PIAGAM PELANGGAN

Piagam Pengukuran Pelanggan Kementerian Perladangan dan Komoditi (selaras dengan keputusan Mesyuarat Semakan Piagam Pelanggan KPK pada 6 Januari 2026)

 

PENYEDIAAN MAKLUM BALAS
            

Menyediakan maklum balas berkaitan dasar pembangunan dan kemajuan industri termasuk modal insan dan inovasi sektor Agrikomoditi negara kepada Kementerian dan Agensi lain dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

STATISTIK AGRIKOMODITI 

Menerbit dan menyebar statistik berkaitan agrikomoditi sebanyak empat (4) kali setahun mengikut suku tahun

PENGURUSAN PEROLEHAN

  • Memproses/ menandatangani dokumen kontrak yang lengkap dan teratur dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh surat setuju terima dikeluarkan; dan 
  • Memproses, menandatangani dokumen kontrak tambahan/lanjutan dua (2) bulan dari tarikh surat pemakluman keputusan perubahan kontrak dikemukakan kepada syarikat.

PEMBAYARAN BIL

  • Menjelaskan tuntutan bayaran dalam tempoh tujuh (7) hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap dan sempurna.

PENGURUSAN PELANGGAN

Memastikan pengurusan pelanggan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) diberi:

  • Akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja; dan 
  • Maklum balas pertanyaan dalam masa lima (5) hari bekerja.

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)

  • Memastikan ketersediaan capaian laman web rasmi KPK pada 99.5%; dan
  • Memastikan ketersediaan perkhidmatan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 99.5%.

LESEN BIOBAHAN API  

  • Mengeluarkan keputusan permohonan lesen dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan lesen yang lengkap

 


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Emel : ukk [@] kpk.gov.my
No. Telefon: 03-88803371