ARKIB MEDIA

 

                                                                                                                                           Jata           

KENYATAAN MEDIA

KARNIVAL KERJAYA AGRIKOMODITI 2021 TAWAR LEBIH 8,600 JAWATAN KOSONG DALAM SEKTOR KOMODITI

1. Lebih 8,600 jawatan kosong daripada 26 majikan sektor perladangan dan industri komoditi ditawarkan pada Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 yang bermula hari ini. Seramai 3,000 peserta warga tempatan termasuk para siswazah dan komuniti Orang Asli dijangka mengambil bahagian dalam karnival dua hari ini.

2. Karnival anjuran Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dirasmikan secara maya oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato’ Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini. Turut hadir ialah Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan. Majlis perasmiannya boleh ditonton melalui pautan https://bit.ly/3rguSgY.

3. Bagi pencari kerja, pendaftaran untuk menyertai Karnival Kerjaya Agrikomoditi 2021 boleh dilakukan menerusi pautan https://careerfair.perkeso.gov.my. Selain daripada sesi temuduga secara maya, program taklimat tentang PenjanaKerjaya 2.0 dan Portal MYFutureJobs serta sesi Webinar Peluang Kerjaya Di Sektor Agrikomoditi turut diadakan.

4. Sejak Januari 2020, Portal Perkhidmatan Pekerjaan Negara MYFutureJobs telah mengumpul sebanyak 1,027,099 kekosongan jawatan dan dalam tempoh tersebut, sejumlah 187,251 individu telah berjaya mendapat pekerjaan menerusinya.

5. Program PenjanaKerjaya 2.0 yang diumumkan dalam Belanjawan 2021, menawarkan insentif bulanan sebanyak RM500 hingga RM2,000 di bawah kategori ‘Malaysianization’ kepada pekerja tempatan yang mengisi kekosongan jawatan yang selalunya disandang oleh pekerja asing.

6. Bagi kategori tersebut, majikan layak menerima insentif sebanyak 40 peratus daripada gaji bulanan pekerja, dengan nilai maksimum yang akan diterima adalah RM4,000. Pekerja dan majikan dalam kategori ini akan menerima insentif untuk tempoh enam bulan. Selain itu, pekerja juga layak menerima Bantuan Mobiliti sebanyak RM500 atau RM1,000 secara one-off.

7. Semua pihak terutamanya golongan belia, graduan dan seluruh rakyat Malaysia adalah dijemput untuk menyertai karnival kerjaya ini bagi merebut peluang pekerjaan selain meneroka bidang baharu berikutan kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19 di sektor agrikomoditi dan seterusnya membantu merealisasikan usaha Kerajaan untuk mengatasi isu pengangguran negara.

 

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI &
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Putrajaya
9 Mac 2021

JATA LATES

KENYATAAN MEDIA
DASAR AGRIKOMODITI NEGARA 2021-2030
(DAKN 2030) PENGGERAK SEKTOR AGRIKOMODITI UNTUK TERUS
MEMACU EKONOMI NEGARA
_____________________________________________________________________________________

1. Yang Berhormat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) telah melancarkan Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN 2030) di Hotel Everly, Putrajaya hari ini.


2. DAKN 2030 yang merupakan kesinambungan kepada Dasar Komoditi Negara (DKN) 2011-2020 telah diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Januari 2022. Penggubalan dan hala tuju dasar ini adalah berteraskan kepada Agenda Nasional seperti Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030), Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG), Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN3).


3. DAKN 2030 menggariskan hala tuju pembangunan industri Agrikomoditi negara yang merangkumi lapan komoditi utama iaitu kelapa sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, fiber berasaskan tumbuhan (kenaf), biojisim dan biobahan api.


4. DAKN 2030 digubal bagi memastikan sektor ini terus dipacu dan memberi sumbangan secara berterusan kepada negara melalui Keluaran Dalam Negeri Kasar Negara (KDNK) dan pendapatan eksport negara. Pada masa yang sama, DAKN 2030 dijangka akan dapat membangunkan rakyat dengan pengurangan jurang pendapatan dan kadar kemiskinan, terutamanya bagi masyarakat luar bandar.


