http://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1681345
Sumber: BERNAMA | Tarikh kemaskini: 04/01/2019

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Sehingga November 2018, sejumlah 23 peratus atau 1.34 juta hektar daripada 5.8 juta hektar keluasan penanaman sawit seluas di negara ini, memperoleh sijil Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

MSPO merupakan pensijilan minyak sawit mampan Malaysia yang diberikan kepada pihaknya yang mematuhi beberapa prinsip dan kriteria, termasuk amalan pertanian yang baik, pembangunan penanaman baharu dan tanggungjawab sosial, kesihatan, keselamatan dan keadaan pekerjaan.

Bagi kilang sawit, sebanyak 119 kilang atau 26 peratus daripada 454 kilang telah mendapat pensijilan MSPO.
.....