Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik pelbagai Kementerian menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 yang merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember 2023 lalu. Program ini diperluaskan penganjurannya ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
Program MADANI Rakyat 2024 ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara terus daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, di samping memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan kerajaan. Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan kerajaan, sekali gus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI
Penganjuran siri pertama Program MADANI Rakyat 2024, Zon Tengah yang melibatkan Negeri Selangor, Perak, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2024 di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor dengan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor.
Penganjuran siri kedua dengan kerjasama strategik Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Program MADANI Rakyat 2024 peringkat Zon Utara pada 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara merangkumi tiga (3) negeri di utara semenanjung iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah.
๐ KUNJUNGI RERUAI A12 KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI BERSEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 (ZON TIMUR)
Ayuh orang Kuantan, kali ini KPK akan berada di Dataran Sayangi Kuantan.
Temui kami di Reruai A12 Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersempena Program MADANI Rakyat 2024 (Zon Timur):
๐๏ธ 5 hingga 7 Julai 2024
โฐ 9.00 pagi - 6.00 petang
๐ Dataran Sayangi Kuantan
Antara aktiviti menarik di reruai KPK dan agensi:
๐น Pameran
๐น Kuiz
๐น Kaunter khidmat nasihat
๐น Promosi Program Latihan
๐น Kaunter Pendaftaran BUDI Agri-Komoditi
Jangan lupa singgah ke Reruai A12. Ayuh beramai-ramai hadir dan jumpa di sana! ๐คฉ
๐ KUNJUNGI RERUAI 10 KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI BERSEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 (ZON SELATAN)
Ayuh orang Johor, kali ini KPK akan berada di
Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru
Temui kami di Reruai 10 Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) bersempena Program MADANI Rakyat 2024 (Zon Selatan):
๐๏ธ 15 hingga 17 Ogos 2024
โฐ 9.00 pagi - 5.00 petang
๐ Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor Bahru
Antara aktiviti menarik di reruai KPK dan agensi:
๐น Pameran
๐น Kuiz
๐น Kaunter khidmat nasihat
๐น Promosi Program Latihan
๐น Kaunter Pendaftaran BUDI Agri-Komoditi
Jangan lupa singgah ke Reruai 10. Ayuh beramai-ramai hadir dan jumpa di sana! ๐คฉ
๐ PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 SARAWAKKU SAYANGโผ๏ธ JOM DAPATKAN MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN SEKTOR SAWIT
KUNJUNGI RERUAI B-10 KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI BERSEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2024 (ZON SARAWAK)
Anang ngelaloh! ๐ฑ
Sertai kami untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan Program Pengumpulan Minyak Masak Terpakai (UCO) di Reruai B-10 Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK):
๐๏ธ 27 hingga 29 September 2024
โฐ 9.00 pagi - 5.00 petang
๐ Perkarangan Boulevard Mall, Miri, Sarawak
Antara aktiviti menarik di reruai KPK dan agensi:
๐น Pameran
๐น Kuiz
๐น Kaunter khidmat nasihat
๐น Promosi Program Latihan
๐คฉProgram ini adalah kerjasama antara KPK bersama PETRONAS Dagangan Berhad (PDB). Ayuh sokong inisiatif kitar semula untuk masa depan yang lebih hijau! ๐โป๏ธ
Untuk maklumat lanjut, hubungi penyelaras
Unit KPI dan Pemerkasaan Agenda Bumiputera (PAB)
Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa
Kementerian Perladangan dan Komoditi
Tel : 03-8880 3371