5. Sumbangan sektor Agrikomoditi kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat sejak sedekad yang lalu terbukti apabila telah menjana sumber pendapatan kepada hampir 1.3 juta pekebun kecil dan peluang pekerjaan kepada hampir sejuta rakyat tempatan.


6. Selain itu, pencapaian negara di peringkat antarabangsa juga menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan. Malaysia merupakan pengeksport sarung tangan getah terbesar dunia, pengeksport minyak sawit kedua terbesar dunia selepas Indonesia, pengeksport kayu dan produk kayu ke-10 terbesar, pengeksport perabot kayu ke-12 terbesar, pengisar koko ke-6 terbesar dan pengeluar lada ke-5 terbesar di dunia.


7. Sumbangan sektor Agrikomoditi kepada KDNK negara juga tidak dapat dinafikan dengan nilai sumbangan yang menunjukkan peningkatan daripada RM76.2 bilion pada tahun 2010 kepada RM84.3 bilion pada tahun 2021. Peningkatan sebanyak 6.1% merupakan satu permulaan yang baik dalam usaha kerajaan untuk memastikan nasib pekebun kecil dan pemain industri dalam sektor ini terus terbela. Pada masa yang sama, sektor Agrikomoditi telah menyumbang sebanyak 44.5% kepada KDNK Sektor Pertanian. Sub sektor sawit merupakan penyumbang
utama kepada KDNK Agrikomoditi iaitu sebanyak 53.4% diikuti dengan getah 19.9%, kayu 18.8%, lada 2.7%, koko 2.0% dan tembakau 3.2%.


8. Sektor Agrikomoditi telah mencatatkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM270.2 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 39.7% berbanding tahun 2020 manakala, imbangan dagangan adalah sebanyak RM148.8 bilion. Pendapatan eksport adalah sebanyak RM209.5 bilion atau 16.9% daripada keseluruhan pendapatan eksport negara. Sawit dan getah merupakan penyumbang utama dalam peningkatan nilai eksport agrikomoditi. Sawit meningkat sebanyak 48.0% kepada RM108.5 bilion manakala getah meningkat sebanyak 44.3% kepada RM71.0 bilion berbanding tahun 2020.


9. Justeru, bagi memastikan sektor ini terus kukuh dan mampan, Rangka DAKN 2030 digubal dengan tiga komponen utama berdasarkan Hala Tuju Strategik keseluruhan sektor Agrikomoditi (Visi dan Teras DAKN 2030), Aspirasi DAKN 2030 dan Keutamaan Rentas Sektor.


10. Secara keseluruhan, DAKN 2030 merangkumi lima teras utama iaitu Kemampanan, Produktiviti, Penjanaan Nilai, Pembangunan Pasaran dan Keterangkuman dengan 14 indikator dan sasaran keseluruhan. Manakala, lapan komoditi dan empat keutamaan rentas sektor pula mengandungi 130 strategi dan 112 indikator dan sasaran. DAKN 2030 juga turut menyenaraikan 11 program flagship dan memberi tumpuan untuk menggalakkan pertumbuhan industri berasaskan Agrikomoditi dan mempertingkatkan penerimagunaan ekonomi kitaran.


11. Selain itu Kementerian juga akan menganjurkan Malaysia International Agricommodity Expo and Summit (MiACEs) pada pertengahan tahun ini dengan menghimpunkan kesemua sektor agrikomiditi negara di bawah satu ekspo bertaraf antarabangsa.


YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
9 Mac 2022

JATA LATES

KENYATAAN MEDIA
PERTANDINGAN PIDATO ‘HARGAI SAWIT MALAYSIA’ GALAK
PELAJAR HARGAI DAN PERTAHANKAN KOMODITI SAWIT


1. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menganjurkan pertandingan pidato ‘Hargai Sawit Malaysia’ dengan matlamat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan pelajar mengenai sawit Malaysia.


2. Pertandingan pidato ‘Hargai Sawit Malaysia’ yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah ini turut memfokuskan kepada usaha KPPK untuk mencari duta kecil bagi mempromosikan manfaat dan kebaikan minyak sawit keluaran Malaysia.


