Unit Komunikasi Korporat (UKK) merupakan sebuah bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan menyelaras aspek penyampaian serta penyaluran maklumat, memperkukuh imej korporat Kementerian, selain melaksanakan fungsi perhubungan awam, pengurusan media, aduan awam serta khidmat pelanggan secara bersepadu dan sistematik.
OBJEKTIF
- Memastikan aktiviti-aktiviti Kementerian mendapat publisiti meluas melalui media massa.
- Memastikan khalayak sasar Kementerian memahami dan menerima program-program Kementerian.
- Memastikan acara-acara Majlis Rasmi dan kempen-kempen Kementerian dan acara antarabangsa mendapat publisiti meluas secara professional melalui media massa.
- Memberi khidmat sokongan kepada agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi.
FUNGSI DAN PERANAN
- Merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program perhubungan awam dan publisiti Kementerian secara sistematik dan teratur.
- Memantau isu dan memberi maklumbalas mengenai aduan dan pertanyaan orang ramai berkaitan Kementerian dan Agensi.
- Merancang dan menyelaras strategi media melalui program-program yang dianjurkan oleh Kementerian.
- Memberi khidmat nasihat mengenai publisiti dan promosi kepada Agensi di bawah Kementerian.
- Mengendalikan urusan perkhidmatan kaunter dan Pegawai Khidmat Pelanggan Kementerian.
- Melaksanakan kajian maklum balas pelanggan mengenai perkhidmatan yang diberikan.
BIL. |
AKTIVITI |
TARIKH |
2024 |
||
1. |
Kursus Produksi dan Pengacaraan TV Kementerian Perladangan dan Komoditi dengan Agensi |
1 hingga 3 Mac 2024 |
2023 |
||
1. |
Kursus Gerak Saraf dan Perang Saraf dan Pengurusan Isu CMIWS UiTM bersama Kementerian Perladangan dan Komoditi |
25 hingga 28 September 2023 |
2. |
Kursus Perang Saraf dan Media Sosial |
29 Mei hingga 31 Mei 2023 |
2022 |
||
1. |
Bengkel Pemantapan Perhubungan Awam dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi |
17 Oktober hingga 18 Oktober 2022 |