SIARAN MEDIA 2020

 

KENYATAAN MEDIA
SUMBANGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN UNTUK MEMERANGI COVID-19

1 APRIL 2020


 

1. Industri getah merupakan antara 6 sektor komoditi utama di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang telah menyumbang eksport negara sebanyak RM30.9 billion pada tahun 2019.

2. Antara produk yang dihasilkan adalah sarung tangan (gloves), justeru seiring dengan usaha kerajaan, KPPK turut bersama meringankan beban petugas barisan hadapan (frontliner) dengan sumbangan sebanyak 2.5 juta sarung tangan getah kepada Kementerian Dalam Negeri untuk diagihkan kepada semua agensi di bawahnya.

3. Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali juga bersetuju memperuntukan sejumlah sejuta sarung tangan kepada petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

4. Tidak ketinggalan juga Angkatan Tentera Malaysia di bawah Kementerian Pertahanan akan menerima sumbangan sejuta sarung tangan getah yang akan diserahkan pada 2hb April 2020.

5. KPPK berharap sumbangan berkenaan mampu melancarkan lagi tugas penguatkuasaan anggota keselamatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) sekaligus mampu menghentikan wabak COVID-19.

 

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
PUTRAJAYA
1 April 2020

 

KENYATAAN MEDIA
SUMBANGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN UNTUK MEMERANGI COVID-19

3 APRIL 2020


mpma sumbangan

1. Pada 3 Mac 2020, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah menerima kunjungan Persatuan Pekilang Papan Lapis Malaysia (MPMA) di bawah industri komoditi perkayuan.

2. Perjumpaan tersebut adalah kunjungan hormat kepada Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali di samping memberikan sumbangan kewangan dalam usaha memerangi COVID-19.

3. MPMA memberikan sumbangan kewangan berjumlah RM500,000 menerusi MPIC untuk disampaikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, petugas barisan hadapan dan kepada rakyat yang terjejas menerusi pusat khidmat wakil rakyat dan NGO.

4. Sumbangan berkenaan adalah kutipan daripada 78 ahli/pekilang di bawah MPMA seluruh Malaysia dengan jumlah anggaran seramai 120,000 orang pekerja yang menghasilkan nilai eksport papan lapis berjumlah RM3.4 bilion pada tahun lepas. Antara pengimport papan lapis ini adalah Jepun, Timur Tengah, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain negara.

5. MPIC berharap sumbangan daripada MPMA mampu meringankan lagi beban Kementerian Kesihatan Malaysia dan petugas barisan hadapan, sekaligus mampu menghentikan wabak COVID-19.

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi PUTRAJAYA
3 April 2020

Lampiran Maklumat MPMA
Persatuan Pengkilang Papanlapis Malaysia 19D 19th floor, PGRM, Pudu Ulu, Cheras, KL

Senarai delegasi MPMA
1. Datuk Wira Sheikh Othman Rahman Pengerusi MPMA
2. Datuk Chua Hock Gee Timbalan Pengerusi MPMA
3. Encik Hoh Cheon Fatt @ Ho Khoy Lim Ketua Projek
4. Encik Tan Chong Yin Setiausaha Eksekutif
5. Encik Cheong Hok An Bendahari Persatuan


MEDIA RELEASE
THE SARAWAK STATE GOVERNMENT AND THE FEDERAL GOVERNMENT JOINTLY ASSISTED THE SMALL HOLDER OF RUBBER FARMERS



1. On behalf of the Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC), I sincerely welcome the provident measures taken by our Sarawak State Government which has helped the smallholders by providing an additional RM0.50/kg on rubber prices, which generate the total Rubber Production Incentive (IPG) to RM1.90/kg.

2. This initiative will certainly help ease the burden and increase the income of the smallholders in Sarawak particularly.

3. This also proves that the government of our Sarawak State and the Federal Government are serious in defending the fate of the people. For public information, the RM2.50/kg cuplump is the Federal Government's IPG activation price.

4. In the Month of March 2020, IPG was activated reason being in Sarawak the average monthly farm price of cuplump was RM1.80/kg, which means that the smallholders would pay IPG of RM0.70 / kg cuplump (RM2.50- RM1.80 = RM0.70 / kg). Since the cuplump contains only 50% of the dry rubber content (DRC), the IPG value is RM1.40/kg of cuplump for 100% DRC.

5. The Sarawak government has assisted smallholders with an additional incentive of RM0.50/ kg, raising the total of IPG to RM1.90/kg (100% DRC).

6. For example, let say if smallholder produces a 400 kg of cuplumps (50% of DRC) in March, the amount of incentive paid will be RM380 compared to RM280 at regular IPG rates without additional incentives from the Sarawak Government.

7. Without this IPG, smallholders' income from cuplump sales is only RM720. However, with this additional IPG incentives in Sarawak, the smallholders' income would be RM1,100 (RM720 + RM380).

