MUAT TURUN

 Pelancaran Logo  Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

 


Sebarang pertanyaan berkaitan, sila emelkan kepada:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Kementerian Perusahaan Peladangan dan Komoditi
Emel : ukk [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my

 

 

Sayangi SawitkuSawit Anugerah TuhanMinyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

Kempen Sayangi Sawit Ku

Pengenalan

Kempen Sayangi Sawitku merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh YB Teresa Kok pada tahun 2019. Pelancaran rasmi Kempen Love Sayangi Sawit Ku yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah dilancarakan di Ladang Sime Darby, Ladang East @ Pulau Carey pada 24 Mac 2019.  Kempen ini dilancarkan untuk memupuk semangat kecintaan dan kebanggaan ke atas minyak sawit serta penghargaan terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada ekonomi negara. Selain itu, kempen ini juga memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikan dan khasiat minyak sawit Malaysia serta peranannya dalam aspek pemeliharaan alam sekitar

 

Logo Love My Palmoil

sayangisawit bmlovemypalmoil

 

Kempen Sawit Anugerah Tuhan

 

Pengenalan

Kempen Sawit Anugerah Tuhan merupakan satu inisiatif oleh YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali pada tahun 10 Februari 2021. Tujuan utama kempen ini adalah untuk menghargai sumbangan besar industri minyak sawit kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia serta menangkis kempen-kempen anti-minyak sawit yang memberikan gambaran tidak tepat mengenai kemampanan tanaman sawit serta khasiat minyaknya kepada kesihatan. Diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), kempen ini tertumpu di peringkat kebangsaan sebelum ia dikembangkan ke peringkat antarabangsa.

Pelbagai aktiviti promosi yang menggabungkan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual, dan nilai estetika dilaksanakan untuk menjayakan kempen ini. Orang awam boleh menyertai kempen dan program ini melalui Laman Web Sawit Anugerah Tuhan  https://sawit.com.my/ yang disediakan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Logo Sawit Anugerah Tuhan

Logo kempen ini mewakili konsep kemampanan dan kehebatan melalui kombinasi empat warna menarik.

SAT LOGO FINAL full colors 01                          SAT LOGO FINAL rev BLACK 01   explain

Muat turun : 

Warna : JPG / PNG
Hitam Putih : JPG / PNG

 

 

Kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

Pengenalan

Kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan telah dilancarkan oleh YB Hajjah Zuraida Kamaruddin pada 7 Januari 2022

 

Logo Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan

Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan mencerminkan faedah pelbagai produk yang dihasilkan daripada minyak sawit. Ia adalah baik kerana memberikan banyak manfaat kepada hampir setiap lapisan masyarakat. Ianya baik untuk kesihatan, baik untuk alam sekitar, mampan, menyumbang kepada mata pencarian, dan juga memberi keuntungan. Kesimpulannya, secara keseluruhan, ia penuh kebaikan.

logo BM minyak sawit penuh kebaikanlogo minyak sawit penuh kebaikan


 

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila emelkan kepada:

Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

Emel : ukk [@] kpk.gov.my

 

No.  Sumber Tarikh No. Rujukan Nama Muat Turun 
1. JPA 2 Mei 2020 JPA.SARAAN (S) 256/6/31 JLD.6 (6) Operasi Pejabat Kerajaan Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)   
2. JPA 15 April 2020 JPA.BK(S) 256/6/31 JLD.10 (19) Pematuhan Terhadap Perintah Di Bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [AKTA 342]  
3. JPA 17 Mac 2020 JPA.SARAAN (S) 256/6/31 JLD.6 (2) Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Dan Penutupan Premis Kerajaan
4. JPA 16 Mac 2020 JPA.(800)-1/6/4(2) Garis Panduan Pengendalian Isu-isu Berhubung Penularan Jangkitan Covid-19 Di Premis Kerajaan

 

Tahun Bulan Nama Program  Tempat Anjuran
2021 Mac Program Pemukiman dan Hala Tuju KPPK Tahun 2021 Port Dickson, Neg Sembilan  
    Pelancaran Rasmi Kempen “Sawit Anugerah Tuhan” Pagoh, Johor  
    Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Unit MPIC Kali Ke-39 KPPK  
   April Majlis Apresiasi KPPK 2021 Bangi, Selangor  
    Pelancaran Buku Pencapaian Malaysia Prihatin Bangi, Selangor  
    Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), KPPK Kali Ke-36 KPPK, Putrajaya  
    Edaran Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 1442 H

KPPK, Putrajaya

 
  Mei      

  

