PengenalanAgensiPelesenan & PermitBantuan, Dana & InsentifKerjasama AntarabangsaStandard & PensijilanPenguatkuasaan & KompaunAplikasi & MediaLatihanHubungi KamiHarga HarianKPI dan PencapaianSoalan Lazim

Kelapa sawit (Elaeis guineensis)

HISTORY

  • Kelapa sawit (Elaeis guineensis) berasal dari Afrika Barat.
  • 1848: Diperkenalkan di Asia Tenggara apabila ditanam di Taman Botani Bogor, Indonesia.
  • 1870an: Tiba di Semenanjung Malaysia (dahulu Tanah Melayu) oleh British sebagai tumbuhan hiasan.
  • 1905: Henri Fauconnier, seorang usahawan Perancis, tiba di Tanah Melayu dan kemudian membangunkan sebuah ladang kopi di Rantau Panjang, Selangor.
  • 1917: Fauconnier menanam biji kelapa sawit di Tennamaram Estate di Bestari Jaya, Selangor. Ini menjadi ladang kelapa sawit komersil yang pertama di Malaysia.

Fakta Minyak Sawit

  • Penggunaan keluasan kawasan bagi minyak sawit adalah 24.38 hektar berbanding kacang soya iaitu 131.58 jumlah hektar.  
  • Penggunaan peratusan kawasan untuk penanaman sawit hanya 8% berbanding kacang soya iaitu 43%
  • Jumlah pengeluaran dunia minyak sawit (76.833 juta tan) berbanding kacang soya (60.316 juta tan) (2021)
  • 31.7% Pengeluaran Minyak Sawit World Palm Oil Production (2021)

 

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)


MPOB

 

  • MPOB telah ditubuhkan oleh Akta Parlimen (Akta 582) dan ditubuhkan pada 1 Mei 2000, mengambil alih, melalui penggabungan, fungsi Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) dan Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA).
  • MPOB adalah agensi kerajaan yang terulung diamanahkan untuk berkhidmat kepada industri kelapa sawit negara. Peranan utamanya adalah untuk menggalakkan dan membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi kesejahteraan industri kelapa sawit Malaysia.
  • https://www.mpob.gov.my/

 

Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC)

MPOC 

  • Pada tahun 2006, MPOPC dijenamakan semula sebagai Malaysia Palm Oil Council (MPOC) dengan bidang tanggungjawab yang lebih meluas bagi menyokong pembangunan  industri sawit negara.
  • https://mpoc.org.my/ 

Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC)

MPOCC

  • MPOCC merupakan sebuah organisasi bebas bukan keuntungan ditubuhkan bagi membangun dan melaksanakan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil – MSPO).
  • MPOCC didaftar sebagai syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan ianya terhad dengan jaminan yang ditadbir oleh sebuah Lembaga Pemegang Amanah dan mula beroperasi pada Oktober 2015.
  • https://www.mpocc.org.my/ 

Pelesenan & Permit

Pelanggan KPPK boleh memohon dan memperbaharui lesen berkaitan sawit melalui:

Permohonan

 Laporan

Bantuan, Dana & Insentif

Pelanggan KPPK boleh memohon bantuan, dana & insentif berkaitan sawit seperti:

Bantuan & Dana

Insentif

  • Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit  (TSPKS) and Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS)
  • Skim Insentif Integrasi Tanaman Dengan Sawit (Ita)
  • Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (Ite)
  • Skim Insentif Pembinaan Pusat Timbang KPSM
  • Dana Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP)
  • Skim OPIMIS (Oil Palm Industry Mechanisation Incentive Scheme)
  • Skim Pelaburan Pengeluaran Oleo Derivatif & Pengkomersilan Produk Tambah Nilai Berasaskan Oleokimia
  • Skim Insentif PKS Dalam Penghasilan Produk Makanan Tambah Nilai Berasaskan Sawit
  • Skim Geran Pengkomersilan Fitonutrien Sawit
  • Insentif Pensijilan MSPO bagi Pekebun Kecil Persendirian (PKP) dan Pekebun Kecil Tersusun (PKP)
  • Insentif Pensijilan MSPO bagi Syarikat Perladangan dan Kilang Pemprosesan

Kerjasama Antarabangsa

  • Joint Malaysia-European Union (EU) Economic And Technical Committee On Palm Oil
  • Joint Malaysia-France Technical Committee on Palm Oil
  • Malaysia-EU Joint Working Group
  • ASEAN-EU Joint Working Group On Palm Oil
  • Program National Initiatives For Smart Climate Oil Palm Smallholders (NI-SCOPS) bersama Kerajaan Belanda
  • Kerjasama bersama China Green Food Development Centre (CGFDC) mengenai Cooperation in Connection with China Green Food Certification Scheme and MSPO Certification Scheme
  • MSPO Simple Verification Scheme (SVS) inisiatif bersama dengan pemain industri Jepun
  • Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC)
  • Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC)