3. Menerusi pertandingan pidato ini, para pelajar didedahkan lebih awal mengenai sejarah dan perkembangan sektor sawit di dalam negara, selain memupuk pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar. Bahkan, penganjuran program ini juga dapat membantu mengasah bakat pelajar dalam pengucapan awam, sekaligus membina keyakinan diri dan membentuk personaliti yang baik.


4. Selain dapat menangkis maklumat-maklumat tidak tepat berkaitan sawit Malaysia, ia juga dapat menyuntik semangat patriotik dalam kalangan pelajar, seterusnya mendorong mereka mempertahankan industri sawit Malaysia sebagai khazanah negara.


5. Pertandingan pidato ini telah dijalankan dengan penyertaan secara dalam talian, di mana peserta perlu menyampaikan pidato dalam video pendek dengan durasi tiga hingga lima minit mengenai topik pilihan masing-masing berkaitan minyak sawit Malaysia.


6. Penganjuran pertandingan pidato ini selari dengan pendekatan KPPK sebelum ini yang berhasrat untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah berhubung fakta dan sumbangan sektor sawit, menerusi pemberian secara percuma 300,000 naskhah buku ‘Mari Kenali Sawit’ kepada pelajar sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta di seluruh negara.


7. Sejumlah 1,828 penyertaan diterima dari semua kategori umur dan sejumlah 221 video disenarai pendek. Pemenang akan menerima hadiah berupa produk-produk berasakan sawit sumbangan FGV Holdings Berhad. Video-video yang terpilih telah di senarai pendek mengikut kategori masing-masing dan dinilai berdasarkan kriteria berikut:
a. Kreativiti pembentangan slaid;
b. Keyakinan menyampaikan pidato;
c. Ketetapan maklumat yang disampaikan;
d. Kefasihan pembentangan; dan
e. Nilai promosi yang dibawa


Berikut merupakan pemenang yang menerima markah tertinggi adalah seperti berikut:


Kategori Bahasa Malaysia Bawah 12 Tahun

KELANTAN

NUR ZARALISYA ADLINA BINTI
ABD ZULFIRMAN
SK Dato Hashim 2

https://youtu.be/BRSe5mVr3T4

SELANGOR
JAMIATUL HAI RIYA BINTI
ABDULLAH
SK Pandan

https://youtu.be/Oob_bYraemI

SELANGOR
IRIS RAMADHANI BINTI NOOR
MOHAMAD
SK Sri Serdang

https://youtu.be/rhTxv8HTPmE


Kategori Bahasa Inggeris Bawah 12 Tahun

MELAKA
LEKHASHINI A/P MAHENDRAN
SRJK (T) Jasin, Melaka

https://youtu.be/uxdyZXQUlGk

NEGERI SEMBILAN
HAMSHINI A/P P.
PATHMARUBEN
SK Puteri Seremban
https://youtu.be/WBJPWjL7fok


