PROGRAM TREK KOMODITI KPK 2023 MEDIUM TURUN PADANG DEKATI PEKEBUN KECIL DAN PEMAIN INDUSTRI AGRIKOMODITI

Program Trek Komoditi 2023 anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada 10 Jun 2023 di lokasi pokok getah pertama di Tanah Melayu bertempat di Kuala Kangsar, Perak.

Bertemakan “Memacu Kemampanan Komoditi Negara Demi Kesejahteraan Rakyat”, program ini menjadi medium turun padang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPK, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama pihak pengurusan tertinggi KPK untuk menyantuni pekebun kecil dan pemain industri sektor komoditi secara langsung. Idea penganjuran program ini merupakan cetusan hasrat murni YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof untuk menterjemah komitmen padu kerajaan menerusi KPK serta agensi di bawahnya bagi menjamin kesejahteraan pekebun kecil di lapangan menerusi sesi dua hala untuk memperoleh maklum balas secara dua hala tentang situasi semasa yang mereka lalui.

Selaras dengan fokus keutamaan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 20230) bagi pemerkasaan pekebun kecil, KPK akan terus komited bagi menjamin kelangsungan hidup golongan ini yang merupakan tunjang kejayaan kepada kemajuan sektor komoditi negara menerusi pelbagai inisiatif seperti agihan bantuan dari masa ke semasa

ZON UTARAZON TENGAHZON SELATANZON SARAWAK

TREK KOMODITI ZON UTARA, SANTUNI PEKEBUN KECIL, INDUSTRI DAN MASYARAKAT

 2023 trekomoditi neg9

 

10 JUN 2023
2023 trekomoditi neg9 2023 trekomoditi neg9

10 JUN 2023 | KUALA KANGSAR, PERAK

Hari Pertama: #TrekKomoditi Zon Utara


Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof hari ini telah menyempurnakan sesi “flag-off” sebagai simbolik perasmian program Trek Komoditi anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Kuala Kangsar, Perak.
Pemilihan lokasi ‘flag-off’ di kawasan Pokok Getah Pertama Malaya Kuala Kangsar ini memberi makna tersendiri terhadap sektor komoditi getah negara memandangkan pokok getah tersebut telah dibawa dari Brazil oleh Sir Henry Wickham semasa ekspedisi ke Tanah Melayu pada 1876.

Bertemakan “Memacu Kemampanan Komoditi Negara Demi Kesejahteraan Rakyat”, program ini menjadi medium turun padang Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KPK, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof bersama pihak pengurusan tertinggi KPK untuk menyantuni pekebun kecil dan pemain industri sektor komoditi secara langsung.

Idea penganjuran program ini merupakan cetusan hasrat murni YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof untuk menterjemah komitmen padu kerajaan menerusi KPK serta agensi di bawahnya bagi menjamin kesejahteraan pekebun kecil di lapangan menerusi sesi dua hala untuk memperoleh maklum balas secara dua hala tentang situasi semasa yang mereka lalui.

TAHUKAH ANDA?

Pokok getah pertama Malaysia terletak di Kuala Kangsar.

Awalnya, biji benih getah ini dipungut dari lembah Hutan Hujan Amazon di Brazil dan disemai di Kew Gardens, England sebelum dibawa ke rantau Asia oleh Henry Nicholas Ridley.

Sembilan daripada 11 anak pokok getah dibawa ke Kuala Kangsar untuk ditanam dan mula berbunga pada 1880 dan mengeluarkan buah pada 1881.

 

2023 trekomoditi neg9 

10 JUN 2023 | SUNGAI BAKAP, PULAU PINANG


Hari Pertama: #TrekKomoditi Zon Utara

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusof telah menghadiri Sesi Dialog bersama Industri Perkayuan Pulau Pinang bertempat di Delano Furniture Industries (M) Sdn. Bhd. Sungai Bakap, Pulau Pinang bersempena Program Trek Komoditi 2023 (Zon Utara Semenanjung) anjuran Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Sesi yang diselaraskan bersama oleh Kementerian dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ini bertujuan untuk mengadakan perbincangan secara bersemuka bersama wakil syarikat dalam industri perabot di Pulau Pinang sebagai usaha memperoleh maklum balas semasa isu-isu berkaitan pemegang taruh industri kayu di Wilayah Utara Semenanjung, selain mengenal pasti strategi untuk memperkukuh kedudukan industri perkayuan.

Kementerian sentiasa komited untuk membantu pemain industri perabot tempatan menembusi pasaran global menerusi agensi di bawah KPK yang bertanggungjawab melaksanakan inisiatif, program pemasaran serta promosi di peringkat domestik dan juga antarabangsa.

TAHUKAH ANDA?

Sungai Bakap merupakan sebuah bandar selatan negeri Pulau Pinang.

Pelbagai produk kayu yang dihasilkan di Sungai Bakap, antaranya adalah perabot kayu.

11 Jun 2023
2023 trekomoditi neg9
11 JUN 2023 | KODIANG, KEDAH

Hari Kedua: #TrekKomoditi Zon Utara

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah hadir ke sesi santai bersama pengusaha tanaman koko di Kodiang, Kedah, hari ini.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching, Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) YBhg Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (LKM), YBrs. Dr. Ramle bin Haji Kasin.

Sesi tersebut berlangsung di lokasi kediaman salah seorang pekebun kecil koko di Kampung Kubang Menerung, Padang Serai, Kodiang iaitu Encik Zulkifli bin Romli. Beliau telah mengusahakan tanaman koko sejak tahun 2015 menerusi program pembangunan koko LKM.

Kementerian melalui LKM terus komited dalam melaksanakan program bagi merancakkan pengeluaran biji koko, antaranya mempertingkat keluasan kawasan penanaman bagi menjamin kelangsungan sektor koko negara

11 JUN 2023 | ALOR SETAR, KEDAH

Hari Kedua: #TrekKomoditi Zon Utara

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Hajah Siti Aminah binti Aching telah menghadiri Majlis Jalinan Mesra Trek Komoditi Zon Utara Semenanjung bersama-sama pekebun kecil dan pemain industri dalam sektor getah, kayu-kayan, koko dan kenaf.

Penganjuran Majlis Jalinan Mesra merupakan sisipan acara program Trek Komoditi yang bermula sejak 10 Jun hingga 12 Jun 2023.

Seterusnya, Pengarah Wilayah Utara, Lembaga Getah Malaysia (LGM) YBrs. Dr. Shaikh Mohd Hizami Mohd Shaikh Abd Hadi turut memberikan taklimat penerangan ringkas mengenai sektor getah di Zon Utara Semenanjung Malaysia.

 
12 Jun 2023
 
Youtube
 

TREK KOMODITI ZON TENGAH SANTUNI PEKEBUN KECIL, INDUSTRI DAN MASYARAKAT

2023 trekomoditi neg9

5-6 OGOS 2023
2023 trekomoditi neg9
5 OGOS 2023

2023 trekomoditi neg9

 

TAHUKAH ANDA?
 
Negeri Sembilan adalah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Sektor perladangan antara sektor yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) termasuk sawit, getah dan kayu-kayan.

 

2023 trekomoditi neg9

 

TAHUKAH ANDA?

POKOK GETAH PERTAMA NEGERI SEMBILAN (Hevea brasiliensis)


Pada bulan Jun 1877, sebanyak 22 biji getah dari Kew Gardens di England dihantar ke Botanic Gardens, Singapura. Daripada 22 bi getah itu, 9 dihantar ke Kuala Kangsar, Bandar diraja Perak. Sebanyak 11 biji getah disemai di Botanic Gardens, Singapura dan baki 2 biji lagi berkemungkinan ditanam di Melaka dan Negeri Sembilan.
Salah satu daripada biji getah yang dibawa ke Negara in oleh Sir Henry Nicholas Ridley, pelopor dalam industri getah di Malaya, mash hidup segar di kawasan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Kangsar. la ditanam di situ pada 1877 dan dikatakan salah satu daripada dua pokok getah (Hevea brasiliensis) tertua di negara ini. Yang satu lagi mungkin yang anda sedang lihat sekarang, jaitu ditanam di persekitaran kawasan Taman Tasik Seremban.
Negeri Sembilan adalah salah satu daripada tiga Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang tanaman getahnya berkembang pantas. Dua lagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah Perak dan Selangor. Menjelang 1920, Malaya sudahpun mengeluarkan lebih separuh daripada getah dunia, dan getah masih merupakan tanaman penting di rantau ini hinggalah sekarang.

 
 6 OGOS 2023
 2023 trekomoditi neg9
TAHUKAH ANDA?
 

Sejak dari peringkat awal, penubuhan Negeri Selangor telah terkenal dengan perindustrian dan pelabuhan, sektor perladangan juga berkembang maju.

Pulau Carey menempatkan estet ladang kelapa sawit terbesar di Malaysia.

Manakala, ladang koko di Tanjung Sepat pula menghasilkan coklat yang berkualiti tinggi disamping menarik minat pengunjung bagi melihat proses pembuatan coklat.

Youtube 
  

 

TREK KOMODITI ZON TENGAH, SANTUNI PEKEBUN KECIL, INDUSTRI DAN MASYARAKAT

 

TREK KOMODITI ZON SARAWAK, SANTUNI PEKEBUN KECIL, INDUSTRI DAN MASYARAKAT

2023 trekkomo swk

 

TAHUKAH ANDA?

  • Padawan terletak di utara bandar Kuching. Aktiviti pertanian adalah salah satu mata pencarian utama untuk penduduk di kawasan ini. Antara tanaman yang diusahakan adalah sawit, getah dan tanaman lain.
  • Serian adalah sebuah daerah yang terletak kira-kira 40 batu (64 km) dari Kuching. Serian adalah kawasan yang kaya dengan kepelbagaian etnik dan keindahan alam.
  • Simunjan terletak di bahagian selatan Sarawak. Simunjan mempunyai kawasan hutan yang dikelola dengan baik untuk memastikan kelestarian alam sekitar dan sumber daya hutan.
  • Asajaya adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Samarahan, Sarawak dan mempunyai kehidupan komuniti yang unik dengan tradisi dan budaya tempatan
  • Petra Jaya adalah pinggir bandar terletak di Kuching, Sarawak. Pinggir bandar ini dinamakan sempena Yang di-Pertuan Agong keenam, Tuanku Yahya Petra dari Kelantan (1975-1979).

 

 


 Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

No. Telefon: 03-8880 3322
Emel : ukk [@] kpk.gov.my