PIAGAM PELANGGANLAPORAN PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pengukuran Pelanggan Kementerian Perladangan dan Komoditi (selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Piagam Pelanggan KPK pada 15 September 2023)

 

PENYEDIAAN MAKLUM BALAS
            

Menyediakan maklum balas berkaitan dasar KPK kepada Kementerian dan Agensi lain dalam tempoh 14 hari bekerja. 

 

STATISTIK AGRIKOMODITI 

Menerbit dan menyebar statistik berkaitan agrikomoditi seperti berikut:;

  • Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web KPK sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
  • Mengemaskini statistik agrikomoditi terkini di laman web Pangkalan Data Komoditi (PDC) sekurang-kurangnya 12 kali setahun;
  • Menerbit dan mengedarkan Poket Stats Agricomodity sebanyak 4 kali setahun;
  • Menyebarkan maklumat mengenai harga harian berkaitan komoditi utama pada setiap hari bekerja.

PENGURUSAN PEROLEHAN

  • Menyediakan Surat Setuju Terima dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan/ keputusan pemilihan pembekal/ kontraktor/ perunding;
  • Memproses/ menandatangani dokumen kontrak yang lengkap dan teratur dalam tempoh 4 bulan selepas Surat Setuju Terima dikeluarkan; dan
  • Memproses, menandatangani dokumen kontrak tambahan/lanjutan (supplementary agreement) dalam tempoh dua (2) bulan selepas surat pemakluman keputusan perubahan kontrak dikemukakan kepada syarikat.

PEMBAYARAN BIL

  • Memastikan 90 peratus pembayaran bil yang lengkap diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari; dan
  • Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak menerima pembayaran dalam tempoh 14 hari, aduan yang diterima akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam.

ADUAN PELANGGAN

Memastikan semua aduan pelanggan diberi:

  • Akuan penerimaan dalam masa satu (1) hari;
  • Maklum balas pertanyaan dalam masa lima (5) hari.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

  • Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi KPK pada 99.5%; dan
  • Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.

LESEN BIOBAHAN API  

  • Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan permohonan lesen yang lengkap

 


Nota/Note: Dokumen ini di dalam Bahasa Melayu sahaja/ This document is in Bahasa Malaysia only.

Laporan Piagam Pelanggan 

Kementerian ini telah menerbitkan Laporan Piagam Pelanggan bagi tahun 2022 sejak bulan Januari. Penerbitan ini mengandungi pencapaian piagam pelanggan di Kementerian sepanjang tahun. 

#Piagam PelangganBulanMuat Turun
1. Laporan Piagam Pelanggan Disember  
2. Laporan Piagam Pelanggan November  
3. Laporan Piagam Pelanggan October  
4. Laporan Piagam Pelanggan September  
5. Laporan Piagam Pelanggan August  
6. Laporan Piagam Pelanggan July  
7. Laporan Piagam Pelanggan June  
8. Laporan Piagam Pelanggan Mei  
 9. Laporan Piagam Pelanggan Januari - April   Muat Turun

 

Arkib Laporan Piagam Pelanggan

#Piagam PelangganTahunMuat Turun
 1.  Laporan Piagam Pelanggan 2021  Muat Turun
 2.  Laporan Piagam Pelanggan 2020  Muat Turun
 3.  Laporan Piagam Pelanggan 2019  Muat Turun
 4.  Laporan Piagam Pelanggan 2018  Muat Turun
 5.  Laporan Piagam Pelanggan 2017  Muat Turun
 6.  Laporan Piagam Pelanggan 2016  Muat Turun

 

Muat Turun Dokumen    
  Versi PDF

 


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Emel : ukk [@] kpk.gov.my
No. Telefon: 03-88803371