LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITI & PENCAPAIAN

LATAR BELAKANG BAHAGIAN

Bahagian Pengurusan Maklumat, Kementerian Perladangan dan Komoditi telah di tubuhkan pada tahun 2004. Pada awal penubuhannya, bahagian ini dikenali sebagai Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pada 26 Julai 2016, bahagian ini telah ditukar nama kepada Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bagi menyesuaikan skop fungsi dan tanggungjawab bahagian ini.

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) bertanggungjawab memberi dan menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan ICT kepada semua bahagian di Kementerian dan semua agensi dan majlis di bawah kementerian.

Di samping menyediakan kemudahan ICT dan membangunkan sistem aplikasi yang cekap dan berkesan, bahagian ini juga bertanggungjawab mempertingkatkan keupayaan dan penggunaan ICT dari masa ke semasa sebagai satu usaha menyokong kementerian dalam penyampaian perkhidmatan kepada pelanggannya.

Bahagian Pengurusan Maklumat mempunyai seramai 16 kakitangan yang terdiri daripada 5 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional, 6 orang daripada Kumpulan Pelaksana dan 5 orang Kumpulan Sokongan.

VISI

  • ICT sebagai pemangkin pemodenan pengurusan sektor agrikomoditi. 

MISI

  • Memperkasa dan membudayakan penggunaan ICT dalam pendigitalan maklumat komoditi ke arah pemodenan sektor agrikomoditi

FUNGSI BAHAGIAN

Fungsi-fungsi utama BPM adalah seperti berikut:

  • Membangun, melaksana dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) bagi KPK;
  • Menyedia, melaksana, mengemaskini dan memantau pelaksanaan Polisi Keselamatan Siber ;
  • Merancang, menyedia dan mengawal peruntukan belanjawan mengurus dan pembangunan ICT;
  • Merancang dan mengurus e-mel Kementerian;
  • Melaksanakan tugas keurusetiaan kepada Mesyuarat ICT Kementerian seperti berikut:
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian (JPICT)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT Kementerian (JTICT)
    • Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Laman Web Kementerian
    • Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana ISMS
  • Membangun, mengemaskini dan menyelenggara laman web Kementerian;
  • Membangun, mengemaskini dan menyelenggara sistem aplikasi;
  • Mengurus dan menyelenggara peralatan teknologi maklumat;
  • Mengurus perkhidmatan komunikasi dan rangkaian;
  • Menguruskan Bilik Server KPK;
  • Mengurus perolehan keperluan teknologi maklumat;
  • Menyedia perkhidmatan bantuan teknikal dan khidmat nasihat (helpdesk);
  • Membangunkan produk multimedia;
  • Menguruskan latihan teknologi maklumat;
  • Menguruskan sidang video; dan
  • Penyelaras, urusetia dan pelaksana ISMS Kementerian.

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN

Tarikh Kemaskini: 16 April 2024

BPM 01082022

AKTIVITI BAHAGIAN 2024

MEMPERKUKUHKAN KEMUDAHAN WORK FROM HOME KEPADA WARGA KPK

  • Menyediakan kemudahan perisian telesidang seperti Zoom dan Google Meet
  • Menyediakan kemudahan laptop kepada pegawai P&P
  • Menyediakan Sistem e-WFH bagi kemudahan pelaporan dan kedatangan kepada warga KPK
  • Memastikan sistem dalaman KPK dapat digunakan diluar rangkaian internal dengan selamat
  • Memantau ketersediaan server, sistem dan pangkalan data secara 24jam sepanjang tempoh WFH bermula Mac 2021

MEMPERGIATKAN IMPLEMENTASI PERKHIDMATAN  ONLINE SECARA END-TO-END (E2E) DI KPK, AGENSI DAN MAJLIS

  • Sebanyak 141 iaitu 97.2% Perkhidmatan di Kementerian dan Agensi adalah End-To-End Online (E2E) berbanding 145 Perkhidmatan online yang disediakan.

PENYEDIAAN DATA RAYA 2015 - 2025

  • Menggiatkan aktiviti pengumpulan data Sektor Agrikomoditi secara terpusat
  • Pengumpulan data di dalam pangkalan data
  • Mengembangkan kluster data Sektor Agrikomoditi secara berperingkat 

PELAN STRATEGIK PENDIGITALAN (PSP) KPK 2021-2025

POLISI KESELAMATAN SIBER (PKS) KPK VERSI 1.0

  • Telah selasai dibangunkan dan diluluskan JPICT pada 19 Disember 2022 dan diedarkan kepada Bahagian-Bahagian di KPK serta Agensi dan Majlis di bawah KPK
  • Boleh dicapai di URL : Polisi Keselamatan Siber 2022

MENGAKTIFKAN PLATFORM DATA KOMODITI (PDC)

  • Platform Perkongsian Data Komodit (PDC) merupakan satu platform khas yang disediakan untuk memaparkan data Sektor Agrikomoditi secara dashboard
  • PDC merangkumi kluster maklumat perdagangan, pekebun kecil, biobahan api, pelaburan dan tenaga kerja
  • Telah dibuka capaiannya kepada orang awam pada September 2022
  • Boleh dicapai di URL : https:.//pdc.mpic.gov.my

PORTAL DATA TERBUKA  SEKTOR AWAM (DTSA)

  • 120 Data terbuka KPK telah selesai dimuat naik

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT)

BIL  MESYUARAT TARIKH
1. JTICT BIL.1/2024  8 FEBRUARI 2024
2. JTICT BIL.2/2024  7 MEI 2024
3. JTICT BIL.3/2024  6 OGOS 2024
4. JTICT BIL.4/2024  5 NOVEMBER 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT)

BIL  MESYUARAT TARIKH
1. JPICT BIL.1/2024  28 FEBRUARI 2024
2. JPICT BIL.2/2024  21 MEI 2024
3. JPICT BIL.3/2024  20 OGOS 2024
4. JPICT BIL.4/2024  19 NOVEMBER 2024