LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANCARTA ORGANISASIAKTIVITI
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
Merancang, mengkaji, mengurus, melaksana dan memantau urusan pentadbiran, pembangunan dan kewangan Kementerian mengikut keutamaan, peraturan, undang-undang dan prosedur yang ditetapkan bagi memastikan urusan yang dilaksanakan teratur, cekap dan berkesan
FUNGSI BAHAGIAN
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (BKPP) terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu Unit Pembangunan, Unit Kewangan dan Unit Pentadbiran. Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua perkara yang berkaitan dengan urusan pembangunan, kewangan dan pentadbiran Kementerian bagi memastikan semua urusan tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.
Fungsi dan Peranan Bahagian
Menguruskan Pentadbiran Am Kementerian;
Memantau Pelaksanaan Projek-Projek Pembangunan Kementerian;
Menguruskan Hal-hal Kewangan Kementerian;
Menguruskan Perpustakaan Kementerian; dan
Menguruskan Pengurusan Rekod dan Urusan Surat Menyurat Kementerian dengan teratur.
Sedang Dikemaskini
UNIT PEMBANGUNAN DAN PEMANTAUAN PROJEK
Mengurus, menyelia dan memantau pelaksanaan projek pembangunan Kementerian
Mengurus, menyelia dan memantau belanjawan Pembangunan Kementerian.
Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK)
Mengurus, menyelia dan melaksanakan penilaian outcome projek pembangunan Kementerian
Mengurus, menyelia dan melaksanakan lawatan tapak projek pembangunan Kementerian
Mengurus, menyelia dan menyelaras unjuran aliran tunai peruntukan Pembangunan Kementerian
UNIT KEWANGAN DAN PEROLEHAN
Unit Bajet
Mengurus dan menyelaras penurunan perwakilan kuasa bagi pengurusan belanjawan, perolehan dan kewangan.
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan belanjawan Mengurus Kementerian
Mengurus, menyelia dan menyelaras pengurusan bayaran di bawah AP58(a)
Mengurus, menyelia dan menyelaras pengurusan pindah/ agih/ tambah peruntukan Mengurus
Mengurus, menyelia dan menyelaras unjuran aliran tunai peruntukan Mengurus Kementerian
Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
Unit Perolehan dan kontrak
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan perolehan secara belian terus, sebut harga dan tender
Mengurusetiakan Mesyuarat Lembaga Perolehan, Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Mesyuarat Pasukan Petugas Sistem ePerolehan
Mengurus, menyelaras dan menyedia laporan-laporan bagi perolehan secara belian terus, sebut harga dan tender
Mengurus, menyelaras dan mengemaskini maklumat MyProcurement
Unit Kewangan dan akaun
Mengurus, menyedia dan menyelaras pengurusan emolumen.
Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan terimaan
Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan bayaran
Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan pinjaman
Mengurus, menyelaras dan menyedia bagi kutipan semula pembayaran dan elaun serta pelaporan Akaun Belum Terima (ABT) Kementerian
Mengurus, menyelaras dan menyedia pengurusan laporan-laporan kewangan dan perakaunan
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan, pelupusan dan keselamatan rekod kewangan.
UNIT PENTADBIRAN
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan aset
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan keselamatan
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan fasiliti
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan rekod
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan perpustakaan
SEKSYEN PENTADBIRAN AM
Mengurus pentadbiran dan logistik di Kementerian
Mengurus dan menyelaras majlis rasmi Kementerian dan penyertaan Kementerian dalam aktiviti anjuran luar
Merancang dan melaksanakan inisiatif kualiti di Kementerian.
Menyelaras pelaksanaan Malaysian Government Performance Index (MyGPI), myPortfolio dan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
Pengurusan Kenderaan
Mengurus dan menyelia perkhidmatan kenderaan untuk kegunaan pegawai dan kakitangan Kementerian
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan kenderaan, melibatkan kenderaan rasmi jawatan dan kenderaan Jabatan
Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan kenderaan
Pengurusan Keselamatan
Mengurus, menyelia dan memantau perkhidmatan keselamatan.
Mengurus, menyelia dan memantau kawalan CCTV.
Mengurus, menyelia dan memantau kawalan keselamatan pegawai dan pelawat Kementerian.
Mengurus, menyelia dan memantau kawalan keselamatan Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian.
Menyelaras pertanyaan dan maklum balas audit
Peratus pemantauan kawalan keselamatan pegawai/ pelawat/ Anggota Pentadbiran dan Pengurusan Tertinggi Kementerian
Pengurusan Fasiliti
Mengurus, menyelia dan memantau pengurusan fasiliti, bangunan, dan infrastruktur.
Mengurus, menyelia dan memantau penyelenggaraan fasiliti, bangunan, dan infrastruktur
Mengurus, menyelia dan memantau kebersihan fasiliti, bangunan, infrastruktur dan landskap.
Mengurus, menyelia dan memantau hal ehwal keselamatan fizikal bangunan, sistem pemadaman api serta fire drill / pengungsian bangunan.
Memberi khidmat nasihat teknikal berkaitan fasiliti, bangunan, infrastruktur dan landskap.
Pengurusan Rekod
Menguruskan pelantikan Pegawai Rekod Jabatan (PRJ)/ Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ).
Memberi khidmat nasihat berkaitan pengurusan rekod.
Mengurus, menyelia dan memantau urusan pewujudan, penerimaan, pendaftaran, penghantaran dan pengedaran surat-menyurat serta dokumen Kementerian.
Mengurus, menyelia dan memantau pelaksanaan DDMS.