8. Therefore, I urge all rubber smallholders who have yet to sign up for the Rubber Transaction Authority Permit (PAT-G), you may register at the Sarawak State Agriculture Office as well as any Malaysian Rubber Board (LGM) office so they can benefit from IPG and keep them out.

9. For any further inquiries they may also call the LGM Hotline at 1800-888-474 (Mon-Fri) 9 am-5pm or 019-602 6001, 019-625 7800 after 5.00 pm.


YB TUAN WILLIE MONGIN
Deputy Minister of Plantation Industries & Commodities
15 April 2020

 jata

KENYATAAN MEDIA
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

19 Mac 2020




1.   Sebagaimana semua sedia maklum, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020. Tindakan ini adalah sebagai usaha Kerajaan dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

2.   Kementerian sedar bahawa Perintah ini akan memberi implikasi yang besar kepada sektor perladangan dan komoditi khususnya pekebun kecil sawit dan getah. Kementerian juga mengambil maklum akan kepentingan industri sawit dan getah yang menyumbang kepada rantaian bekalan berkaitan penyediaan perkhidmatan perlu seperti pembekalan minyak masak dan pembekalan peralatan perubatan seperti sarung tangan (gloves) dan kateter (catheter).

3.   Berdasarkan kepada kepentingan ini dan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi setelah mendapat panduan umum Kabinet yang bermesyuarat pada pagi ini serta pengesahan pihak MKN, Kementerian memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi seperti berikut:

a) Membenarkan penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil;

b) Membenarkan pemprosesan buah tandan segar dilaksanakan oleh kilang-kilang sawit;

c) Membenarkan pemprosesan minyak sawit mentah di kilang penapis untuk pengeluaran minyak masak bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan;

d) Membenarkan aktiviti penorehan getah bagi tujuan pembekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti sarung tangan dan kateter; dan

e) Membenarkan aktiviti bagi sektor perkayuan beroperasi untuk memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai.

4. Semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan tersebut hendaklah memastikan segala langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak COVID-19 dipatuhi termasuk meminimakan tenaga kerja dan pergerakan pekerja dengan menjarakkan sentuhan fizikal (social distancing) dan pulang segera ke rumah atau penempatan setelah selesai bekerja. Semua pihak diingatkan sentiasa menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun atau pencuci tangan (hand sanitiser).

 

 jata

KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi


23 MAC 2020



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


1. Seperti sedia maklum, negara kita sedang mengalami satu tempoh yang amat mencabar ketika ini berikutan penyebaran wabak COVID19 yang telah menjangkiti lebih 1,000 orang.

2. Kementerian amat memahami kesulitan yang dialami oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini. Kementerian juga sedar, golongan yang turut terkesan adalah hampir sejuta pekebun kecil sawit dan getah serta lebih 5 juta rakyat Malaysia yang bergantung pendapatan di sepanjang rantaian industri sawit dan getah negara.

3. Dalam hal ini, sepertimana yang saya maklumkan melalui kenyataan media pada 19 Mac 2020, Kementerian telah memberi kelonggaran kepada estet, kilang buah sawit dan kilang penapis sawit dan getah termasuk pekebun kecil sawit dan getah untuk terus menjalankan aktiviti dan beroperasi secara terkawal dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan. Kelonggaran ini adalah untuk menjamin bekalan makanan dalam negara berasaskan sawit serta keperluan peralatan perubatan berasaskan getah tidak terganggu pengeluarannya selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

4. Atas keprihatinan kepada situasi yang berlaku, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa:

4.1. Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) yangmempunyai keahlian melebihi 120 buah syarikat, telah berbesar hati untuk menyumbang peralatan dan barangan seperti alat bantuan pernafasan, test kit COVID-19, cecair pencuci tangan (hand sanitizer), topeng muka, pakaian perlindungan diri dan lain-lain peralatan perubatan bernilai RM5 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

4.2. Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MREPC), sebuah Majlis di bawah Kementerian saya dan Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), bercadang untuk memberi sumbangan 21 juta sarung tangan getah perubatan bernilai RM3.5 juta kepada kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan agensi Kerajaan lain seperti PDRM, Imigresen dan Bomba;

5. Sumbangan mereka adalah untuk mengurangkan bebanan Kerajaan dalam mengharungi tempoh yang sukar ini. Ia juga adalah sebagai tanda solidarity ahli-ahli persatuan untuk berdiri teguh di belakang kepimpinan Kerajaan.

6. Bagi menjamin urusan penyampaian yang cepat dan berkesan kepada sasaran bantuan, mekansime agihan akan dilaksanakan oleh MPOA dan MARGMA kepada KKM dan Agensi di bawah KKM

7. Bagi pihak Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, saya amat berterima kasih kepada MREPC serta semua ahli Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia atas sumbangan berkaitan.

8. Semoga sumbangan ini akan menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada mereka yang terlibat terutamanya para doktor, jururawat dan petugas-petugas di hospital untuk terus menyumbang bakti kepada rakyat dan negara.


Sekian, terima kasih.

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Putrajaya 23 Mac 2020