Meningkatkan sumbangan sektor agrikomoditi kepada pendapatan negara
Meningkatkan eksport sektor agrikomoditi
Nilai eksport sebanyak RM180 bilion
ASPIRASI 2
TERAS 1:
Menstruktur semula ekonomi
Meningkatkan sumbangan sektor agrikomoditi kepada pendapatan negara
Mengatasi kekangan tenaga kerja dalam sektor perladangan sawit
Memuktamadkan SOP pengambilan pekerja asing untuk sektor perladangan
ASPIRASI 3
TERAS 3:
Meningkatkan kesejahteraan sosial
Meningkatkan pemberdayaan dan daya saing pekebun kecil
Bantuan input pertanian secara bersasar kepada pekebun kecil dalam Kategori B40
Penyediaan dasar agihan input bantuan secara lebih bersasar yang akan memanfaatkan pekebun kecil sawit dengan pegangan tanah di bawah 10 hektar
PERINCIAN:
Dari sudut pandang kementerian, ‘ekonomi’ dan ‘pekebun kecil’ adalah dua elemen yang telah terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Oleh itu matlamat kementerian ke arah pencapaian 100 hari adalah bagi menstruktur semula ekonomi serta meningkatkan pemberdayaan dan daya saing pekebun kecil di bawah sektor agrikomoditi.
ASPIRASI 1
Dari sudut ekonomi, ASPIRASI 1 adalah untuk meningkatkan nilai eksport sektor agrikomoditi. Kementerian telah menetapkan sasaran eksport sebanyak RM180 bilion pada tahun ini (berbanding RM150.5 bilion yang telah dicapai pada tahun 2020). Sasaran nilai eksport mengikut sektor adalah dianggarkan seperti berikut:
Sawit: RM81.5 bilion
Getah: RM55.4 bilion
Kayu-kayan: RM34.4 bilion
Koko: RM8.6 bilion
Lada: RM0.13 bilion
Keyakinan kementerian ini adalah berdasarkan nilai eksport produk agrikomoditi yang telah menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya. Sebagai contoh bagi sarung tangan getah, nilai eksport setakat bulan Julai adalah RM40 bilion iaitu hampir tiga kali ganda nilai eksport dalam tempoh yang sama pada tahun 2020.
Begitu juga dengan sektor sawit, di mana prestasi setakat Julai tahun ini menunjukkan nilai eksport sawit dan produk berasaskan sawit telah meningkat sebanyak 40% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Hal ini diperkuatkan lagi dengan harga minyak sawit mentah yang dicatatkan agak tinggi pada ketika ini iaitu sekitar RM4,500.
Oleh itu kementerian yakin sasaran nilai eksport sebanyak RM180 bilion akan dapat dicapai pada tahun ini, supaya sumbangan yang lebih besar dapat diberikan dalam usaha meningkatkan pendapatan negara.
ASPIRASI 2
Hampir separuh daripada sasaran eksport agrikomoditi pada tahun ini adalah melibatkan eksport sawit dan produk berasaskan sawit. Oleh itu aktiviti pengeluaran di peringkat huluan sektor sawit adalah penting untuk diberi perhatian bagi memastikan rantaian nilai yang lain dapat digerakkan dengan segera.
Untuk tujuan tersebut, ASPIRASI 2 adalah memuktamadkan SOP pengambilan pekerja asing bagi menggalakkan aktiviti pengeluaran di peringkat huluan. Pada April 2021, Kabinet telah meluluskan pengambilan pekerja asing secara pengecualian khas sebanyak 32,000 orang bagi sektor perladangan.[1]
Pewujudan SOP pengambilan pekerja asing bukan bertujuan mengetepikan rakyat tempatan dalam sektor perladangan. Situasi pada ketika ini adalah sektor perladangan kurang mendapat sambutan rakyat tempatan di atas pelbagai faktor. Sedangkan kerja-kerja penuaian dan pengeluaran di sektor huluan adalah penting untuk disegerakan kerana aktiviti menuai buah sawit adalah permulaan kepada semua rantaian nilai yang lain termasuklah industri hiliran sawit bernilai tambah tinggi.
Jika diteliti pada tahun 2020, sumbangan sektor agrikomoditi secara keseluruhan kepada KDNK negara adalah RM85.1 bilion (6.3%) yang mana lebih separuh daripadanya adalah sumbangan daripada sektor sawit. Sekiranya kerja-kerja penuaian di peringkat huluan tidak berjalan lancar, adalah dikhuatiri akan menjejaskan keseluruhan rantaian nilai dan seterusnya memberikan kesan tidak baik terhadap sumbangan sektor agrikomoditi kepada KDNK negara pada tahun-tahun berikutnya.[2]
Namun untuk strategi secara keseluruhan, kementerian sedang berusaha menarik minat rakyat tempatan bagi menggantikan pekerja asing. Di antaranya termasuklah membangunkan program bertujuan menyediakan insentif untuk automasi dan mekanisasi bagi menggalakkan penglibatan rakyat tempatan dalam sektor perladangan.
