KPK terdiri daripada bahan-bahan berasaskan tajuk perkara Sektor Agrikomoditi yang dikhususkan untuk pinjaman dan rujukan warga KPK, Agensi dan Majlis. Pengguna dan penyelidik khususnya daripada luar kementerian hanya dibenarkan membuat rujukan bagi koleksi yang terdapat di perpustakaan ini.

Bahan-bahan di perpustakaan disusun di rak mengikut Skim Pengkelasan Perpuluhan Dewey (DDC) dan di tempatkan mengikut lokasi kategori bahan.

  • Koleksi Pinjaman
    • Koleksi monograf atau buku. Pinjaman dibenarkan untuk warga KPK sahaja.
  • Koleksi Rujukan
    • Koleksi ensiklopedia, kamus, direktori, almanak dan koleksi rujukan terhad.
  • Koleksi Komoditi
    • Koleksi terbitan Komoditi.
  • Koleksi Jurnal
    • Koleksi Jurnal dalam dan luar negara.
  • Koleksi Majalah
    • Koleksi majalah terkini terbitan dalam dan luar negara.
  • Koleksi Terbitan Bersiri Berjilid
    • Koleksi Jurnal, Majalah yang telah dijilid mengikut tahun.
  • Koleksi Laporan Tahunan
    • Koleksi laporan tahunan kementerian dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Koleksi Peperiksaan Kerajaan
    • Khusus untuk keperluan peperiksaan dalam perkhidmatan warga KPK.
  • Koleksi Fiksyen
    • Koleksi fiksyen dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Koleksi Perundangan
    • Koleksi warta kerajaan dan pekeliling.
  • Koleksi Media
    • Koleksi audio visual dalam bentuk disk.

Laman ini memaparkan himpunan pautan sumber digital atau sumber elektronik percuma yang dikongsi oleh agensi-agensi seluruh dunia seperti Perpustakaan Negara dan sebagainya. Ianya disusun dan di indeks secara berabjad.

Polisi Pinjaman dan Pembaharuan Pinjaman untuk semua warga KPK, Lembaga, Majlis, Anak Syarikat, Pelajar, Penyelidik dan Kakitangan Awam.

Peraturan Am

  • Menggunakan Kad Kakitangan ketika membuat pinjaman koleksi
  • Meletakkan koleksi ke troli atau menyusun kembali ke rak asal setelah membacanya
  • Tempahan selewat-lewatnya TIGA (3) hari sebelum penggunaan ruang perpusakaan
  • Pengguna yang membuat salinan fotostat adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas AKTA HAKCIPTA 1987
  • Memulangkan koleksi pinjaman sebelum atau pada tarikh akhir pemulangan
  • Membuang sampah di dalam tong sampah yang telah disediakan
  • Dilarang membawa masuk beg
  • Dilarang mengalihkan perabot perpustakaan
  • Dilarang membawa koleksi perpustakaan tanpa rekod
  • Dilarang makan dan minum di ruang bacaan umum
  • Dilarang menanda, menconteng, melipat, menggunting dan merosakkan koleksi perpustakaan

Program Bersama Perpustakaan : Sedang dikemaskini

 

Sumber Media Sosial/ Facebook : Sedang dikemaskini

Location

PERPUSTAKAAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP)
Aras 7,
Persiaran Perdana, Presint 2
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Telefon : 03-88803442/  03-88878346
Emel : pustakawan [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my


Any enquiries and visitation please email us at:


Puan Nurhafiza binti Jalil
Librarian
nurhafiza [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my / 03-88803442 

Puan Norhaizah Maziah binti Jafar Sidik
Librarian
norhaizah [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my / 03-88878346