Majlis Taklimat MSPO Penanam Sawit Sabah
Membakut, Sabah.
"Sehingga 31 Disember 2019, seluas
3.64 juta hektar atau 62.3% daripada 5.85 juta hektar tanaman sawit di Malaysia telah mendapat pensijilan MSPO. Pensijilan ini meliputi kawasan estet seluas 2.98 juta hektar, pekebun kecil tersusun seluas 578,707 hektar dan pekebun kecil persendirian seluas 89,455 hektar. Manakala, kilang buah sawit yang telah mendapat pensijilan MSPO adalah sebanyak 340 buah kilang atau 75.2% daripada keseluruhan kilang buah sawit di Malaysia."
Teresa Kok
Shamsul Iskandar Mohd Akin
#myMPI
#myCommodity
#lovemypalmoil
#sayangisawitku
#mspo
Sesi Dialog bersama Ahli Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sabah
Kuala Penyu, Sabah
Sekitar majlis dialog YB Teresa Kok bersama ahli-ahli Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) Sabah bertempat di Kuala Penyu, Sabah. Sesi dialog ini menjadi medium kepada pekebun kecil persendirian sawit di sekitar Sabah bagi berkongsi serta menyuarakan pendapat & cadangan mereka dalam memastikan kebajikan mereka terjaga. Ia juga sebagai platform komunikasi dua hala YB Menteri dan rakyat.
Teresa Kok
Shamsul Iskandar Mohd Akin
#myMPI
#myCommodity
#lovemypalmoil
#sayangisawitku