ASPIRASI 3
Manakala dari sudut pemberdayaan pekebun kecil pula, penambahbaikan akan dibuat ke atas mekanisme penyaluran bantuan bagi memastikan perhatian dan bantuan dapat diberikan kepada pekebun kecil yang benar-benar memerlukan.
Pada ketika ini, secara umumnya pekebun kecil didefinisikan sebagai individu dengan keluasan tanah 40 hektar dan ke bawah. Oleh itu ASPIRASI 3 adalah bertujuan menyelaraskan dasar agihan input bantuan secara lebih bersasar bagi dimanfaatkan oleh pekebun kecil sawit dengan pegangan tanah di bawah 10 hektar terutamanya golongan B40.
Melalui penyelarasan dasar tersebut, data mengenai pekebun kecil yang perlu dibantu (terutamanya golongan B40 yang mempunyai keluasan tanah di bawah 10 hektar) akan dikenal pasti dan rancangan penyampaian bantuan kepada mereka akan diutamakan. Hal ini bagi memastikan nilai bantuan atau insentif yang diberikan adalah berpatutan dengan keadaan dan keperluan mereka, selaras dengan objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 untuk meningkatkan kesejahteraan hidup golongan rentan ekonomi atau pekebun kecil B40 seperti mana dalam konteks kementerian.
Dalam satu maklumat tambahan yang telah dikemukakan ke Pejabat KSN, Kementerian memaklumkan bahawa penyelarasan dasar tersebut akan melibatkan pewujudan satu senarai yang mengandungi maklumat 10,000 pekebun kecil dengan pegangan tanah di bawah 10 hektar (yang telah dikenal pasti alamat serta kaedah penyampaian bantuan kepada mereka). Melalui senarai tersebut, aktiviti agihan bantuan akan dimulakan sebelum berakhir tahun 2021.
[1] Sidang Darurat MKN Bil. 13/2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri juga telah bersetuju dengan keputusan tersebut. Sehingga Julai 2021, jumlah kekurangan guna tenaga di sektor perladangan sawit adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 48,462 orang iaitu 12% daripada jumlah keseluruhan guna tenaga di sektor berkenaan. Kekurangan tertinggi adalah bagi kategori kerja penuai dan pemungut buah sawit iaitu 25,321 orang.
[2] Nilai kerugian akibat kekurangan guna tenaga adalah dianggarkan sebanyak RM13 bilion setahun.
Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada 9-12 Disember 2021
ASPIRASI 1 : Meningkatkan Nilai Eksport Sektor Agrikomoditi
ASPIRASI 2 : Memuktamadkan SOP Pengambilan Pekerja Warga Asing Bagi Sektor Perladangan Sawit
ASPIRASI 3 : Menyelaras Dasar Agihan Input Bantuan
100 HARI AGRIKOMODITI #KELUARGAMALAYSIA
ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) JANGKA SEDERHANA (JANUARI – JUN) 2022 MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
AKM 1
TERAS
STRATEGI
PROGRAM/ INISIATIF
SASARAN HINGGA JUN 2022
CATATAN
TERAS 1: Menstruktur Semula Ekonomi
Memperkukuh nilai eksport sektor Agrikomoditi
Perluasan pasaran baharu, peningkatan program promosi dan kesedaran serta pengukuhan kerjasama global dan hubungan diplomasi serantau bagi memperkukuh eksport Agrikomoditi untuk manfaat negara dan rakyat melalui tindakan-tindakan seperti berikut:
- 10 misi teknikal dan ekonomi untuk mempromosi Agrikomoditi dan produk berasaskan Agrikomoditi
- 10 program smart partnership untuk meningkatkan kerjasama global dalam usaha memperkukuh eksport Agrikomoditi
RM90 bilion
Pencapaian keseluruhan nilai eksport sektor Agrikomoditi tahun 2021 adalah RM209.5 bilion.
