LATAR BELAKANGFUNGSICARTA ORGANISASISOALAN LAZIM

Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) di Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bertanggungjawab dalam merumuskan, mengkoordinasi, dan memantau pelaksanaan dasar-dasar serta strategi yang menyokong pencapaian matlamat dan visi Kementerian ini. Bahagian ini memainkan peranan penting dalam memastikan bahawa setiap inisiatif dan program yang dijalankan adalah selaras dengan objektif nasional dan keperluan rakyat.

Bahagian ini terdiri daripada 4 unit utama yang masing-masing mempunyai fungsi khusus, termasuklah:

  • Unit Dasar dan Strategik (DS)
  • Unit Kerjasama dan Antarabangsa (AB)
  • Unit Penyelarasan dan Statistik (PS)
  • Unit KPI dan Pemerkasaan Agenda Bumiputera (PAB)

Selain itu, Bahagian Perancangan dan Strategik juga bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat sivil, bagi memastikan pendekatan yang holistik dan inklusif dalam perancangan dan pelaksanaan dasar. Pendekatan ini penting bagi memastikan bahawa setiap keputusan yang diambil adalah berasaskan maklumat yang tepat dan menyeluruh, serta memberi impak positif kepada pembangunan negara.

Dengan dedikasi dan komitmen tinggi, Bahagian ini akan terus berusaha untuk memperkukuh daya saing negara melalui perancangan yang teliti dan strategi yang mantap, selaras dengan aspirasi Kementerian Perladangan dan Komoditi bersama Kerajaan Malaysia.

 Unit Dasar dan Strategik (DS)

  • Penggubalan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian dasar, strategi dan pelan tindakan berkaitan komoditi merangkumi Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN), Pelan Strategik KPK, Pemukiman KPK dan perkara-perkara berkaitan.
  • Penyediaan input berkaitan Sektor Agrikomoditi kepada pelbagai Rancangan Malaysia, pelan-pelan induk dan dasar-dasar di peringkat nasional.
  • Urus setia konsultasi KPK bersama wakil industri dan badan bukan kerajaan (NGOs).
  • Penyelarasan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan Pelan Pengurusan Risiko dan Good Regulatory Practices peringkat Kementerian.
  • Penyediaan input dan penyelarasan penglibatan KPK bagi Mesyuarat/Jawatankuasa/ Majlis Peringkat Kebangsaaan berkaitan dasar-dasar nasional dan agenda kelestarian.
  • Penyelarasan dan penyediaan ulasan KPK untuk Memorandum/Nota Jemaah Menteri berkaitan dengan dasar-dasar nasional dan agenda kelestarian daripada Kementerian/ Agensi lain.
  • Perancangan dan penetapan dasar/strategi berkaitan kelestarian Sektor Agrikomoditi yang merangkumi elemen alam sekitar, perubahan iklim, biodiversiti,  sumber asli dan pembangunan mampan.
  • Penyelarasan isu-isu serta penyediaan input dan maklum balas berkaitan kelestarian Sektor Agrikomoditi daripada Kementerian/Agensi lain.
  • Perancangan dan penyelarasan penglibatan KPK dalam persidangan dan mesyuarat luar negara berkaitan agenda kelestarian.

Unit Kerjasama dan Antarabangsa (AB) 

  • Penyelarasan pendirian Negara mengenai isu berkaitan komoditi dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA).
  • Pemantauan isu berkaitan komoditi di dalam FTA yang sedang dilaksanakan.
  • Penyelarasan pendirian dan isu-isu berkaitan komoditi di peringkat serantau.
  • Urusetia bagi Jawatankuasa bagi menangani isu-isu berkaitan komoditi. 
  • Penyelarasan penyediaan memorandum persefahaman dan perjanjian-perjanjian antarabangsa mengenai kerjasama dalam bidang komoditi. 
  • Penglibatan dalam mesyuarat dan rundingan antarabangsa pelbagai hala dan dua hala yang berkaitan komoditi.
  • Penyediaan Nota Iktisar / Brif perdagangan komoditi.
  • Penyelarasan misi-misi ekonomi/ teknikal, lawatan kerja tahunan dan Mesyuarat bagi YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian ke luar negara.
  • Penyelarasan isu-isu berkaitan komoditi dalam pertubuhan-pertubuhan  antarabangsa.
  • Penyelarasan Mesyuarat Berjadual/ Tugas Rasmi Luar Negara KPK.