Mengurus, menyelia dan memantau sistem pengurusan fail serta pengelasan, pelupusan, penyimpanan dan keselamatan rekod.
Merancang dan melaksanakan audit dan inspektorat pengurusan rekod.
Menyelaras dan melaksanakan program institutional memory (memori institusi) bagi perekodan dokumen dan peristiwa penting.
SEKSYEN PENGURUSAN ASET
Menguruskan pelantikan Pegawai Aset Kementerian, Ahli Mesyuarat JKPAK, Pegawai Pemeriksa Aset dan Stok, Pegawai Pemeriksa Pelupusan Aset dan Stor, Pegawai Penyiasat Kehilangan Aset dan Stor, Pegawai Verifikasi Stor dan Pegawai Aset dan Stor Bahagian/ Unit.
Mengurusetiakan Mesyuarat JKPAK MPIC.
Mengurus, menyelia dan memantau perancangan perolehan pengurusan aset dan stor
Menyelaras dan mengemaskini Sistem Pengurusan Aset dan Stor (SPA dan SPS).
Menyediakan Laporan Sukuan dan Laporan Tahunan Pengurusan Aset Kerajaan.
Menguruskan pendaftaran, penempatan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira kehilangan aset.
Menguruskan penerimaan, penyimpanan, pengeluaran, verifikasi, pelupusan dan hapuskira kehilangan stok.
SEKSYEN PERPUSTAKAAN
Mengurus, menyelia dan melaksanakan pendokumentasian bahan perpustakaan.
Mengurus, menyelia dan melaksanakan perancangan perolehan bahan perpustakaan.
Mengurus dan melaksanakan perkhidmatan pengguna, sirkulasi (pinjaman dan pemulangan bahan) dan rujukan disediakan melalui sistem pengurusan perpustakaan.
Mengurus dan melaksanakan penyebaran maklumat umum dan bahan-bahan bacaan.
Mengurus dan melaksanakan aktiviti galakan membaca/ kempen membaca/ kempen ilmiah Kementerian.
LATAR BELAKANGFUNGSI BAHAGIANAGENSICARTA ORGANISASISENARAI AKTAHUBUNGI KAMI
LATAR BELAKANG BAHAGIAN
Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA) telah diberikan tanggungjawab dalam hal-hal berkenaan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan aktiviti serta fungsi berkaitan pembangunan industri biobahan api.
Struktur organisasi Bahagian BBA terbahagi kepada 3 unit :
Unit Dasar
Unit Pelesenan
Unit Penguatkuasaan dan Pendakwaan
OBJEKTIF BAHAGIAN
Bahagian Biojisim dan Biobahan (BBA) ditubuhkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi melaksanakan dan menguatkuasakan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) serta peraturan-peraturan subsidiari di bawahnya.
FUNGSI BAHAGIAN
Mengkaji dan merangka dasar - Mengkaji dan merangka dasar berkaitan industri biojisim dan biobahan api, termasuk mengkaji semula perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan industri dari masa ke semasa.
Mengeluarkan lesen - Mendaftar dan mengeluarkan lesen bagi aktiviti-aktiviti biobahan api seperti memulakan untuk membina loji biobahan api, mengeluar, mengadun, mengeksport, mengangkut, menyimpan, mengukur dan menguji biobahan api.
Penguatkuasaan - Mengawalselia industri biobahan api, terutamanya melaksanakan penguatkuasaan yang melibatkan aspek-aspek termasuk pemeriksaan, penyiasatan, perisikan dan pendakwaan.
Menggalakkan Pembangunan Industri - Menggalakkan pembangunan industri biojisim dan biobahan api, termasuk memberi khidmat nasihat kepada individu atau organisasi yang akan menceburkan diri.
Pembangunan pangkalan data - Membangunkan pangkalan data hasil maklumat yang diperolehi daripada pelesenan semua aktiviti yang dilesenkan;
Pelaksanaan program - Melaksanakan program-program biojisim, biodiesel dan biogas.
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA
Kementerian bekerjasama dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam merintis penyelidikan dan pelaksanaan Program Biodiesel Negara ke peringkat yang lebih tinggi. Kumpulan penyelidik khas biodiesel yang di selaraskan oleh Unit Tenaga & Persekitaran, Bahagian Kejuruteraan & Pemprosesan, MPOB bertindak dalam melaksanakan kajian yang boleh digunakan sebagai panduan kepada Kementerian bagi merangka halatuju pembangunan industri biobahan api negara.
AKTA INDUSTRI BIOBAHAN API MALAYSIA 2007 (AKTA 666)
Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) merupakan instrumen perundangan bagi mengawalselia industri biobahan api negara dan memperuntukkan penggunaan mandatori biobahan api, pelesenan aktiviti yang berhubungan dengan biobahan api dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Peraturan-peraturan di bawah Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) adalah seperti berikut:
Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pelesenan) 2008 – PU(A) 404
Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengkompaunan Kesalahan) 2021 – PU(A) 13
Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pindaan Jadual Pertama) 2022 – PU(A) 354
Peraturan-peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Sumber Pengeluaran, Adunan dan Aktiviti yang Dibenarkan) 2022 – PU(A) 363
Peraturan-Peraturan Industri Biobahan Api Malaysia (Pengecualian) 2024 - PU(A) 123
Bahagian Biojisim dan Biobahan Api (BBA) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) No. 15, Aras 8, Persiaran Perdana, Presint 2, 62654, W.P Putrajaya. 603-88803323 bba[@]kpk.gov.my