Maklumat Lanjut

Seksyen Hal Ehwal Korporat
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)
Emel : ukk [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my 
Tel: 03-88803324

 

PENGENALANJTICTJPICTSKOP DAN HAD NILAIJADUAL MESYUARAT JTICT & JPICTTATACARATATAKELOLA RMKe-13RUJUKAN

 PERMOHONAN KELULUSAN PROJEK ICT
DI KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)

 

 

 

JTICT KPK bertanggungjawab memproses, menilai, mengeyorkan dan mempertimbangkan perakuan teknikal perolehan/ projek ICT KPK (Bahagian / Unit di KPK) dan semua Agensi di bawah KPK (MPOB, LGM, MTIB, LKM, MPB dan LKTN) kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPK. Semua permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT Agensi hendaklah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing sebelum dikemukakan kepada pihak JTICT KPK.

Projek ICT yang dikemukakan perlulah terkandung dalam Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KPK atau PSP Agensi masing-masing dan mengikut had nilai di bawah kuasa kelulusan JTICT/JPICT KPK seperti yang dinyatakan dalam SPA Bil 3/2015.

Mesyuarat JTICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) [TKSU(P)] merangkap Chief Digital Officer (CDO) KPK.

Keahlian JTICT

 Pengerusi   Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Perancangan dan Pengurusan) (TKSUP)/ Chief Digital Officer (CDO)
 Ahli  Pengurus ICT Agensi dibawah KPK
   Pegawai dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat KPK
   Pemilik Projek ICT (Cth. Projek ICT oleh LKM: Ketua Pasukan Projek)
   Setiausaha Bahagian (SUB) di KPK bagi yang berkaitan dengan projek ICT Agensi (Cth. Projek ICT oleh LKM: SUB IKL)
   Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pentadbiran (BKPP)
   Ahli Jemputan Lain yang berkaitan mengikut keperluan
 Urusetia  Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek ICT (S), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
 
 
 
 

JPICT KPK bertanggungjawab menyelaras dan memantau  permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT di KPK dan Agensi di bawah KPK. Selain itu, JPICT juga bertanggungjawab menilai dan meluluskan semua perolehan/ projek ICT KPK dan Agensi di bawah KPK yang telah mendapat pengesyoran dan pertimbangan perakuan teknikal JTICT KPK.

Mesyuarat JPICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha [KSU] KPK.

Keahlian JPICT

 Pengerusi   Ketua Setiausaha (KSU)
 Ahli  Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Perancangan dan Pengurusan) (TKSUP)/ Chief Digital Officer (CDO)
   Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di KPK
   Semua Setiausaha Bahagian (SUB) dan Ketua Unit (KU) di KPK
   Semua Ketua Pengarah  (KP) Agensi di bawah KPK
   Pegawai Keselamatan Maklumat (ICTSO), KPK 
   Pegawai Teknologi Maklumat, KPK
   Pemilik Projek ICT (Cth. Projek ICT oleh LKM: Ketua Pasukan Projek)
   Ahli Jemputan Lain yang berkaitan mengikut keperluan
 Urusetia  Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek ICT (S), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

 

SKOP DAN HAD NILAI JAWATANKUASA JPICT /JTICT KPK

 

Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT AGENSI

  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM50,000 atau lebih;
  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM50,000 atau lebih

Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT KPK

  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM500,000 atau lebih;
  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM500,000 atau lebih

Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTISA MAMPU

  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM1 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA
  • Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM5 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA

 

Diagram Had Nilai dan Perkingkat Kelulusan Teknikal Projek ICT (SPA Bil. 3/2015)

JPICT HadNilai

 

Agensi yang berhasrat untuk melaksanakan perolehan/ projek ICT hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT kepada KPK dan dibentangkan. Semua permohonan adalah wajib dan telah telah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing.

Seterusnya, JTICT KPK akan mengesyorkan perolehan/ projek ICT kepada JPICT untuk diperakukan oleh JPICT KPK. Sekiranya had nilai melebihi nilai yang  dihadkan kepada KPK, JPICT akan mengesyorkan/ memperaku pemohonan kepada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) MAMPU seperti had nilai kelulusan yang  telah ditetapkan. Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT KPK adalah seperti berikut:

 

JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) KPK, TAHUN 2024

 

