LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANAGENSICARTA ORGANISASISENARAI AKTAHUBUNGI KAMI

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA) telah diberikan tanggungjawab dalam hal-hal berkenaan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti serta fungsi berkaitan pembangunan industri biobahan api.

Struktur organisasi Bahagian BBA terbahagi kepada 3 unit :

  • Unit Dasar dan Khidmat Nasihat
  • Unit Pelesenan
  • Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan

OBJEKTIF BAHAGIAN

Bahagian Biobahan (BBA) ditubuhkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) serta peraturan-peraturan subsidiari di bawahnya.


FUNGSI BAHAGIAN

  • Mengkaji dan merangka dasar - Mengkaji dan merangka dasar berkaitan industri biobahan api, termasuk mengkaji semula perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan industri biobahan api dari masa ke semasa.
  • Mengeluarkan lesen - Mendaftar dan mengeluarkan lesen bagi aktiviti-aktiviti biobahan api seperti memulakan untuk membina loji biobahan api, mengeluar, mengadun, mengeksport, mengangkut, menyimpan, mengukur dan menguji biobahan api.
  • Penguatkuasaan - Mengawalselia industri biobahan api, terutamanya melaksanakan penguatkuasaan yang melibatkan aspek-aspek termasuk risikan, pemantauan, penangkapan, operasi, siasatan, pendakwaan dan kompaun.
  • Menggalakkan Pembangunan Industri - Menggalakkan pembangunan industri biobahan api, termasuk memberi khidmat nasihat kepada individu atau organisasi yang akan menceburkan diri dalam industri biobahan api.
  • Penyelenggaraan dan analisis data - Merekod dan menyelenggara maklumat-maklumat pelesenan di dalam pengkalan data untuk rujukan Kementerian, agensi dan industri.

 

 

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA

MPOB

 

Kementerian bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit (MPOB) dalam merintis penyelidikan dan pelaksanaan Program Biodiesel Negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kumpulan penyelidik khas biodiesel yang di selaraskan oleh Unit Tenaga & Persekitaran, Bahagian Kejuruteraan & Pemprosesan, MPOB bertindak dalam melaksanakan kajian yang boleh digunakan sebagai panduan kepada Kementerian bagi merangka halatuju pembangunan industri biobahan api negara.

 

CARTA ORGANISASI BM 2022

AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API

Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) merupakan instrumen perundangan bagi mengawalselia industri biobahan api negara dan memperuntukkan penggunaan mandatori biobahan api, pelesenan aktiviti yang berhubungan dengan biobahan api dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Peraturan-peraturan di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 adalah seperti berikut:

  • Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008 – PU(A) 404
  • Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Peratusan Adunan & Penggunaan Mandatori) (Pindaan Jadual) 2019 – PU(A) 129
  • Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) 2021 – PU(A) 13
  • Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pindaan Jadual Pertama) 2022 – PU(A) 354
  • Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Sumber Pengeluaran, Adunan dan Aktiviti yang Dibenarkan) 2022 – PU(A) 363

 

Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA)
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)
No. 15, Aras 8, 
Persiaran Perdana, Presint 2, 
62654, W.P Putrajaya.
Telefon : 603-88803323
E-mel : bba[@]kpk.gov.my