INDUSTRI

SOALAN

JAWAPAN

sawit   Apakah strategi dan langkah untuk memperkukuhkan harga sawit?  Peningkatan adunan Biobahan Api sawit dengan Diesel Petroleum Program Biodiesel B10 (adunan 10% biodiesel sawit dan 90% diesel petroleum)

Memperkukuhkan pasaran eksport utama sedia ada terutamanya negara China, India, Pakistan, Dan Amerika Syarikat serta mempromosi produk-produk sawit dengan lebih agresif bagi menembusi pasaran-pasaran baharu seperti di Benua Afrika

Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baharu serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;

Meningkatkan akses pasaran yang lebih baik melalui Perundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dan perundingan pelbagai hala atau serantau.

Apakah perancangan Kementerian dalam meningkatkan sosioekonomi pekebun kecil yang bergantung kepada hasil sawit terutama ketika kejatuhan harga? Bagi mengurangkan tahap kebergantungan sepenuhnya kepada hasil sawit, Kementerian amat mengalakkan para pekebun kecil melaksanakan integrasi tanaman. Kaedah ini jika diamalkan secara sistematik, disamping dapat memberi pendapatan tambahan kepada pekebun kecil sawit, ia juga akan dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap pengimportan bahan makanan dari luar negara.

 

Langkah-langkah yang telah dan akan dimbil oleh Kementerian untuk membantu kesemua pengusaha sawit terutama pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang akan dilaksanakan secara mandatori menjelang pada 1 Januari 2020? Bagi meringankan bebanan kewangan para pekebun kecil persendirian, perbelanjaan pelaksanaan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan yang merangkumi kos latihan, kos pengauditan, kos pembelian alat pelindungan peribadi dan rak bahan kimia.

Kerajaan juga telah meningkatkan kadar insentif kos pengauditan MSPO daripada 70% kepada 100%  dan memberi insentif baharu kos persediaan MSPO sebanyak 50% bagi estet-estet yang berkeluasan 40.46 hingga 1,000 hektar. Manakala, insentif bagi pekebun kecil tersusun juga telah ditingkatkan daripada RM10 sehektar kepada RM55 sehektar. Bagi para pengilang, Kerajaan memberi insentif sehingga 30% dari kos pengauditan pensijilan tersebut.

Pihak kementerian juga sedang giat menjalankan Program Jelajah MSPO untuk penanam sawit seluruh negara.

 

Apakah kelebihan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS)?  Skim ini dirangka mengikut keperluan terkini para pekebun kecil sawit persendirian dalam melaksanakan aktiviti penanaman semula. Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang mempunyai pokok sawit berumur melebihi 25 tahun dan ke atas dengan had maksimum pembiayaan seluas 6.5 hektar. Kerajaan telah merangka skim TSPKS ini agar tidak membebankan para pekebun kecil sawit dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, tempoh moratorium selama 48 bulan, tiada cagaran dan tiada penjamin.

 

getah  Apakah langkah-langkah untuk memastikan program Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan memanfaatkan juga penoreh getah yang tidak mempunyai kebun dan hanya mengambil upah menoreh? Antara langkah yang diambil untuk memastikan IPG dilaksanakan dengan berkesan adalah seperti berikut:

(a)Mendapatkan kerjasama dan bantuan daripada pelesen (peraih getah) dan ketua kampung untuk mengumpul dan menghantar borang tuntutan IPG pekebun kecil ke pejabat Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang berdekatan. Oleh itu, pekebun kecil  boleh mengemukakan borang tuntutan kepada pelesen atau ketua kampung masing-masing;

(b)Pegawai LGM juga turut turun padang ke lokasi tumpuan seperti yang dicadangkan oleh ketua kampung bagi mengutip borang tuntutan IPG daripada pekebun kecil. Di antara lokasi tumpuan adalah balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), masjid atau surau, Pejabat Daerah dan Pejabat RISDA yang berdekatan. Oleh itu, pekebun kecil boleh menghantar borang ke lokasi tersebut pada tarikh dan masa yang ditetapkan; dan

(c)Mewujudkan koordinasi IPG antara Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan LGM di mana RISDA berperanan sebagai pemudahcara dalam membantu mengumpul borang tuntutan IPG daripada pekebun kecil sebelum diserahkan kepada pihak LGM.   

Pendekatan-pendekatan ini diharap dapat memudahkan proses tuntutan IPG di kalangan pekebun kecil sekali gus memastikan pekebun kecil dapat menikmati insentif yang telah diperkenal oleh pihak Kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh pekebun kecil semasa harga getah di paras rendah.

