ARKIB BERITA

 

 

Ismail Sabri diiringi Menteri Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin pada program Eksklusif bersama Perdana Menteri dan Majlis Pelancaran Jelajah Agrikomoditi #KeluargaMalaysia 2022 di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA


PUTRAJAYA – Kerajaan bakal melancarkan Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2021-2030 bagi menggantikan Dasar Komoditi Negara (DKN) yang sudah pun berakhir pada 2020 lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dasar baharu di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu akan memastikan sektor itu terus kukuh.

Sumber : Berita Harian, Ms 4
6 Disember 2022



KUALA SELANGOR - Kelab Kebajikan dan Sukan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) membelanjakan sebanyak RM500,000 bagi membantu mangsa banjir terjejas di negara ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ravi Muthayah berkata, bantuan kewangan itu juga turut diperoleh daripada agensi di bawah KPPK.


KUALA LUMPUR - Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) menerusi anak syarikat Kop Mantap Berhad (KMB) menjalinkan kerjasama strategik bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan syarikat mega, Capital A Berhad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kerjasama itu dapat membuka peluang kepada KMB menembusi sektor agrikomoditi (penanaman, penjualan, pemasaran, eksport dan latihan) selain merancakkan kembali industri penerbangan dan digital negara.




KUALA LUMPUR: Negara berhasrat mempergiatkan industri hiliran berasaskan minyak sawit dan getah ke Turki yang disifatkan sebagai pasaran penting kepada agrikomoditi Malaysia.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin dalam pertemuan bersama Menteri Perdagangan Turki, Dr Mehmet MUS, ketika mengetuai Misi Ekonomi dan Promosi Produk Agrikomoditi ke Turki antara 26 hingga 30 Mac lalu.