KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) berpotensi untuk meningkat semula di atas purata RM4,500 satu tan pada pertengahan Oktober ini, didorong terutama oleh permintaan yang lebih tinggi selepas Indonesia mengeksport kesemua stoknya baru-baru ini.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata Indonesia, pengeluar minyak sawit terbesar dunia, mengeksport MSM secara agresif kepada pasaran antarabangsa.
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan penurunan minggu depan berikutan pasaran minyak kacang soya yang lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) yang terus menjejaskan sentimen dalam pasaran minyak sawit.
Peniaga minyak sawit David Ng memberitahu bahawa harga minyak kacang soya merosot sejak dua hari lepas berikutan Amerika Syarikat (AS) mencadangkan mandat bio-bahan api baharu untuk 2023 hingga 2025 dan ia mungkin mempengaruhi prestasi pasaran minyak sawit minggu depan.
Bekalan minyak sawit dan permintaan kekal terhad - Foto Bloomberg
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) akan melemah sedikit dalam tempoh enam bulan akan datang tahun ini, di tengah-tengah pengeluaran yang terhad sehingga menyebabkan harga kekal melebihi RM4,700 satu tan, kata LMC International Ltd.
Ketuanya di Asia Tenggara, Julian Conway McGill, berkata harga MSM akan kekal tinggi manakala bekalan minyak sawit dan permintaan kekal terhad.
KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service menaikkan julat sensitiviti harga jangka sederhana untuk minyak sawit mentah (MSM) kepada RM3,400 hingga RM3,800 satu tan daripada RM2,800 hingga RM3,200 sebelum ini berikutan kekangan bekalan serta didorong permintaan yang menggalakkan.
Agensi penarafan itu berkata, titik tengah RM3,600 bagi julat harga yang dikemas kini adalah 20 peratus lebih tinggi daripada RM3,000 berbanding julat sebelumnya iaitu RM2,800 hingga RM3,200.