Unit Penyelarasan dan Statistik (PS)

  • Penyelarasan hal ehwal Parlimen bagi Kementerian.
  • Penyelarasan hal ehwal Mesyuarat Jemaah Menteri bagi Kementerian.
  • Urus setia Mesyuarat Pasca Kabinet/ Pengurusan Tertinggi/ Pengurusan.
  • Penyelarasan berkaitan Mesyuarat Utama Kerajaan yang dikendalikan oleh pihak luar bagi memastikan input Kementerian disampaikan secara cekap, tepat dan berkesan. Mesyuarat Utama Kerajaan yang meliputi mesyuarat-mesyuarat berikut:

               1) Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM);

               2) Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP);

               3) Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara (JPPN);

               4) Mesyuarat Jawatan Pengurusan Bencana Negara (JPBN); dan

               5) Mesyuarat lain seperti yang diarahkan. 

  • Pengumpulan dan penyebaran data statistik komoditi.
  • Penerbitan Buku Statistik Komoditi.
  • Penyelarasan data bagi sistem Pangkalan Data Komoditi (PDC) Kementerian.
  • Pengurusan hal ehwal pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan kualiti penyampaian perkhidmatan bagi memastikan perjalanan tugas Bahagian berjalan dengan lancar dan berkesan.

Unit KPI dan Pemerkasaan Agenda Bumiputera (PAB)

  • Menyelaras dan memantau KPI Menteri.
  • Menyelaras dan memantau KPI Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) bagi Tier 1 (KSU), Tier 2 (TKSU), Tier 3 (JUSA) di Kementerian.
  • Menyelaras pengemaskinian Sistem MyAspirasi dan MyKPI.
  • Menyelaras penyediaan Kamus KPI Menteri dan KPI PPTPA.
  • Menyelaras dan memantau KPI Outcome Based Budgeting (OBB) Kementerian.
  • Menyelaras pengemaskinian Sistem MyResults.
  • Melaksana fungsi Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera (UPAB) Kementerian.
  • Penyelarasan dan pelaksanaan dasar, strategi dan program berkaitan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS).
  • Penyelarasan dan pelaksanaan dasar, strategi dan program berkaitan pembangunan koperasi.

15

  • Apa itu Nationally Determined Contribution (NDC)?

NDC adalah komitmen setiap negara anggota kepada   Pertubuhan Persidangan   Rangka Kerja   Pertubuhan Bangsa-  bangsa Bersatu (UNFCCC) dalam melaksanakan usaha-  usaha   mitigasi   melalui pengurangan pelepasan gas rumah kaca dan   adaptasi   perubahan iklim seperti   mana yang   telah ditetapkan   dalam Perjanjian Paris pada 2015.   Melalui NDC, Malaysia   komited untuk   mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca   sebanyak 45% menjelang   2030 berbanding   intensiti pelepasan pada 2005. Sektor   agrikomoditi turut memainkan   peranan penting dalam   menyumbang kepada   pencapaian   NDC negara melalui   pelaksanaan pelbagai program dan   inisiatif mitigasi   seperti program biobahan api,   pemerangkapan biogas daripada efluen kilang sawit,   skim pensijilan komoditi mampan seperti   Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Skim   Pensijilan Kayu   Malaysia (MTCS)   serta   menghadkan keluasan tanaman komoditi.

  •  Bagaimana sektor agrikomoditi menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan [Sustainable Development Goals (SDGs)] negara?

