LEMBAGA LADA MALAYSIA PERKENAL INOVASI BAHARU BANTU PEKEBUN KECIL TINGKATKAN PRODUKTIVITI TANAMAN
1. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Willie Anak Mongin hari ini melancarkan produk hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh Lembaga Lada Malaysia (MPB). Beliau turut melancarkan dua buku, Manual Tiang Sokongan Lada dan Manual Varieti Lada di Malaysia yang merupakan inisiatif untuk membimbing pekebun-pekebun kecil baharu mengunakan tiang sokongan alternatif pokok lada selain membantu pengusaha mengenal pasti varieti tanaman agrikomoditi itu.
2. Melalui manual berkenaan, pekebun boleh menghasilkan sendiri dua jenis tiang sokongan pokok lada iaitu dari bahan polivinil klorida (PVC) dan bata merah atau secara pembelian seperti yang disyorkan oleh MPB iaitu dari seramik dan komposit pultrusion. Empat jenis tiang sokongan ini mempunyai ciri–ciri berbeza dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemilihannya boleh dibuat oleh pekebun kecil mengikut kemampuan kewangan dan kesesuaian kebun masing- masing.
3. Buku Manual Varieti Lada di Malaysia akan membolehkan pengusaha mengenal pasti jenis lada kerana ia amat penting untuk menentukan produktiviti tanaman serta pengeluaran hasil. Kesesuaian sesuatu varieti lada adalah bergantung kepada ciri-ciri morfologi biji lada dan indeks kualiti aroma yang telah dinilai oleh para penyelidik MPB. MPB menggalakkan penanaman varieti ‘Kuching’ bagi lada putih dan ‘Semongok Aman’ bagi lada hitam.
4. Malaysia adalah negara pengeluar lada kelima terbesar dunia selepas Vietnam, Indonesia, India dan Brazil. Namun, lada Sarawak memiliki permintaan yang tinggi antarabangsa kerana berkualiti premium dan aromanya yang unik. Usaha sedang dipergiatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kemampanan tanaman lada melalui kajian bioteknologi, agronomi, pembiakbakaan dan perlindungan tanaman untuk menghasilkan tanaman berhasil tinggi serta lebih tahan penyakit atau perosak.
5. MPB bekerjasama dengan Jabatan Pertanian Sarawak untuk penjujukan germplasma lada di Pusat Penyelidikan Pertanian Semenggok bagi projek-projek penambahbaikan varieti. Produktiviti tanaman lada pada masa kini adalah 6.4 tan setiap hektar dan Kementerian Perusahana Perladangan dan Komoditi (KPPK) mensasarkan produktiviti kepada 6.6 tan setiap hektar menjelang tahun 2030.
6. KPPK berharap lebih banyak penglibatan sektor swasta bagi mempertingkatkan lagi sumbangan industri ini. Penerokaan pasaran baharu seperti di Jepun, Sweden, Korea Selatan, China, Taiwan, Hong Kong, Sepanyol dan lain-lain negara mampu meningkatkan pulangan kepada pendapatan negara.
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI Puncak Borneo, Sarawak 22 Oktober 2021
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN TERUS TINGKAT KEUPAYAAN PEKEBUN KECIL KOKO DENGAN LATIHAN SUPER KOKO
1. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pelatih Super Koko Tahun 2022 Sarawak di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak. Kursus Pelatih Super Koko (PSK) Sarawak Tahun 2022 merupakan kursus anjuran bersama antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan kerjasama Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang diadakan selama empat hari bermula 19 hingga 22 September 2022.
2. Kursus PSK ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan menerusi Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030) yang telah dilancarkan pada tahun 2021 dan Pelan Strategik Lembaga Koko Malaysia Tahun 2021-2025, iaitu memperluaskan program pengembangan untuk melatih dan membina keupayaan pekebun kecil koko, memperkukuhkan amalan pengurusan ladang dengan meningkatkan kemahiran dan pentauliahan tenaga kerja di kalangan pekerja ladang, penyelia eksekutif dan lain-lain.
3. Selain itu, Kursus PSK ini merupakan salah satu usaha kolaborasi jangka masa panjang dan strategik dengan pekebun koko dalam usaha LKM untuk menyalurkan maklumatmaklumat terkini berkaitan industri koko secara berterusan. Ini bagi memastikan pekebun koko dapat menjana pendapatan yang baik, terus kekal relevan dalam industri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan koko negara. Kursus ini juga adalah untuk memastikan kesinambungan kemahiran pekebun koko yang boleh diteruskan oleh pekebun koko generasi muda.
4. Menerusi Kursus PSK, LKM mendorong peningkatan kemahiran para pekebun koko terpilih dalam beberapa bidang iaitu pengurusan kebun, pembajaan yang berkesan, pengurusan perosak bersepadu dan jangkitan ulat perosak koko, pengendalian racun perosak serta penggunaan aplikasi digital dalam tanaman koko.