PAHANG
SHAREN A/L JEGATHESE
SJK (T) Bentong

https://youtu.be/i1fkARhXTfw


Kategori Bahasa Inggeris Bawah 15 Tahun

JOHOR
FARINA KHAIRAH BT AZLAN
SMK Dato' Penggawa Barat,
Johor

https://youtu.be/CX1cvVkdCcY

NEGERI SEMBILAN
CARYS LEE HUI ERN
SMJK (C) Chan Wa

https://youtu.be/N2fsc8s7_2g


PAHANG
AINA IMANINA BINTI TAUPID
SBP Intergasi Termeloh


https://youtu.be/qCZZzIdjGR8

PAHANG
NUR RAHWANI BINTI
RASNAIZAM
SBP Intergasi Termeloh

https://youtu.be/RnFI9YQ120g


PERAK
NURUL IMAN BINTI MOHD
HAFIZ
SMK Methodist Tanjung
Malim

https://youtu.be/Un9PEuvLSyQ


SELANGOR
SYAZREENA BINTI ABDUL
ZAWI
SM Sains Hulu Selangor

https://youtu.be/EVYowwsMxoY


SELANGOR
AMANDA CHIN QIAN KHAI
SMK Bandar Damai Perdana


https://youtu.be/71844ieIt9A


SELANGOR
AYNA MARLISA
SMK Hulu Klang

https://youtu.be/HR4wwqvoQFE

SELANGOR
AZEEF AZRYLL BIN NAZRAL
SAFRIL
SMK TTDI Jaya

https://youtu.be/W1p6lprtofA


TERENGGANU
HASIF IRSYAD BIN ZULKEFLI
Maktab Rendah Sains Mara
Kota Putra

https://youtu.be/MvASBVDI3Zw


TERENGGANU
NUR EMYLIA QISTINA BINTI
NOOR AZLI
SM Sains Hulu Terangganu

https://youtu.be/mOYARcXPVIk


TERENGGANU
MUHAMMAD AMJAD BIN
AHMAD ZAKI
SMK Imtiaz Yayasan Besut


https://youtu.be/9SZ3rPMz9h0


Kategori Bahasa Inggeris Bawah 18 Tahun

NEGERI SEMBILAN
DAMIA IZUREEN BT
SHUHAIZILLKIFLY
SMK Taman Semarak


https://youtu.be/cS0cz7myXoI

PERAK
YONG KAI PEI
SMJK (C) San Min

https://youtu.be/Ii-elGkSax0

PERAK
MELSON LIM ZHI HONG
SMJK (C) San Min


https://youtu.be/9E_QYc2pJmE


SELANGOR
SHREE SAHANAA A/P
MOHANADAS
SMK Perempuan Methodist
Klang

https://youtu.be/atMXQkqY8IQ


SELANGOR
DIGAMBARIE A/P MURALI
SMK Taman Tasik Ampang


https://youtu.be/YxJ1dtLfuw


8. Pada masa yang sama, Program Jelajah Mari Kenali Sawit turut dijalankan di 100 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia bagi menarik minat para pelajar menghargai hasil sumber komoditi sawit. Penerapan program ini juga sejajar dengan matlamat ke-9 Sustainable Development Goals (SDG) iaitu memperkasakan bidang industri, inovasi dan infrastruktur.


9. Kementerian yakin menerusi penganjuran program pidato dan jelajah ini dapat membantu dalam memperkasa dan mempertingkatkan industri sawit negara dari anasir dan persepsi negatif yang dibawa oleh negara luar. Sekaligus, membantu mempromosikan industri komoditi ini ke serata dunia.


YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
9 NOVEMBER 2022

JATA LATES

KENYATAAN MEDIA
POTENSI MINYAK SAWIT MALAYSIA KEKAL UTUH WALAUPUN HARGA CPO
MELEMAH
________________________________________________________________________________

1. Eksport minyak sawit Malaysia dan produk-produk berasaskan minyak sawit menokok sebanyak 55.2 peratus kepada RM67.48 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini daripada RM43.47 bilion sepanjang tempoh sama pada 2021. Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 66.1 peratus hasil eksport adalah daripada minyak sawit, iaitu RM44.63 bilion berbanding hanya RM28.8 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.


2. Dari segi volum, eksport minyak sawit dan produk-produk berasaskan minyak sawit dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini juga meningkat sebanyak 2.8 peratus kepada 11.47 juta tan metrik (MT) berbanding 11.15 juta MT tahun lalu. Malaysia merekodkan eksport yang kukuh walaupun berlaku kemerosotan harga minyak sawit mentah (CPO) dan penyusutan pengeluaran CPO sebanyak 1.1 peratus kepada 8.27 juta MT sepanjang tempoh berkenaan berbanding 8.36 juta MT dalam tempoh separuh pertama 2021.


3. Kemerosotan yang berlaku adalah disebabkan pengeluaran buah tandan segar (FFB) yang menyusut sebanyak 3.6 peratus per hektar sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2022, berbanding 7.16 tan per hektar sepanjang tempoh sama tahun lalu. Sementara itu, lonjakan mendadak dalam hasil eksport sebahagiannya adalah disebabkan peningkatan harga CPO, baik di dalam atau luar negara. Antara Januari hingga Jun 2022, harga CPO melonjak sebanyak 55.9 peratus kepada RM6,330 per MT daripada RM4,061.50 per MT bagi tempoh sama 2021.


4. Mengikut Jabatan Statistik Malaysia (DOSM), hasil daripada eksport minyak sawit dan produk-produk berasaskan minyak sawit bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini meningkat kepada RM56.47 bilion atau peningkatan sebanyak 58.8 peratus berbanding lima bulan pertama 2021.


