https://berita.rtm.gov.my/index.php/semasa/19236-airasia-bakal-bangunkan-penerbangan-biodiesel-berasaskan-minyak-sawit
Sumber: berita.rtm.gov.my

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia akan membangunkan penerbangan biodiesel berasaskan minyak sawit dalam penerbangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menjelaskan, syarikat tersebut akan bekerjasama dengan syarikat penyelidikan dan kementerian berkaitan untuk merealisasikan perkara itu.

Katanya, industri penerbangan menambahkan kira-kira 2% kepada pelepasan karbon.

Justeru, AirAsia akan memperkenalkan penerbangan biofuel pada masa depan yang mampu menjimatkan kos bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon.

Tambahnya, kajian dan pembangunan (R&D) untuk teknologi biofuel penerbangan perlu melibatkan kajian komprehensif memfokuskan tahap kemampuan bahan bakar alternatif berbanding bahan api jet minyak konvensional.

Beliau ditemui media selepas Pelancaran tawaran AirAsia Deals di ibu negara.