Sektor agrikomoditi menyumbang kepada pencapaian SDGs negara melalui pelaksanaan   skim pensijilan komoditi mampan seperti Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) untuk   mencapai sebahagian daripada Matlamat 2 SDGs (Kelaparan Sifar) dan Skim Pensijilan   Kayu   Malaysia (MTCS) untuk mencapai sebahagian daripada Matlamat 15 SDGs   (Kehidupan di   Darat). Sektor agrikomoditi juga menyumbang kepada pertumbuhan   tahunan Keluaran   Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk mencapai sebahagian   daripada Matlamat 8 SDGs   (Pekerjaan yang Sesuai dan Pembangunan Ekonomi). 

  • Apakah itu RCEP?

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) adalah perjanjian yang   dicadangkan antara negara-negara anggota   Persatuan Negara-  negara Asia   Tenggara   (ASEAN) dan rakan   kongsi perjanjian   perdagangan bebas (FTA).   Perjanjian itu   bertujuan untuk meliputi perdagangan barang dan perkhidmatan,  harta intelak dan   lain-lain.

RCEP adalah inisiatif yang didorong oleh ASEAN yang bertujuan untuk   mengintegrasikan ekonomi 16 negara di   negara Asia dan Oceania.   Pemimpin 16   negara peserta RCEP   bersetuju bahawa RCEP akan   melibatkan penglibatan yang   lebih luas dan lebih mendalam dengan   penambahbaikan   ketara ke atas   Perjanjian   Perdagangan Bebas   ASEAN (FTA)   dan Perjanjian Perkongsian   Ekonomi Komprehensif (CEPs) dengan negara-negara ini. 

  • Bilakah RCEP diperkenalkan?

Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau diperkenalkan semasa pertemuan   Asean ke -19 yang diadakan pada November 2011. Rundingan  RCEP telah bermula   pada Sidang   Kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom  Penh, Kemboja pada November   2012. 16 negara peserta meliputi 10 negara ASEAN, Australia, China,   Jepun,   Korea,   India dan New Zealand. 

  • Kenapa RCEP penting?

16 negara yang terlibat di dalam rundingan RCEP adalah penyumbang satu pertiga   daripada   Keluaran   Dalam Negara Kasar Dunia (KDNK) dan ini meliputi hampir   separuh penduduk dunia.

Gabungan KDNK China dan India sahaja menyumbang lebih daripada KDNK Dunia.   Pemilikan   RCEP   dalam ekonomi dunia boleh menyumbang separuh daripada   anggaran $ 0.5  quadrillion global (KDNK,   PPP) menjelang 2050.  

  • Apakah objektif RCEP?

RCEP bermatlamat untuk mewujudkan pasaran bersepadu dengan 16 negara,   menjadikannya   lebih   mudah untuk produk dan perkhidmatan dari setiap   negara-negara ini boleh diperolehi   di rantau ini.

Rundingan tertumpu kepada perkara berikut: Perdagangan barangan dan   perkhidmatan,   pelaburan,   harta intelektual, penyelesaian pertikaian, e-dagang,   perusahaan kecil dan   sederhana, dan kerjasama   ekonomi. 

  • Peranan China dalam RCEP

RCEP telah digerakkan oleh Kerajaan China pada tahun 2012 untuk mengatasi FTA   lain yang   wujud pada   masa tersebut di antaranya adalah Perkongsian Trans-  Pasifik (TPP). TPP yang   diterajui AS tidak termasuk   China.

Bagaimanapun, pada 2016 Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menarik   negaranya dari   terus   menyertai TPP. Sejak itu, RCEP telah menjadi alat utama   bagi China untuk menentang usaha   Amerika   Syarikat untuk menghalang   perdagangan dengan China. 

  • Adakah Dasar AgriKomoditi Negara sama dengan Dasar Agromakanan Negara?

Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) dan Dasar Agromakanan Negara (DAN) digubal   selepas Dasar Pertanian Negara tamat pada tahun 2010. Dasar Agrikomoditi Negara   merangkumi teras dasar dan strategi  bagi industri agrikomoditi  seperti sawit, getah,    kayu-kayan, lada, koko dan  kenaf termasuk komoditi-komoditi  lain yang akan   dikenalpasti manakala Dasar Agromakanan Negara digubal khusus   kepada   industri   agromakanan seperti ternakan, tanaman dan perikanan.