LATAR BELAKANGOBJEKTIFFUNGSI BAHAGIANPIAGAM PELANGGANCARTA ORGANISASIKPI & PENCAPAIANOACP KPKMILESTONE UNIT INTEGRITI 2021

LATAR BELAKANG


ui pengenalanKPK telah menerima arahan penubuhan Unit Integriti pada 1 Ogos 2013 berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013. Unit Integriti KPK dikategorikan sebagai Model B (Berisiko Sederhana). Penubuhan unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika warga KPK

Setiap aduan yang dikemukakan akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (Akta 711) 2010.

Pautan kepada  AKTA 711.

OBJEKTIF

  • Untuk membudayakan nilai-nilai murni dan kod etika dalam perkhidmatan awam;
  • Untuk mengekang salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan penjawat awam;
  • Mengesan dan melaporkan salahlaku jenayah berkaitan rasuah/pelanggaran prosedur atau tatakelakuan penjawat awam kepada agensi yang berkaitan; dan
  • Menjalankan fungsi keurusetiaan urusan tatatertib penjawat awam di kementerian.

 

FUNGSI DAN PERANAN

1. Pengukuhan Integriti

Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian integriti dalam organisasi

2. Pengurusan Aduan

Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku dan pelanggaran integriti pegawai awam

3. Pengesanan dan Pengesahan

Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti. Salah laku bersifat jenayah hendaklah dilaporkan kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab

4. Tatatertib

Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib

5. Pematuhan

Memastikan pematuhan terhadap sistem dan prosedur kerja serta mencadangkan penambahbaikan

6. Tadbir Urus

Memastikan pelaksanaan tadbir urus secara efektif

 

PIAGAM PELANGGAN


1. Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan;
2. Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integeriti dalam organisasi;
3. Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
4. Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
5. Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi; dan
6. Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.


 

CARTA BM 2023

 

 PROGRAM/ AKTIVITI 2023

TARIKH

PROGRAM/AKTIVITI

17 Januari 2023

 Bicara Integriti Bil.1/2023

18-20 Januari 2023

Pemeriksaan Kutipan Hasil & Peti Besi MPOB Butterworth

30-31 Januari 2023

Pemeriksaan Mengejut MPOB Wilayah Tengah, Bangi

13-15 Februari 2023

Pemeriksaan Kutipan Hasil & Peti Besi LKTN, Kedah

20-24 Februari 2023

Pemeriksaan Kutipan Hasil & Peti Besi PBK, LKM

6-10 Mac 2023

Pemeriksaan Pengurusan Kenderaan MTIB Terengganu

13-17 Mac 2023

 Pemeriksaan Pengurusan Perolehan LGM, Sarawak

14 Mac 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) KPK Bil.1/2023
23 Mac - 13 April 2023

Program Tadarus al-Quran Peringkat KPK 2023

24 Mac 2023

Pengukuhan Sahsiah & Integriti Bil.1/2023

31 Mac 2023

Pengukuhan Sahsiah & Integriti Bil.2/2023

7 April 2023

Pengukuhan Sahsiah & Integriti Bil.3/2023

12 April 2023

Bicara Integriti Bil.2/2023

13 April 2023

Pengukuhan Sahsiah & Integriti Bil.4/2023

15-19 Mei 2023

Pemeriksaan Pengurusan Perolehan WISDEC Sabah

29-31 Mei 2023

Pemeriksaan Pengurusan Aset MTIB Johor

19-23 Jun 2023

Pemeriksaan Pengurusan Kenderaan MPB, Kuching

22 Jun 2023

Bicara Integriti Bil.3/2023

26-28 Jun 2023

Pemeriksaan Kutipan Hasil & Peti Besi LGM Sg. Petani

18 Julai 2023

Pengukuhan Sahsiah & Integriti Bil.5/2023

17-18 Julai 2023

Pemeriksaan Kutipan Hasil & Peti Besi Akademi HEVEA, Langkawi
19 Julai 2023

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1445H

24-25 Julai 2023

Pemeriksaan Kutipan Hasil & Peti Besi LKTN Melaka

7-9 Ogos 2023

Pemeriksaan Susulan Kutipan Hasil & Peti Besi, LKM

8 Ogos 2023

Bicara Integriti Bil 4/2023

21-25 Ogos 2023

Pemeriksaan Pengurusan Kenderaan MPOB JB
3-8 September 2023

Pemeriksaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (1)

12 September 2023

Mesyuarat bersama KUI agensi dan majlis 2023
17-20 September 2023

Pemeriksaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (2)

24-27 September 2023

Pemeriksaan Pengurusan Aset MPOB Sg. Petani

28 September 2023

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 1445H

1-3 Oktober 2023

Pemeriksaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (3)

4-6 Oktober 2023

Pemeriksaan Program Pembangunan Huluan Industri Lada (4)

   

Pelan Anti-Rasuah Organisasi (OACP)

 

OACP 2021 2026 RINGKASAN PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPPK
2021-2026
 MUAT TURUN
COVER BM E BOOK PELAN ANTI-RASUAH ORGANISASI (OACP) KPPK
2021-2026
(AKAN MENYUSUL)
 

 

 

# NAMATahun/ Versi/ TempohPenerbit/ BahagianMuat Turun
1. Integriti Milestone 2021 MILESTONE UNIT INTEGRITI 2021 2021 Unit Integriti, KPPK  Muat Turun 

   

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila emelkan kepada :

Ketua Unit,
Unit Integriti
Kementerian Perladangan dan Komoditi

Emel : ui[@]kpk[.]gov[.]my