Bagi penoreh getah yang menjalankan aktiviti penorehan di kebun milik orang lain pula, tuntutan IPG masih boleh dinikmati melalui kebenaran daripada pemilik kebun menerusi pemilihan nisbah tuntutan IPG yang telah dipersetujui secara bersama (mutual agreement).

 

 Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menaikkan harga, sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah? Antara langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menaikkan harga, sekaligus meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah adalah seperti berikut:

 

Langkah jangka pendek

(a)Mekanisme Penetapan Harga di Ladang di mana pihak koperasi akan membeli getah daripada pekebun kecil dengan harga lebih tinggi kerana pihak koperasi berurusan secara terus dengan kilang pemproses secara pukal;

(b)memperkenalkan sistem belian secara atas talian MyROL - Harga yang ditawarkan oleh pusat pembelian melalui sistem ini adalah lebih kompetitif dan memberi pulangan yang lebih tinggi kepada pekebun kecil;

(c)melaksanakan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) - menggalakkan pekebun kecil untuk terus menoreh sewaktu harga rendah di pasaran.

 

Langkah jangka panjang

(a)meningkatkan penggunaan getah dalam negara melalui penggunaan getah dalam pembinaan jalan raya dan penghasilan produk-produk baru serta bernilai tambah berasaskan getah seperti Seismic Bearing, sarung tangan getah dan lain-lain; dan

(b)Malaysia bekerjasama dengan negara pengeluar utama getah seperti Thailand dan Indonesia di bawah kerangka International Tripartite Rubber Council (ITRC) bagi memperkukuh harga getah. Di bawah kerjasama ini, syer pengeluaran ketiga-tiga negara ini adalah 67% daripada pengeluaran getah asli dunia pada tahun 2018. Skim Kuota Pengeksportan yang Dipersetujui (Agreed Export Tonnage Scheme - AETS) merupakan mekanisme jangka pendek untuk mengurangkan bekalan getah antarabangsa;

 

kayu  Di manakah saya boleh membuat permohonan pinjaman mudah di bawah PPLH? Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Forest Plantation Development Sdn. Bhd. (FPDSB); syarikat bertujuan khas yang ditubuhkan untuk menguruskan perkara berkaitan PPLH.

 

 Apakah spesies yang diluluskan di bawah PPLH? Terdapat sembilan (9) spesies yang diluluskan di bawah PPLH iaitu Getah TLC, Akasia, Kelempayan/Laran, Batai, Jati, Binuang, Khaya, Sentang dan Buluh (Semantan, Beti, Betong & Hitam).

 

 Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat pensijilan kepada sumber kayu? Bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan pensijilan sumber kayu, anda boleh menghubungi Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) di talian 03-2161 2298 atau e-mail ke alamat info [AT] mtcc [DOT] com [DOT] my.

 

 Mengapakah lesen MYTLAS perlu bagi urusan eksport kayu-kayan ke pasaran antarabangsa? MYTLAS disokong oleh Kerajaan Malaysia untuk memastikan produk kayu dan balak yang dieksport dari Malaysia dihasilkan sejajar dengan undang-undang dan undang-undang negara yang terpakai, seperti yang dikehendaki oleh Peraturan Kayu Kesatuan Eropah (EUTR).

 

lada  Syarat-Syarat Untuk Menjadi Pengeksport Lada Lihat di sini
 Syarat-Syarat Untuk Menjadi Pedagang Lada Syarat-Syarat Untuk Menjadi Pedagang Lada

Setiap pemohon yang ingin mendaftar sebagai pedagang lada WAJIB memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan di bawah:

1. Mengisi borang Pendaftaran Pedagang Lada dengan lengkap
2. Mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (trade
license)
3. Dokumen/ borang berkaitan daripada pihak Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) (jika ada)


Dokumen-dokumen tersebut perlu dihantar ke pejabat Lembaga Lada Malaysia yang terdekat
dengan tuan/puan.

 

 Parameter Untuk Mengimport Lada Ke Malaysia  Lihat di sini
koko Apakah aktiviti-aktiviti Lembaga Koko Malaysia? Penanaman Koko - Menasihati petani tentang tanaman koko & peralatan, nurseri anak benih koko, pelindung & sistem tanaman, penyediaan tapak penanaman, baja, kawalan lalang, pemangkasan, rehabilitasi, pengurusan serangga perosak, pengurusan penyakit koko, penyemburan racun serangga, pengurusan binatang vertebra, penuaian dan pemecahan pod, kawalan kualiti biji koko, pemasaran dan juga sebagai rujukan tentang jumlah kos dan keuntungan dalam penanaman koko.

Pembangunan Produk Pembersihan Tubuh – Penemuan
Antibakteria koko sabun tangan
Antibateria koko sabun mandi,
Antibacteria skrub badan
Antibacteria krim badan.

Penyelidikan "Anti-Cancer" - Membuat penyelidikan "tisu koko" untuk dijadikan sebagai penyembuh penyakit kanser.

Bioteknologi Makanan - Menghasilkan kualiti koko yang tinggi; dan seterusnya mencegah keselamatan produk koko.

 

 Apakah insentif yang disediakan oleh Lembaga Koko Malaysia kepada pengusaha-pengusaha tanaman koko? Insentif - Pembersihan Kebun, 1000 anak benih koko untuk satu hektar- (disediakan oleh LKM dan usahawan nurseri), baja, racun serangga, pokok pisang sebagai pelindung, perkakas(pemangkasan, penuaian), kursus dan lain-lain.

 

 Apakah insentif yang disediakan oleh Lembaga Koko Malaysia kepada usahawan coklat buatan tangan? Insentif -Kursus, acuan, "scraper", "apron" dan jemputan ke pameran/jualan coklat.

 

 Apakah jenis-jenis coklat yang dihasilkan oleh Lembaga Koko Malaysia? Coklat "Prebiotik" - Nutrisi yang tinggi, tidak mempunyai kandungan gula (sesuai untuk pesakit diabetik) dan berfungsi dalam pembersihan usus.

Coklat "Anti-Oksida" - Rasa seperti "dark chocolate". "Anti-Aging", mengurangkan kolesterol, menyeimbangkan kandungan glukos dalam badan, mencegah toksin dalam hati dan juga bertindak sebagai mekanisma pertahanan badan (antibodi).

Coklat "Pralin" - Coklat "pralin" disediakan dari coklat blok kouverture, blok prebiotik , blok anti-oksida dan blok kompaun susu.

 

Apakah kursus-kursus yang dikendalikan oleh Lembaga Koko Malaysia? Kursus Lanjutan Teknologi Tanaman Koko - ( 3 hari 2 malam) – Percuma
Kursus Pengenalan Coklat Buatan Tangan - ( 1 hari) – Percuma
Kursus Asas Pembangunan Usahawan Coklat Buatan Tangan - ( 2 hari) -RM250
Kursus Coklat Lanjutan - ( 4 hari) - RM1900 (Potongan harga untuk usahawan di bawah seliaan Lembaga Koko Malaysia)

 

Bilakah Kursus Coklat diadakan? Sila lihat jadual kursus di laman web rasmi Lembaga Koko Malaysia.
Bilakah tarikh Program Khidmat Sokongan Pemasaran Domestik (KSPD) di adakan setiap bulan? Sila lihat senarai tarikh KSPD di laman web rasmi Lembaga Koko Malaysia.
kenaf   Apakah itu kenaf? Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus L. adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan China, Myanmar, dan Indonesia.

 

 Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan industri kenaf? Bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkenaan industri kenaf, individu/syarikat boleh berhubung dengan pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di talian 09-766 8000.

 

Apakah jenis bantuan/insentif yang disediakan dalam industri kenaf? Dalam usaha menggalakkan penanaman kenaf, MPI melalui LKTN menyediakan insentif tanaman kenaf RM2,385/hektar bagi tujuan pengeluaran fiber dan RM3,000/hektar bagi pengeluaran benih kenaf kepada pekebun kecil . Insentif ini turut meliputi input pertanian seperti baja dan racun, perkhidmatan mekanisani, bekalan biji benih kenaf yang berkualiti serta insentif pembelian kenaf.

 

biobahanapi     Apakah itu biodiesel sawit? Biodiesel adalah biobahan api mesra alam yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel petroleum. Ianya dihasilkan daripada minyak sayuran dan lelemak haiwan melalui proses kimia. Di Malaysia, biodiesel dihasilkan daripada minyak sawit dan dikenali sebagai biodiesel sawit.

 

 Apakah perbezaan antara biodiesel sawit dan diesel petroleum? Biodiesel sawit adalah sumber tenaga boleh baharu dan diesel petroleum pula adalah sumber yang terhad.

 

 Apakah jenis diesel yang dijual di stesen minyak? Terdapat dua jenis diesel yang dijual di kebanyakkan stesen iaitu Euro 2M (nozel hitam) dan Euro5 (nozel biru). Diesel boleh diadun dengan biodiesel sawit pada kadar 7% (B7),10% (B10) dan 20% (B20). Apabila program B20 dilaksanakan secara berfasa, diesel B10 akan digantikan dengan diesel B20.

 

 Adakah negara-negara lain menggunakan adunan biodiesel dalam diesel? Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Indonesia, Negara Thai, Colombia, Argentina, Brazil dan negara-negara lain telah memperkenalkan penggunaan adunan biodiesel dengan diesel. Indonesia telah melaksanakan program B20 sejak tahun 2016 dan B30 bermula pada tahun 2020.

 

 Apakah pelan pelaksanaan program biodiesel? Program B5 dilaksanakan di sektor pengangkutan pada Jun 2011 dan diikuti oleh Program B7 pada Disember 2014. Seterusnya pelaksanaan B10 di sektor pengangkutan secara mandatori dimulakan pada 1 Februari 2019 dan B7 di sektor industri pada 1 Julai 2019. Program B20 di sektor pengangkutan sedang dilaksanakan secara berfasa di seluruh Malaysia bermula Januari 2020

 

 Apakah Dasar Biobahan Api Negara?  Dasar Biobahan Api Negara telah dilancarkan pada tahun 2006 dan Akta Industri Biobahan Api Malaysia 2007 (Akta 666) telah dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2008 untuk mencapai sasaran penggunaan tenaga boleh baharu dalam negara. Pelaksanaan Program B20 ini juga adalah selaras dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang hanya membenarkan kenderaan diesel yang boleh menerima adunan biodiesel 20% dijual di Malaysia bermula Januari 2020.

 

Adakah biodiesel sawit dihasilkan secara mampan? Ya. Biodiesel sawit diproses dari minyak sawit yang dihasilkan melalui amalan penanaman yang baik dan mendapat pensijilan kemampanan (e.g. Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia – MSPO). Majoriti pengeluar biodiesel sawit juga memperolehi pensijilan International Sustainability and Carbon Certification (ISCC).

 

Apakah faedah-faedah penggunaan biodiesel? Kajian saintifik telah membuktikan bahawa penggunaan biodiesel mampu mengurangkan pelepasan gas rumah kaca (greenhouse gas - GHG). Selain itu, biodiesel mengandungi nombor setana yang lebih tinggi. Ini dapat meningkatkan prestasi enjin dan menyumbang kepada pelepasan gas ekzos yang lebih bersih. Kandungan sulfur dalam biodiesel adalah menghampiri sifar di mana penggunaan biodiesel akan dapat mengurangkan pelepasan gas sulfur dioksida ke atmosfera yang mengakibatkan kejadian hujan asid.

 

Apakah impak program B20 terhadap alam sekitar? Pelaksanaan program B20 untuk sektor pengangkutan akan menyumbang kepada pengurangan pelepasan GHG setara dengan penjimatan pelepasan ekzos sebanyak 20% daripada jumlah kenderaan diesel di jalan raya setahun. Ini akan menambahbaik kualiti udara terutamanya di kawasan yang mengalami kesesakan lalu lintas.

 

Adakah pengeluar kenderaan (original engine manufacturer – OEM) memberi jaminan enjin bagi penggunaan B20? Pada Disember 2016, Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA) telah menyatakan sokongan terhadap penggunaan 20% biodiesel sawit dalam diesel. Hasil ujian lapangan MPOB dan kajian menyeluruh JAMA juga menunjukkan bahawa B20 adalah sesuai digunakan pada enjin diesel. Sebagai alternatif, Euro5 B7 masih boleh didapati di stesen-stesen minyak tertentu. Pengguna boleh mendapat penerangan lanjut daripada pengeluar kenderaan masing-masing, sekiranya perlu).

 

Bolehkah kenderaan diesel yang sedang menggunakan B7/B10 beralih ke B20 pada bila-bila masa?

Ya. Diesel B7/B10 dan B20 boleh digunakan secara bertukar ganti pada semua kenderaan diesel tanpa sebarang masalah.

 

Adakah tempoh masa penyelenggaran atau servis kenderaan akan dipendekkan dengan penggunaan B20? Ujian lapangan penggunaan B20 yang dijalankan semenjak 2019 bagi 35 buah kenderaan MPOB, tiga (3) buah kenderaan FGV Transport Services Sdn Bhd dan 15 buah kenderaan Pihak Berkuasa Tempatan dari pelbagai jenama kenderaan menunjukkan penggunaan B20 tidak akan memendekkan tempoh masa penyelenggaran atau servis kenderaan tanpa sebarang masalah dilaporkan sehingga kini. Walau bagaimanapun, pengguna boleh mendapatkan penerangan lanjut daripada pengeluar kenderaan masing-masing, sekiranya perlu.