Manakala bagi tahun 2022, pecahan sasaran nilai eksport sektor Agrikomoditi sehingga Jun adalah seperti berikut:
Sawit: RM47 bilion
Getah: RM28 bilion
Kayu-kayan: RM12 bilion
Koko: RM3 bilion
Lada: RM50 juta
AKM 2
TERAS
STRATEGI
PROGRAM/ INISIATIF
SASARAN SEHINGGA JUN 2022
TERAS 3: Meningkatkan Kesejahteraan Sosial
Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam sektor Agrikomoditi
Pengukuhan pendapatan dan pembangunan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor Agrikomoditi
PERKARA
SASARAN HINGGA
JUN 2022
(a)
Peningkatan jualan buah tandan segar oleh pekebun kecil sawit melalui Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM)
120 ribu tan buah tandan segar dijual
(b)
Peningkatan pendapatan pekebun kecil sawit persendirian melalui program integrasi tanaman dan ternakan
200 projek integrasi dilaksanakan
(c)
Peningkatan bilangan tenaga kerja mahir dalam sektor Agrikomoditi
500 orang pekerja mahir
(d)
Peningkatan jumlah pekebun kecil yang mengeluarkan lateks (insentif tambahan sebanyak RM1 diberikan bagi setiap kilogram lateks yang dikeluarkan)
300 pekebun kecil sebagai pengeluar lateks
95% pelaksanaan program/ inisiatif yang dinyatakan
AKM 3
TERAS
STRATEGI
PROGRAM/ INISIATIF
SASARAN SEHINGGA JUN 2022
TERAS 1: Menstruktur Semula Ekonomi
Meningkatkan akses pasaran Agrikomoditi tempatan ke peringkat antarabangsa
Pemerkasaan daya saing sektor Agrikomoditi melalui pematuhan standard dan piawaian
PERKARA
SASARAN HINGGA
JUN 2022
(a)
Peratusan keluasan tanaman sawit yang dipersijilkan
(certified planted areas)
93%
(b)
Pematuhan piawaian pengeluaran dan pemprosesan getah serta produk berasaskan getah
76%
(c)
Pematuhan piawaian gred koko berdasarkan MS2672:2017
98%
(d)
Pengeluaran sijil bagi penggredan lada
320 sijil
(e)
Pensijilan Malaysia Timber Certification Scheme (MTCS) bagi kawasan hutan yang telah dikenal pasti
30 kawasan hutan
(sasaran kumulatif bagi sepanjang tahun)
(f)
Pensijilan MTCS bagi syarikat perkayuan
468 syarikat
(sasaran kumulatif bagi sepanjang tahun)
95% pematuhan standard dan piawaian yang dinyatakan
AKM 4
TERAS
STRATEGI
PROGRAM/ INISIATIF
SASARAN SEHINGGA JUN 2022
TERAS 1: Menstruktur Semula Ekonomi
Memodenkan pengurusan sektor Agrikomoditi
Peningkatan aplikasi mekanisasi, automasi dan pengkomersialan projek R&D dalam sektor Agrikomoditi
PERKARA
SASAR HINGGA
JUN 2022
(a)
Pengkomersialan projek R&D dalam sektor Agrikomoditi
5 projek R&D dikomersialkan
(b)
Adaptasi mekanisasi dan automasi dalam sektor sawit
Mengenal pasti/ menambah baik tiga teknologi dalam sektor perladangan
Peningkatan Produtiviti sebanyak 15%
(Produktiviti diukur daripada peningkatan penghasilan buah tandan segar sebelum dan selepas adaptasi mekanisasi, automasi dan pengkomersialan projek R&D dalam sektor Agrikomoditi)
95% pelaksanaan program/ inisiatif yang dinyatakan
AKM 5
TERAS
STRATEGI
PROGRAM/ INISIATIF
SASARAN SEHINGGA JUN 2022
TERAS 6: Memperkasa Penyampaian Perkhidmatan
Memperkasa penyampaian perkhidmatan dalam sektor Agrikomoditi berintensifkan teknologi digital
Memperkukuh penyampaian perkhidmatan melalui sistem digital KPPK bagi memudahkan rakyat dan pihak-pihak yang terlibat dalam sektor Agrikomoditi
PERKARA
SASAR HINGGA JUN 2022
(a)
Memperkukuh penyampaian perkhidmatan ‘Hujung ke Hujung’ (E2E) melalui sistem digital KPPK
80% purata pencapaian perkhidmatan E2E KPPK
(b)
Mempromosi modul e-FFB untuk memudahkan urusan perniagaan peniaga kelapa sawit
100% modul e-FFB dapat digunakan sepenuhnya oleh peniaga kelapa sawit
(c)
Meningkatkan keberkesanan urus niaga getah melalui Sistem RRIMniaga
95% pelesen (peniaga getah dan kelompok) aktif menggunakan aplikasi RRIMniaga
95% pelaksanaan program/ inisiatif yang dinyatakan
Encik Abzarul Mohd Kamil bin Abdullah Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Unit Dasar dan Strategik abzarul [DOT] kamil [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my 03-88803426
Cik Nur Aizatul Hanim binti Ahmad Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Strategik hanimahmad [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my 03-88878336