ARKIB BERITA

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 36
16 FEBRUARI 2022

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan Seminar Tinjauan dan Semakan (R&O) Ekonomi Minyak Sawit 2022 pada 13 Januari ini untuk menyebarkan maklumat berkaitan prestasi industri sawit Malaysia pada 2021, prospek pasaran dan tinjauan harga untuk 2022.

MPOB dalam satu kenyataan hari ini berkata, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin akan merasmikan seminar tersebut.

Seminar itu yang bertemakan 'Industri Sawit: Melayari Cabaran Merangkul Peluang dalam Landskap Pasca-COVID' akan memberi tumpuan kepada hala tuju industri sawit, pendekatan yang diambil oleh kerajaan, serta pembangunan perdagangan dan kesannya terhadap komoditi.

Terdapat sembilan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit bagi 2021, prospek pasaran dan tinjauan untuk 2022 yang akan dibentangkan.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir akan membentangkan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit pada 2021 dan prospek 2022.

"Seminar itu akan memberi peluang kepada peserta untuk mengemas kini prestasi terkini industri minyak sawit, strategi pasca COVID-19 dan perkembangan pasaran," katanya.

Pakar minyak sawit, Dr Julian McGill daripada LMC International Ltd akan menyampaikan kertas kerja mengenai harga minyak sawit pada 2021 dan tinjauan tahun 2022, sementara itu, seorang lagi pakar industri, Dr Sathia Varqa akan berkongsi pendapatnya mengenai turun naik harga minyak makan dan faktor kemampanan pasaran minyak sawit.

Seorang lagi pakar industri, U.R. Unnithan dari Persatuan Biodiesel Malaysia akan menyampaikan kertas kerja mengenai prospek industri biodiesel Malaysia manakala Mohamed Helmy Othman Basha dari Sime Darby Plantation akan membentangkan kertas kerja mengenai isu kekurangan buruh semasa pandemik global.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi Muthayah akan menyampaikan kertas kerja mengenai peluang dan cabaran industri sawit semasa harga minyak sawit tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Wan Aishah Wan Hamid pula akan berkongsi pendapatnya mengenai perubahan dinamik dasar minyak makan India dan kesannya terhadap permintaan minyak sawit.

Penggiat industri tempatan, pengeksport, ahli ekonomi, penggubal dasar dan ahli akademik digalakkan untuk menyertai seminar itu dan bagi mereka yang berminat untuk menyertainya boleh melayari laman sesawang www.mpob.gov.my atau daftar melalui pautan http://apps.mpob.gov.my/application/cms/2022_01outlook.nsf/Conference%20....

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/01/907681/mpob-anjur-seminar-tinjauan-minyak-sawit

Sumber: Berita Harian

 

 

Ketua Setiausaha Perladangan dan Komoditi, Datuk Zurinah Pawanteh (tengah) ketika menyaksikan petukaran persefahaman memorandum antara Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh (kanan) pada Majlis Seminar Kebangsaan Pengilangan Minyak Sawit, Penapisan, Alam Sekitar dan Qualiti (POMREQ) di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 20 DISEMBER 2022.

KUALA LUMPUR – Bagi menitikberatkan amalan pertanian terbaik di Malaysia, kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan membangunkan kilang sawit pintar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, konsep kilang sawit pintar ini akan menggunakan konsep pembuangan sifar atau “zero discharge” kerana ia merupakan hala tuju industri sawit.

Capture9.JPG

SABUN berasaskan sawit yang dihasilkan di kemudahan MPOB.

PETALING JAYA: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggalakkan usahawan menggunakan minyak sawit sebagai bahan utama dalam rumusan untuk manghasilkan sabun mandian.

Justeru, Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, usahawan yang berminat dipelawa menjalankan ujian prapemasaran mereka di kemudahan sedia ada yang terletak di ibu pejabatnya di Bandar Baru Bangi, dekat sini.



Kuala Lumpur: Harga makanan ternakan meningkat di pasaran mencetus keresahan dalam kalangan penternak yang terpaksa menanggung kos operasi tinggi.

Keadaan ini memberi kesan kepada rakyat kerana harga daging dijual di pasaran turut meningkat.

Kenaikan harga ternakan antara 20 hingga 30 peratus sejak kebelakangan ini berpunca daripada import bekalan bahan mentah untuk membuat makanan ternakan berikutan krisis Rusia-Ukraine yang menjejaskan bekalan dan makanan ternakan di pasaran.