5. Saya amat gembira dengan hasil menggalakkan yang direkodkan sepanjang enam bulan pertama 2022 yang membolehkan pemain-pemain industri - sama ada pekebun kecil atau syarikat perladangan senaraian awam - mendapat manfaat daripada peningkatan harga CPO untuk menjana perolehan yang lebih tinggi. Jelas sekali, lonjakan dalam perolehan hasil akan menyaksikan peningkatan dalam pendapatan yang kemudian boleh menyumbang dalam bentuk pelbagai cukai untuk digunakan oleh kerajaan Keluarga Malaysia bagi melaksanakan program-program berkaitan sosio-ekonomi yang penting bagi mempercepatkan usaha pemulihan ekonomi negara daripada kesan pandemik COVID-19.


6. Kementerian dan saya secara peribadi amat gembira melihat sawit atau 'tanaman emas' kita sudah dapat diterima dengan meluas di peringkat global seperti ditunjukkan dalam bentuk eksport yang menggalakkan dalam tempoh separuh pertama 2022. Dalam hal ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan seluruh agensi berkaitan atas usaha agresif dan tidak pernah jemu dalam mempromosikan minyak sawit Malaysia, khususnya dalam pelbagai misi perdagangan bersama saya di luar negara.


7. Kementerian yakin potensi dan prospek untuk minyak sawit Malaysia akan kekal cerah untuk tempoh separuh kedua 2022, memandangkan penerimaan global kepada komoditi negara sudah semakin meluas, termasuk oleh pasaran-pasaran yang bukan tradisional. Saya melihat perkembangan ini sebagai satu kejayaan daripada kempen KPPK, iaitu 'Gerakan Global untuk Memperjuangkan Kebaikan Minyak Sawit' atau 'The Global Movement to Champion the Goodness of Palm Oil' yang bertujuan menepis dakyah-dakyah dan maklumat-maklumat salah
mengenai komoditi terbesar Malaysia ini.


DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
09 OGOS 2022

JATA LATES

KENYATAAN MEDIA

TARRC Mampu Tingkatkan Daya Saing Industri Getah Negara

 

1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), YB Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengadakan lawatan rasmi ke Pusat Penyelididkan Tun Abdul Razak (TARRC) di Brickendonbury, United Kingdom pada 23 Januari yang lalu. TARRC merupakan pusat penyelidikan dan penggalakan bagi Lembaga Getah Malaysia (LGM).

2. Ia diwujudkan dengan tujuan meningkatkan daya saing dan daya maju industry getah Malaysia dalam persekitaran global melalui penyelidikan dan pembangunan bertumpu, pindahan teknologi berkesan serta perkhidmatan sokongan berkualiti.


3. Antara fokus utama TARRC adalah konsultasi, penyelidikan dan pembangunan industri getah seperti tayar, aeroangkasa, perubatan dan penjagaan kesihatan. TARRC juga menyediakan perkhidmatan sokongan industri kepada pengeluar produk getah Malaysia dalam meningkatkan kualiti, produktiviti, prestasi serta memberi  khidmat nasihat tentang teknologi pemprosesan terkini.


4. Pada masa sama, Menteri KPPK turut mengadakan pertemuan dengan pelajarpelajar di London ketika lawatan tiga hari beliau di sana. Dalam perjumpaan itu, Zuraida telah mengadakan sesi dialog bersama pelajar membincangkan bagaimana para pelajar boleh membantu meningkatkan penjenamaan produk agrikomoditi negara di United Kingdom.

5. “Mereka bagaikan duta kecil negara”. Beliau berkata, “Kami turut berbincang dengan Pejabat Suruhanjaya Perdagangan mengenai pembangunan polisi terbaru di UK. Ini sangat penting bagi Kementerian untuk memahami perkembangan terkini supaya kita dapat merangka strategi untuk produk agrokomoditi bersesuaian dengan pasaran di UK” 

6. Turut serta dalam lawatan berkenaan adalah Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) Dato’ Dr. Zairossani Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia Encik Lee Chin Cheh bersama-sama dengan Setiausaha Bahagian Kanan (SUBK) Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa (PSA) Encik S Letchumanan Shanmugam.


25 Januari 2022
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi