LATAR BELAKANG
|
Unit Audit Dalam (UAD) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah ditubuhkan pada tahun 2000 selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1979. UAD ditubuhkan bagi memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan dan bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Setiausaha KPK. Peranan dan tanggungjawab UAD telah dikaji semula dan disesuaikan dengan perkembangan semasa selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1/2013. Audit Dalam merupakan satu fungsi bebas yang memberi kepastian dan khidmat perundingan secara objektif untuk menambah nilai serta mempertingkatkan tahap operasi organisasi. |
|||
OBJEKTIF
|
Objektif UAD adalah untuk membantu KPK mencapai matlamat melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan dalam semua proses kawalan dan tadbir urus. |
|||
FUNGSI
| UAD bertanggungjawab menjalankan dua (2) jenis pengauditan yang utama iaitu pengauditan pengurusan kewangan dan pengauditan prestasi yang dijelaskan seperti berikut; |
|||
| 1. | Pengauditan Pengurusan Kewangan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan untuk menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan serta arahan yang berkaitan. | ||
| 2. | Pengauditan Prestasi pula merangkumi penilaian terhadap aktiviti organisasi yang dipilih untuk menentukan matlamatnya telah dicapai serta sumber digunakan secara berhemat, cekap dan berkesan. | ||
UNDANG-UNDANG
| Punca kuasa, peraturan dan prosedur yang diguna pakai: | |||
| 1. | Perlembagaan Persekutuan | ||
| 2. | Akta Audit 1957 | ||
| 3. | Akta Prosedur Kewangan 1957 | ||
| 4. | Arahan Perbendaharaan | ||
| 5. | Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia | ||
| 6. | Arahan Pentadbiran Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi | ||
PIAGAM PELANGGAN
| Bil. | Butiran KPI |
Justifikasi / Penerangan |
| 1. |
Pengeluaran Laporan Audit / Pemerhatian |
Mengeluarkan Laporan / Pemerhatian Audit dalam tempoh 14 hingga 45 hari bekerja selepas selesai kerja pengauditan. |
| 2. | Penyediaan Laporan Tahunan | Mengemukakan Laporan Tahunan Audit Dalam kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac tahun berikutnya. |
| 3. |
Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan (RAT) |
Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan kepada Perbendaharaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Januari tahun semasa. |
| 4. |
Pencapaian Pelaksanaan Audit |
Memastikan pelaksanaan pengauditan adalah mencapai 80% daripada Rancangan Audit Tahunan yang diluluskan. |
| 5. |
Khidmat Nasihat Profesional |
Memberi khidmat nasihat dan pandangan berkaitan kawalan dalaman, tadbir urus dan pengurusan risiko dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan yang lengkap diterima |
CARTA ORGANISASI

PERANCANGAN PENGAUDITAN TAHUN 2025
|
Pengurusan Kewangan |
|
||||
|
Pengauditan Prestasi |
|
||||
|
Pengauditan Pematuhan |
|
||||
|
Pengauditan ICT |
|
||||
|
Tugasan Khas |
|
||||
PENCAPAIAN KPI TAHUN 2025
| Bil | Butiran KPI |
Tempoh KPI |
Sasaran KPI |
Pencapaian KPI |
Justifikasi / Penerangan |
| 1 |
Aktiviti Pengauditan |
2025 | 9 | 7 | Pencapaian sehingga 27 November 2025 |
| 2 | Laporan Tahunan | 2024 | 1 | 1 | Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan penghantaran Laporan Tahunan UAD 2024 kepada pihak Perbendaharaan pada 28 Mac 2025. |
| 3 | Rancangan Audit Tahunan | 2025 | 1 | 1 | Selaras dengan kehendak Pekeliling Perbendaharaan PS 3.1, UAD telah mematuhi peraturan tersebut dengan penghantaran Rancangan Audit Tahunan 2025 kepada pihak Perbendaharaan pada 24 Disember 2024. |
| 4 |
Mesyuarat JKA |
2025 | 4 | 3 | Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah diadakan pada tarikh seperti berikut:
|
| 5 |
Minit Mesyuarat JKA |
2025 | 4 | 3 | Minit Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA) telah dihantar ke Perbendaharaan pada tarikh seperti berikut:
|
LAPORAN TAHUNAN UAD
HUBUNGI KAMI
![]() |
Puan Fazline Binti Mohd Saleh Ketua Unit Audit Dalam (KUAD) fazline [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my 0388803340 |
![]() |
Puan Shazwani Binti Saripuddin Penolong Juruaudit shazwani [DOT] saripuddin [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my 0388878252 |
|||
![]() |
Encik Baderolhi Sham Bin Md. Nor Juruaudit baderol [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my 0388803339 |
![]() |
Encik Muhamad Hazrul Bin Roseli Penolong Juruaudit hazrul [DOT] roseli [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my 0388878256 |
|||
![]() |
Puan Nurul Shahirah Binti Che Amran Juruaudit nurulshahirah [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my
0388878250 |
![]() |
Encik Afzainizam Bin Zainal Abidin Penolong Juruaudit afzainizam [AT] kpk [DOT] gov [DOT] my 0388878261 |
Untuk pertanyaan dan urusan pentadbiran, sila hubungi:
|
||||
|
Pentadbir Kandungan Laman Web: |