No. Mesyuarat Tarikh Mesyuarat
(Perancangan) 
Tarikh Akhir Penghantaran
Kertas Makluman/ Kelulusan Projek
 Tarikh Mesyuarat
(Sebenar) 
1. JTICT Bil. 1/2024 6 Februari 2024 / 9:30 pagi (Selasa) 31 Januari 2024 (Rabu)/ 12:00 Tengah Hari 7 Februari 2024 / 9:30 pagi (Rabu)
2. JTICT Bil. 2/2024 7 Mei 2024 / 9:30 pagi (Selasa) 19 April 2024 (Jumaat)/ 12.00 Tengah Hari  30 April 2024/ 9.30 pagi (Selasa)
3. JTICT Bil. 3/2024 6 Ogos 2024 / 9:30 pagi (Selasa)  12 Ogos 2024 (Isnin) / 12.00 Tengah Hari 15 Ogos 2024 / 9:30 pagi (Khamis)
4. JTICT Bil. 4/2024 5 November 2024 / 9:30 pagi (Selasa)    Akan dimaklumkan

 

JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KPK, TAHUN 2024

 

No. Mesyuarat Tarikh Mesyuarat
(Perancangan) 
 Tarikh Mesyuarat
(Sebenar) 
1. JPICT Bil. 1/2024  27 Februari 2024 / 9:30 pagi (Selasa)  28 Februari 2024/ 9.30 pagi (Rabu)
2. JPICT Bil. 2/2024  21 Mei 2024 / 9:30 pagi (Selasa)  5 Jun 2024 / 9.30 pagi (Rabu)
3. JPICT Bil. 3/2024  20 Ogos 2024 / 9:30 pagi (Selasa)  Akan dimaklumkan
4. JPICT Bil. 4/2024  19 November 2024 / 9:30 pagi (Selasa)  Akan dimaklumkan

FORMAT KERTAS PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT

  • Templat Kertas Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2024 (Word)
  • Templat Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2024 (PowerPoint)

PELAKSANAAN

Semua permohonan kelulusan perolehan / projek ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) MAMPU di alamat http://profit.mampu.gov.my/ sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT).

KPK dan Agensi juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebelum Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan, melalui e-mel kepada bpm.strategik [@] kpk.gov.my :-

  • Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (Word);
  • Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (PowerPoint);
  • Maklum Balas Mesyuarat JTICT/JPICT lepas;
  • Laporan Status Terkini Pelaksanaan Projek ICT di KPK & Agensi; dan
  • Slaid Kertas Makluman ICT (jika ada)

Nota:

  • Permohonan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
    • Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT agensi, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan tersebut melalui emel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office di alamat emel urussetiajtisa [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my dan mygovcloud [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my

 

PELAKSANAAN TATAKELOLA PENGURUSAN DAN PEROLEHAN PROJEK ICT BAGI RMKe13 

Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT RMKe-13

Selaras dengan aspirasi GovTech dan pewujudan Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara (JDN) telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT RMKe-13 yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2024. Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT RMKe-13 menetapkan bahawa proses kelulusan teknikal Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) dilaksanakan sebelum permohonan bajet kepada Kementerian Ekonomi (KE) yang menjadi pra-syarat permohonan bajet.

Sehubungan itu, semua Bahagian, Unit dan Agensi di KPK adalah dimohon untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap keperluan tatakelola baharu ini. 

 

No.PerkaraMuat Turun
1.  Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT RMKe-13
 Tarikh Kuat Kuasa : 1 Mei 2024
 Muat Turun
2.  Slaid Taklimat oleh JDN  Muat Turun
3.  FAQ Tatakelola  Muat Turun

 

No. Nama DokumenTahun Muat Turun
1. Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam   Lihat
2. Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam   Lihat
3. Permohonan Kebenaran Untuk Melaksanakan Perolehan Perkhidmatan Perunding Secara Outsourcing   Lihat
4. Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA)   Lihat
5. Panduan Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam (KRISA)   Lihat
6. Enterprise Architecture (EA) - Archimate 3.1 Reference Card   Lihat
7. Surat PKPA - Tadbir Urus Wang Kumpulan Amanah Projek ICT (KWAICT) Sektor Awam   Lihat
8. Format Business Case Scoring Module (BCSM)   Lihat
9. Template Jadual Kajian Pasaran   Lihat
10. Repositori Dasar dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam   Lihat
11.  Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT RMKe-13   Lihat
12. Buku Anjakan Strategi Digital First 2024-2025 2024 Lihat
13. Surat Pekeliling Am (SPA) Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam 2024 Lihat

 


Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi:

Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek ICT
Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)

Kementerian Perladangan dan Komoditi
No. 15, Aras 5-13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
62654 Putrajaya, MALAYSIA

No. Telefon: 03-88803440
Emel : bpm.strategik [@] kpk.gov.my