ARKIB BERITA

KUALA LUMPUR: Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menjayakan Majlis Penyerahan Perabot Taman Wood Plastic Composite (WPC) dan Pertukaran Nota Kolaborasi bagi Projek Penggalakan Pasaran dan Promosi WPC di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya pada 4 Jun 2022.

KUALA LUMPUR: Selepas berehat selama dua tahun, Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) mengumumkan kemunculan semula pameran perdagangan kayu dan kerja kayu antarabangsa, Ekspo Kayu-Kayan Malaysia (MWE) 2022 yang lebih gah dan meriah daripada ekspo sebelum ini yang diadakan pada 2019.

INDUSTRI biokomposit di Malaysia kini berkembang pesat dengan negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM4.3 bilion atau 19 peratus daripada RM22.74 bilion bagi keseluruhan jumlah eksport kayu pada tahun lepas.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata, antara negara pengeksport utama produk biokomposit yang terdiri daripada papan lapis, venir dan papan gentian ialah Amerika Syarikat, Jepun, China dan Singapura.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 27
23 OGOS 2022


KOTA KINABALU: Malaysia mencatatkan nilai eksport kayu sebanyak RM19.31 bilion sehingga November tahun lepas, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Datuk Hishamuddin Abdul Karim.

Beliau berkata daripada nilai eksport itu, Sabah menyumbang sebanyak RM985 juta dan angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 25 peratus berbanding tempoh sama pada 2020."