ProgramLokasi & AturcaraReruai dan AktivitiHari PertamaHari KeduaHari KetigaMemoriPromo


  used palm oil

Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku urus setia bersama akan menganjurkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang dijadualkan pada 8 hingga 10 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.  

 

Objektif

Objektif  program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. 

 

Showcase

Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat. Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar Kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan.

 

Tarikan

Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus Kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Mega MADANI dan lain-lain lagi. Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian Kerajaan melalui pameran pencapaian semua Kementerian berserta perancangan
jangka masa panjang Kerajaan.

Lokasi 

82023 PROMO SKBM (2)

 

 

Aturcara Majlis Penutup

10 Disember 2023 bertempat di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Masa   Agenda
1.30 petang : Ketibaan Ketibaan dif-dif jemputan 
2.30 petang : Ketibaan dif-dif kenamaan
2.50 petang   Ketibaan YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof,
Timbalan Perdana Menteri
    Ketibaan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi,
Timbalan Perdana Menteri
3.00 petang   Ketibaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri
    - Nyanyian Lagu Negaraku
- Ikrar Rukun Negara
- Persembahan pembukaan
- Bacaan doa
- Tayangan montaj
- Amanat dan Sesi Dialog MALAYSIA MADANI Bersama YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri
- Gimik perasmian
- Penyampaian Hadiah Cabutan Bertuah
- Sesi bergambar
- Lawatan ke reruai pameran
5.00 petang : Majlis bersurai

2023 PROMO SKBM (2)

 

Reruai dan Pameran

2023 PROMO SKBM (2)

 

 

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI sudah tiba!


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI sudah tiba! Jangan lupa untuk singgah di reruai Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Khemah 1 bernombor 002. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan pameran interaktif agensi di bawah KPK. Jangan lepaskan peluang ini!  8-10 Disember Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 
 Turut ditawarkan diskaun sebanyak 25 peratus tambang pergi dan balik dari Stesen LRT Bukit Jalil. Jumpa anda di sana!

 

Sertai Aktiviti Menarik di Reruai KPK!

 

Reruai KPK 3

 

Jadual Aktiviti di Reruai KPK No.022

HARI PERTAMA – 8 DISEMBER 2023 (JUMAAT)

MASA

AKTIVITI

*9.00 pagi

Pameran bermula

10.00 pagi

Pertandingan Kuiz LGM

12.00 t/hari

Pertandingan Kuiz MTIB

2.30 petang

Demonstrasi Perkayuan MTIB

4.00 petang

Pameran tamat

 

2023 PROMO SKBM (2)

 

HARI KEDUA – 9 DISEMBER 2023 (SABTU)

MASA

AKTIVITI

*9.00 pagi

Pameran bermula

10.00 pagi

Demonstrasi Teknik Ringkas Pembuatan Coklat Buatan Tangan LKM

2.30 petang

Pertandingan Kuiz MPB

5.00 petang

Pertandingan Kuiz MPOB

8.00 malam

Pertandingan Kuiz LKTN

10.00 malam

Pameran tamat

2023 PROMO SKBM (2)

 

HARI KETIGA & MAJLIS PENUTUP – 10 DISEMBER 2023 (AHAD)

MASA

AKTIVITI

*9.00 pagi

Pameran bermula

10.00 pagi

Pertandingan Kuiz IMPAC

12.00 tengah hari

Pertandingan Kuiz MPOB, LGM, MTIB, LKM, MPB, LKTN

2.30 petang

Demonstrasi Pembuatan Minyak Wangi oleh MTIB

4.00 petang

Demonstrasi Pembuatan Sabun oleh MPOB

6.00 petang

Pameran tamat

 

2023 PROMO SKBM (2)

2023 PROMO SKBM (2)

 

2023 PROMO SKBM (2) 2023 PROMO SKBM (2) 2023 PROMO SKBM (2) 

2023 PROMO SKBM (2) 2023 PROMO SKBM (2) 2023 PROMO SKBM (2) 

2023 PROMO SKBM (2) 2023 PROMO SKBM (2)

 

 


 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

No. Telefon: 03-8880 3322
Emel : ukk [@] kpk.gov.my