SHAH ALAM - Pusat latihan Akademi Hevea Malaysia Langkawi (AHML) di Langkawi, Kedah merupakan bangunan menara pertama di Malaysia yang menggunakan galas getah seismik rekaan khas Lembaga Getah Malaysia (LGM). Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dalam kenyataan memaklumkan, penggunaan galas getah seismik itu mampu memberi perlindungan maksimum daripada kerosakan akibat gegaran gempa bumi.
KUALA LUMPUR: Peneroka getah dan pekerja ladang FELDA bakal menerima bantuan dan sumbangan khas sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
FELDA dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sejumlah RM1.6 juta diperuntukkan untuk menyalurkan bantuan bersasar itu bagi meringankan beban peneroka yang terjejas dengan hasil tanaman getah, selain menghargai sumbangan pekerja ladang FELDA.
KUALA LUMPUR: Pekebun kecil dan penoreh getah yang layak boleh mula memohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) bagi tahun ini, maklum Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Datuk Seri Mohd Salim Mohd Sharif.
Beliau berkata pihaknya sedang dalam proses pengemaskinian maklumat sedia ada, serta menerima permohonan baharu bagi program bantuan tersebut.
KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia berjumlah 60,170 juta tan metrik pada bulan Ogos 2022, meningkat 11.9 peratus berbanding Julai 2022 (53,752 tan metrik).
China kekal sebagai destinasi eksport getah asli iaitu 40.5 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Ogos 2022, diikuti Iran (5.4%), Jerman, Amerika Syarikat dan Turki masing-masing (4.0%),