CPOPC

  • Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama untuk mengukuhkan pasaran sawit dunia melalui penubuhan Council of Palm Oil Producing Countries (CPOPC).
  • Pada 21 November 2015, Piagam Penubuhan CPOPC telah ditandatangani oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) Malaysia dan Menteri Koordinator Hal-Ehwal Maritim dan Sumber Daya Indonesia ketika Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 di Kuala Lumpur.
  • CPOPC menumpukan perhatian terhadap kerjasama dan pembangunan ekonomi negara-negara pengeluar sawit. Majlis ini bertujuan untuk mempromosikan, mengembangkan dan memperkukuh kerjasama di dalam industri sawit di setiap negara ahli. Hal ini bagi memastikan faedah jangka panjang dapat dicapai hasil daripada usaha tersebut terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negara ahli.

 

Permohonan

Akta

  • Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998 (Akta 582)

  • Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998
  • Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005
  • Memorandum and Article of Association of Malaysian Palm Oil Council
  • Memorandum and Article of Association of Malaysian Palm Oil Certification Council
  • Akta Kastam 1967
  • Akta Kastam 1967, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 2012

Garis Panduan

  • Garis Panduan Rayuan Pelesenan
  • Garis Panduan Eksport Bahan Tanaman Kelapa Sawit
  • Garis Panduan Skim Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pembiyaan Input Pertanian  Pekebun Kecil Sawit (IPPKS)
  • Garis Panduan Dana Mekanisasi
  • Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030
  • Piawaian Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)
  • Penguatkuasaan mandatori pensijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
  • Rayuan Pelesenan MPOB di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.
  • Permohonan eksport bahan tanaman kelapa sawit ke luar negara berdasarkan Garis Panduan Eksport Bahan Tanaman Kelapa Sawit.
  • Skim insentif yang berbentuk pemberian geran bagi meningkatkan pemilikan dan penggunaan jentera untuk aktiviti perladangan sawit berdasarkan kepada Dasar Skim Opimis.
  • Dasar Kelestarian Aktiviti Penanaman Sawit Malaysia
  • Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014
  • Pensijilan Minyak Sawit Mampan (MSPO)
  • Penguatkuasaan mandatori pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005

 

Pembayaran

Perkhidmatan Dalam Talian

Harga Sawit

R&D

Kebaikan Sawit

Buku Mari Kenali Sawit

2022 MariKenaliSawit SR

 2022 MariKenaliSawit SR

Sosial Media:

 

Latihan

Pelanggan KPPK boleh memohon dan menyertai latihan berkaitan sawit melalui:

IMPAC - Institute Of Malaysian Plantation and Commodities

Latihan Industri

Rujukan

 

Lembaga Sawit Malaysia (MPOB)

Majlis Sawit Malaysia (MPOC)

  • Pejabat HQ

Majlis Pensijilan Sawit Malaysia (MPOCC)

  • Pejabat HQ

Harga Harian

Sumber : Harga Harian Sawit

 KPI DAN PENCAPAIAN – sektor sawit

  • Jumlah nilai eksport tahun 2020 = RM73.2 billion
  • Sasaran nikai eksport tahun 2021 = RM75 billion
  • Pencapaian Jan-Jun 2021 = RM47.5 billion; sumber: DOSM)

Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) (2020)

  • Kawasan tanaman sawit dipersijilkan: 5.207 juta hektar
  • Kilang buah sawit dipersijilkan: 428
  • 7 Program Jelajah MSPO bersama pekebun sawit dijalankan

SAWIT ANUGERAH TUHAN (SAT) (2021)

  • Sehingga 12 Okt 2021, laman web ini telah mencatat 576,748 pengunjung
  • Penyertaan untuk pertandingan dalam talian dari 10 Februari 2021 hingga 31 Disember 2021 telah mencatatkan 131,623 peserta pada 30 September
  • Pemasangan dan poster maya dilakukan di sisi pintu masuk dan lengkungan dan 12 pintu lif dipasang dengan poster baru
  • Program TV Senduk Kuali yang disiarkan setiap hari mempunyai 411,000 tontonan; dan jumlah tontonan Ramadhan ialah 12 juta
  • MPIC Multi-Comodities Raya TVC Mendapat 258,000 tontonan
  • Sebanyak 73 papan iklan bakal diletakkan di seluruh negara
  • Program antarabangsa telah dijalankan di Asia Selatan, Asia Pasifik dan Timur Tengah

Apakah strategi dan langkah untuk memperkukuhkan harga sawit?

1. peningkatan adunan biobahan api sawit dengan diesel petroleum Program Biodiesel B10 (adunan 10% biodiesel sawit dan 90% diesel petroleum)

2. memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara China, India, Pakistan, dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di benua Afrika

3. meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;

4. meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui perundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.

Apakah perancangan Kementerian dalam meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil yang bergantung kepada hasil sawit terutama ketika kejatuhan harga?

