ARKIB BERITA



KUALA LUMPUR: Industri sawit negara berisiko ketinggalan dengan pesaing yang lain jika urusan pengambilan buruh asing untuk bekerja di sektor komodi­ti itu terus perlahan dan tidak disegerakan.

Pada masa ini, sektor sawit memerlukan kira-kira 50,000 pekerja bagi menampung ke­kurangan tenaga kerja dalam komoditi tersebut yang disifatkan kritikal pada masa ini.



KUALA LUMPUR: Pengilang digesa untuk menurunkan harga minyak masak tidak bersubsidi sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tempoh seminggu atau dua minggu dari sekarang, susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.


Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa, berkata kerajaan berpegang kepada prinsip untuk sentiasa melakukan libat urus dengan pihak industri termasuk pengilang, justeru memerlukan kerjasama pengilang bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat.


"Sepantas mana mereka menaikkan harga sewaktu harga minyak naik dulu, saya harap sepantas itu jugalah mereka segera menurunkan harga apabila harga minyak sudah pun turun.
"Pada masa ini, harga minyak masak tidak bersubsidi agak tinggi. Trend menurun sudah pun dilaksanakan beberapa peruncit namun belum menyeluruh.
"Jadi kita bersetuju untuk memohon kerjasama semua pengilang, dalam masa seminggu dua dari sekarang, kita ingin melihat harga minyak diturunkan kepada satu paras sekurang-kurangnya 10 peratus daripada harga yang dijual sekarang, yang mana harga pada ketika ini adalah RM42 bagi botol lima liter," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.


Kelmarin, Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata kerajaan menjangka harga minyak masak tidak bersubsidi turun dalam tempoh dua minggu susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.
Beliau berkata, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat.


Mengulas lanjut, Annuar berkata, pihaknya tidak mahu melihat pihak industri memberikan signal yang salah kepada rakyat, dengan liat menurunkan harga minyak walaupun harga bahan itu sudah turun.


"Jika ini berterusan, kita akan lihat kepada pilihan lain tapi sekarang, jawatankuasa mengambil pendekatan libat urus.
"Kita masih percaya, ia masih boleh boleh dilakukan dengan adanya persefahaman dengan semua pihak mempunyai tanggungjawab bersama, bukan kerajaan saja," katanya.
Mengenai pelaksanaan harga siling ayam, Annuar berkata, Pasukan Khas itu berpuas hati, dengan rata-rata harga ayam dijual dengan harga siling ditetapkan, malah ada yang menjual dengan harga yang lebih murah.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/07/977717/gesa-pengilang-turunkan-harga-minyak-masak-tidak-bersubsidi-10
Sumber: Berita Harian

 


https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2052262
Sumber: Bernama



KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal sihat untuk separuh pertama 2022 dengan jangkaan pembetulan kecil pada separuh kedua 2022 apabila pengeluaran MSM diunjurkan meningkat.

Hap Seng Plantations Holdings Bhd berkata, pengeluaran minyak sawit menunjukkan tanda pemulihan pada suku pertama 2022 walaupun berlakunya hujan lebat dan banjir yang menjejaskan aktiviti penuaian dan pemprosesan, khususnya di Sabah.