LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITI

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

  • Merancang, mengkaji, mengurus, melaksana dan memantau urusan pentadbiran, pembangunan dan kewangan Kementerian mengikut keutamaan, peraturan, undang-undang dan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan urusan yang dilaksanakan teratur, cekap dan berkesan

FUNGSI BAHAGIAN

  • Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP) terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Pembangunan, Unit Kewangan dan Unit Pentadbiran. Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan urusan pembangunan, kewangan dan pentadbiran Kementerian bagi memastikan semua urusan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.

Fungsi dan Peranan Bahagian

  • Menguruskan Pentadbiran Am Kementerian;
  • Memantau Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Kementerian;
  • Menguruskan Hal-hal Kewangan Kementerian;
  • Menguruskan Perpustakaan Kementerian; dan
  • Menguruskan Pengurusan Rekod dan Urusan Surat Menyurat Kementerian dengan teratur.

 Carta Organisasi BKPP 8.12.2022

UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMANTAUAN PROJEK

  • Mengurus, menyelia dan memantau pelaksanaan projek pembangunan Kementerian
  • Mengurus, menyelia dan memantau belanjawan Pembangunan Kementerian.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK)
  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan penilaian outcome projek pembangunan Kementerian
  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan lawatan tapak projek pembangunan Kementerian
  • Mengurus, menyelia dan menyelaras unjuran aliran tunai peruntukan Pembangunan Kementerian

UNIT KEWANGAN DAN PEROLEHAN

Unit Bajet

  • Mengurus dan menyelaras penurunan perwakilan kuasa bagi pengurusan belanjawan, perolehan dan kewangan.
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan belanjawan Mengurus Kementerian
  • Mengurus, menyelia dan menyelaras pengurusan bayaran di bawah AP58(a)
  • Mengurus, menyelia dan menyelaras pengurusan pindah/ agih/ tambah peruntukan Mengurus 
  • Mengurus, menyelia dan menyelaras unjuran aliran tunai peruntukan Mengurus Kementerian
  • Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

Unit Perolehan dan kontrak

  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan perolehan secara belian terus, sebut harga dan tender
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Perolehan, Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Mesyuarat Pasukan Petugas Sistem ePerolehan
  • Mengurus, menyelaras dan  menyedia laporan-laporan bagi perolehan secara belian terus, sebut harga dan tender
  • Mengurus, menyelaras dan mengemaskini maklumat MyProcurement

Unit Kewangan dan akaun

  • Mengurus, menyedia dan menyelaras pengurusan emolumen.
  • Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan terimaan 
  • Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan bayaran
  • Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan pinjaman
  • Mengurus, menyelaras dan menyedia bagi kutipan semula pembayaran  dan elaun serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT) Kementerian
  • Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan laporan-laporan kewangan dan perakaunan 
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan, pelupusan dan keselamatan rekod kewangan.

UNIT PENTADBIRAN

  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan aset
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan keselamatan
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan fasiliti
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan rekod
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan perpustakaan

SEKSYEN PENTADBIRAN AM

  • Mengurus pentadbiran dan logistik di Kementerian
  • Mengurus dan menyelaras majlis rasmi Kementerian dan penyertaan Kementerian dalam aktiviti anjuran luar 
  • Merancang dan melaksanakan inisiatif kualiti di Kementerian.
  • Menyelaras pelaksanaan Malaysian Government Performance Index (MyGPI), myPortfolio dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Pengurusan Kenderaan

  • Mengurus dan menyelia perkhidmatan kenderaan untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Kementerian
  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan kenderaan, melibatkan kenderaan rasmi jawatan dan kenderaan Jabatan
  • Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan kenderaan

Pengurusan Keselamatan

  • Mengurus, menyelia dan memantau perkhidmatan keselamatan.
  • Mengurus, menyelia dan memantau  kawalan CCTV.
  • Mengurus, menyelia dan memantau kawalan keselamatan pegawai dan pelawat Kementerian.
  • Mengurus, menyelia dan memantau kawalan keselamatan Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.
  • Menyelaras pertanyaan dan maklum balas audit
  • Peratus pemantauan kawalan keselamatan pegawai/ pelawat/ Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian

Pengurusan Fasiliti

  • Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan fasiliti, bangunan, dan infrastruktur.
  • Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan fasiliti, bangunan, dan infrastruktur
  • Mengurus, menyelia dan memantau kebersihan fasiliti, bangunan, infrastruktur dan landskap.
  • Mengurus, menyelia dan memantau hal ehwal keselamatan fizikal bangunan, sistem pemadaman api serta fire drill / pengungsian bangunan.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan fasiliti, bangunan, infrastruktur dan landskap.

Pengurusan Rekod

  • Menguruskan pelantikan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)/ Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ). 
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan rekod.
  • Mengurus, menyelia dan memantau urusan pewujudan, penerimaan, pendaftaran, penghantaran dan pengedaran surat-menyurat serta dokumen Kementerian.
  • Mengurus, menyelia dan memantau pelaksanaan DDMS.
  • Mengurus, menyelia dan memantau sistem pengurusan fail serta pengelasan, pelupusan, penyimpanan dan keselamatan rekod.
  • Merancang dan melaksanakan audit dan inspektorat pengurusan rekod.
  • Menyelaras dan melaksanakan program institutional memory (memori institusi) bagi perekodan dokumen dan peristiwa penting. 

SEKSYEN PENGURUSAN ASET

  • Menguruskan pelantikan Pegawai Aset Kementerian, Ahli Mesyuarat JKPAK, Pegawai Pemeriksa Aset dan Stok, Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset dan Stor, Pegawai Penyiasat Kehilangan Aset dan Stor, Pegawai Verifikasi Stor dan Pegawai Aset dan Stor Bahagian/ Unit.
  • Mengurusetiakan Mesyuarat JKPAK MPIC.
  • Mengurus, menyelia dan memantau perancangan perolehan pengurusan aset dan stor
  • Menyelaras dan mengemaskini Sistem Pengurusan Aset dan Stor (SPA dan SPS).
  • Menyediakan Laporan Sukuan dan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Kerajaan.
  • Menguruskan pendaftaran, penempatan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira kehilangan aset.
  • Menguruskan penerimaan, penyimpanan, pengeluaran, verifikasi, pelupusan dan hapuskira kehilangan stok.

SEKSYEN PERPUSTAKAAN

  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan pendokumentasian bahan perpustakaan.  
  • Mengurus, menyelia dan melaksanakan perancangan perolehan bahan perpustakaan. 
  • Mengurus dan melaksanakan perkhidmatan pengguna, sirkulasi (pinjaman dan pemulangan bahan) dan rujukan disediakan melalui sistem pengurusan perpustakaan.
  • Mengurus dan melaksanakan penyebaran maklumat umum dan bahan-bahan bacaan.
  • Mengurus dan melaksanakan aktiviti galakan membaca/ kempen membaca/ kempen ilmiah Kementerian.