INTRODUCTIONSCOPE AND VALUE LIMITSMEETING SCHEDULE FOR JTICT & JPICTPROCEDUREREFERENCE
PERMOHONAN KELULUSAN PROJEK ICT DI KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)
JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) KPK
JTICT KPK bertanggungjawab memproses, menilai, mengeyorkan dan mempertimbangkan perakuan teknikal perolehan/ projek ICT KPK (Bahagian / Unit di KPK) dan semua Agensi di bawah KPK (MPOB, LGM, MTIB, LKM, MPB dan LKTN) kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPK. Semua permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT Agensi hendaklah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing sebelum dikemukakan kepada pihak JTICT KPK.
Projek ICT yang dikemukakan perlulah terkandung dalam Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KPK atau PSP Agensi masing-masing dan mengikut had nilai di bawah kuasa kelulusan JTICT/JPICT KPK seperti yang dinyatakan dalam SPA Bil 3/2015.
Mesyuarat JTICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) [TKSU(P)] merangkap Chief Digital Officer (CDO) KPK.
JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KPK
JPICT KPK bertanggungjawab menyelaras dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT di KPK dan Agensi di bawah KPK. Selain itu, JPICT juga bertanggungjawab menilai dan meluluskan semua perolehan/ projek ICT KPK dan Agensi di bawah KPK yang telah mendapat pengesyoran dan pertimbangan perakuan teknikal JTICT KPK.
Mesyuarat JPICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha [KSU] KPK.
SKOP DAN HAD NILAI JAWATANKUASA JPICT /JTICT KPK
Skop Projek ICT YangMemerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT AGENSI
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM50,000 atau lebih;
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM50,000 atau lebih
Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT KPK
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM500,000 atau lebih;
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM500,000 atau lebih
Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTISA MAMPU
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM1 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM5 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA
Diagram Had Nilai dan Perkingkat Kelulusan Teknikal Projek ICT (SPA Bil. 3/2015)
Agensi yang berhasrat untuk melaksanakan perolehan/ projek ICT hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT kepada KPK dan dibentangkan. Semua permohonan adalah wajib dan telah telah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing.
Seterusnya, JTICT KPK akan mengesyorkan perolehan/ projek ICT kepada JPICT untuk diperakukan oleh JPICT KPK. Sekiranya had nilai melebihi nilai yang dihadkan kepada KPK, JPICT akan mengesyorkan/ memperaku pemohonan kepada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) MAMPU seperti had nilai kelulusan yang telah ditetapkan. Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT KPK adalah seperti berikut:
JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) KPK, TAHUN 2023
PENGERUSI : YBRS. ENCIK ABDUL HADI BIN OMAR - TKSU(P) KPK merangkap CDO KPK URUS SETIA : BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM), KPK
No.
Mesyuarat
Tarikh Mesyuarat (Perancangan)
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Makluman/ Kelulusan Projek
Tarikh Mesyuarat (Sebenar)
1.
JTICT Bil. 1/2023
16 Februari 2023 / 9:30 pg (Khamis)
8 Februari 2023 (Rabu)/ 12:00 Tengah Hari
21 Februari 2023 / 9:30 pg (Selasa)
2.
JTICT Bil. 2/2023
9 Mei 2023 / 9:30 pg (Selasa)
Akan dimaklumkan
3.
JTICT Bil. 3/2023
8 Ogos 2023 / 9:30 pg (Selasa)
Akan dimaklumkan
4.
JTICT Bil. 4/2023
1 November 2023 / 9:30 pg (Rabu)
Akan dimaklumkan
JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KPK, TAHUN 2023
PENGERUSI : YBHG. DATUK ZURINAH BINTI PAWANTEH - KSU KPK URUS SETIA : BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM), KPK
No.
Mesyuarat
Tarikh Mesyuarat (Perancangan)
Tarikh Mesyuarat (Sebenar)
1.
JPICT Bil. 1/2023
28 Februari 2023 / 9:30 pg (Selasa)
Akan dimaklumkan
2.
JPICT Bil. 2/2023
23 Mei 2023 / 2:30 ptg (Selasa)
Akan dimaklumkan
3.
JPICT Bil. 3/2023
22 Ogos 2023 / 9:30 pg (Selasa)
Akan dimaklumkan
4.
JPICT Bil. 4/2023
15 November 2023 / 9:30 pg (Rabu)
Akan dimaklumkan
FORMAT KERTAS PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT
Templat Kertas Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2023 (Word)
Templat Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2023 (PowerPoint)
PELAKSANAAN
Semua permohonan kelulusan perolehan / projek ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) MAMPU di alamat http://profit.mampu.gov.my/ sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT).
KPK dan Agensi juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebelum Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan, melalui e-mel kepada bpm [DOT] strategik [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my :-
Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (Word)
Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (PowerPoint)
Maklum Balas Mesyuarat JTICT/JPICT lepas.
Laporan Status Terkini Pelaksanaan Projek ICT di KPK & Agensi
Slaid Kertas Makluman ICT (jika ada)
Format MAMPU
Format Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT
Permohonan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT agensi, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan tersebut melalui emel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office di alamat emel urussetiajtisa [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my dan mygovcloud [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my
No.
Nama Dokumen
Muat Turun
1.
Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam
Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam
Site Visit and Briefing Session Date : 01 August2023 (Tuesday) Time : 10.00 am Venue: Bilik Mesyuarat Nyatoh
KPK Aras 11, No. 15, Presint 2, Persiaran Perdana 62654 Putrajaya
Deadline for Submission of Proposal Documents Date: 09 August 2023 (Wednesday) Time: 12.00 pm Venue: Peti Sebut Harga
Unit Kewangan dan Perolehan Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, KPK Aras 6, No. 15, Presint 2, Persiaran Perdana 62654 Putrajaya
2.
MEMBEKAL, MEMASANG, MEMBANGUN, MENGINTEGRASI, MENGUJI DAN MENTAULIAH HYPER CONVERGED INFRASTRUCTURE (HCI) DI KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)