Bagi mengurangkan tahap kebergantungan sepenuhnya kepada hasil sawit, Kementerian amat mengalakkan para pekebun kecil melaksanakan integrasi tanaman. Kaedah ini jika diamalkan secara sistematik, disamping dapat memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit, ia juga akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengimportan bahan makanan dari luar negara.

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kementerian untuk membantu kesemua pengusaha sawit terutama pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) yang telah dilaksanakan secara mandatori sejak 1 Januari 2020?

Bagi meringankan bebanan kewangan para pekebun kecil persendirian, perbelanjaan pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan yang merangkumi kos latihan, kos pengauditan, kos pembelian alat pelindungan peribadi dan rak bahan kimia.

Kerajaan juga telah meningkatkan kadar insentif kos pengauditan MSPO daripada 70% kepada 100%  dan memberi insentif baharu kos persediaan MSPO sebanyak 50% bagi estet-estet yang berkeluasan 40.46 hingga 1,000 hektar. Manakala, insentif bagi pekebun kecil tersusun juga telah ditingkatkan daripada RM10 sehektar kepada RM55 sehektar. Bagi para pengilang, Kerajaan memberi insentif sehingga 30% dari kos pengauditan pensijilan tersebut.

Pihak kementerian juga sedang giat menjalankan Program Jelajah MSPO untuk penanam sawit seluruh negara.

Apakah kelebihan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS)?

Skim ini dirangka mengikut keperluan terkini para pekebun kecil sawit persendirian dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai pokok sawit berumur melebihi 25 tahun dan ke atas dengan had maksimum pembiayaan seluas 6.5 hektar. Kerajaan telah merangka skim TSPKS ini agar tidak membebankan para pekebun kecil sawit dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, tempoh moratorium selama 48 bulan, tiada cagaran dan tiada penjamin.

Bagaimanakah seseorang pemilik itu dikenal pasti memiliki kebun > 100 ekar dan dikenakan WPL

WPL dikenakan kepada pemilik ladang yang mempunyai lesen MPOB daripada kategori estet yang mana keluasan ladang lebih daripada 100 ekar atau 40.46 hektar.


Kes 1: kalau seseorang mempunyai 12 plot kebun sawit di beberapa negeri dan setiap kebun hanya bersaiz 10 ekar, adakah dia dikira dalam kategori yang layak dikenakan WPL?

Tidak. Kerana beliau adalah di bawah lesen Pekebun Kecil Persendirian iaitu keluasan ladang kurang daripada 100 ekar (40.46 hektar). Permohonan dan kelulusan lesen MPOB bagi kategori estet dan pekebun kecil persendirian adalah di bawah tanggungjawab Wilayah kerana peraturan dan syarat tanah juga berlainan antara negeri dan daerah. Oleh yang demikian, plot kebun sawit di berlainan negeri atau daerah tidak boleh dicampurkan dalam satu (1) lesen.

Kes 2: kalau seseorang mempunyai kebun saiz 120 ekar, tetapi hanya 70 ekar yang membuahkan hasil. Adakah dia tetap dikenakan WPL memandangkan saiz kebunnya melebihi 100 ekar. 

Beliau akan dikenakan WPL kerana lesen MPOB beliau adalah dalam kategori estet dan kemungkinan 50 ekar yang belum diusahakan berpotensi untuk ditanam sawit pada masa akan datang.  

Berdasarkan pemahaman kami, jumlah WPL yang perlu dibayar akan bergantung kepada jumlah BTS yang dihasilkan untuk satu bulan.

Kes 1: adakah pemilik kebun akan bawa semua resit jualan beserta Borang WPA No.3 untuk membuat bayaran di pejabat Kastam?

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia memaklumkan kutipan WPL adalah di bawah tanggungjawab negeri. Pemegang lesen MPOB perlu membawa borang WPA No.3 yang telah lengkap diisi beserta dua (2) dokumen sokongan iaitu penyata bulanan MPOB (EL) ET4 dan invbois/summary yang dikeluarkan daripada pembeli.  

Kes 2: sekiranya bayaran WPL adalah merujuk kepada jumlah jualan BTS seperti yang dicatat dalam resit jualan, wujudkah kemungkinan bahawa peniaga buah sawit (DF) berpakat dengan pemilik kebun, untuk sengaja memalsukan volum BTS dan nilai jualan yang lebih rendah supaya pemilik kebun dikenakan WPL yang lebih rendah?

Pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia memaklumkan mereka tidak dapat mengesahkan tentang maklumat palsu dan kemungkinan terdapat pemalsuan dokumen. Walaubagaimanapun, pihak Jabatan  Kastam Diraja Malaysia membuat semakan/ cross check antara kedua-dua dokumen sokongan yang disertakan iaitu penyata bulanan MPOB (EL) ET4 dan invbois/summary yang dikeluarkan daripada pembeli.