5. Penggunaan aplikasi digital juga didedahkan kepada peserta dalam Kursus PSK ini. Aplikasi seperti ‘Action Threshold - Integrated Pest Management (AT-IPM CACAO) dan Aplikasi ‘Decision Making Cocoa (DMCOCOA) berperanan dalam membantu pengusaha tanaman koko untuk mengurangkan penggunaan racun serangga, seterusnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan.
6. Kursus dan kemudahan ini adalah antara usaha berterusan Kementerian bersamasama agensi di bawahnya, LKM dan IMPAC untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekebun kecil koko bagi menjamin kemampanan sumber pendapatan dalam jangka masa panjang.
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 22 SEPTEMBER 2022
KPPK KOMITED TERUSKAN KEMPEN GOLONGAN MUDA BEKERJA DALAM SEKTOR PERLADANGAN SAWIT
1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali semalam melawat ladang sawit milik TDM Plantation Sdn Bhd di Sungai Tong, Setiu, Terengganu untuk meninjau kerja-kerja perladangan yang dilakukan oleh pekerja di ladang terbabit.
2. TDM Plantation Sdn Bhd memiliki estet seluas 3,000 hektar dengan pengeluaransebanyak 7,000 tan sebulan dan menghasilkan minyak sawit mentah (CPO) sebanyak 2,000 tan sebulan. Estet ini memiliki pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan pensijilan Rundingan Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO).
3. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) komited akan meneruskan kempen dalam usaha menggalakkan golongan muda untuk bekerja di ladang sawit kerana ia adalah sektor yang amat menguntungkan selain menjamin masa hadapan. Pada masa ini terdapat 35,000 lagi peluang pekerjaan dalam sektor berkenaan, yang menjanjikan pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan selain turut disediakan tempat tinggal serta fasiliti terbaik oleh syarikat-syarikat perladangan di seluruh negara.
4. Kerajaan berpendirian pentingnya warga tempatan diberikan peluang untuk bekerja di ladang menggantikan warga asing seiring dengan polisi terkini yangtidak membenarkan lagi kemasukkan pekerja asing sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu.
5. Syarikat itu turut mengalami penyusutan pekerja mahir hampir 40 peratus, kerana itu YB Menteri menyeru golongan muda supaya menceburi bidang perladangan sawit yang lebih menguntungkan kerana sektor lain yang lebih sukar, membebankan dan rumit tidak membawa pulangan yang setimpal dengan hanya sekitar RM1,500 hingga RM2,000 sahaja. Pembabitan golongan muda akan menambahkan lagi perolehan hasil ladang sawit di negara ini.
6. Slogan 'Sawit Anugerah Tuhan' diperkenalkan YB Dato’ Dr Khairuddin kerana komoditi nombor satu negara itu adalah kurniaan Tuhan yang memiliki segala kelebihan dalam membantu meningkatkan ekonomi negara serta hasilnya yang berkhasiat yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
7. KPPK berharap sektor ini mampu menarik minat golongan muda untukmemajukannya kerana ia berupaya menjamin masa hadapan, apatah lagi dengan harga minyak sawit dunia yang stabil di peringkat antarabangsa.
YB DATO’ DR. MOHD. KHAIRUDDIN AMAN RAZALI Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Putrajaya 22 September 2020
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN TERUS TINGKAT KEUPAYAAN PEKEBUN KECIL KOKO DENGAN LATIHAN SUPER KOKO
1. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pelatih Super Koko Tahun 2022 Sarawak di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak. Kursus Pelatih Super Koko (PSK) Sarawak Tahun 2022 merupakan kursus anjuran bersama antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan kerjasama Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang diadakan selama empat hari bermula 19 hingga 22 September 2022.
2. Kursus PSK ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan menerusi Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030) yang telah dilancarkan pada tahun 2021 dan Pelan Strategik Lembaga Koko Malaysia Tahun 2021-2025, iaitu memperluaskan program pengembangan untuk melatih dan membina keupayaan pekebun kecil koko, memperkukuhkan amalan pengurusan ladang dengan meningkatkan kemahiran dan pentauliahan tenaga kerja di kalangan pekerja ladang, penyelia eksekutif dan lain-lain.
3. Selain itu, Kursus PSK ini merupakan salah satu usaha kolaborasi jangka masa panjang dan strategik dengan pekebun koko dalam usaha LKM untuk menyalurkan maklumatmaklumat terkini berkaitan industri koko secara berterusan. Ini bagi memastikan pekebun koko dapat menjana pendapatan yang baik, terus kekal relevan dalam industri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan koko negara. Kursus ini juga adalah untuk memastikan kesinambungan kemahiran pekebun koko yang boleh diteruskan oleh pekebun koko generasi muda.
4. Menerusi Kursus PSK, LKM mendorong peningkatan kemahiran para pekebun koko terpilih dalam beberapa bidang iaitu pengurusan kebun, pembajaan yang berkesan, pengurusan perosak bersepadu dan jangkitan ulat perosak koko, pengendalian racun perosak serta penggunaan aplikasi digital dalam tanaman koko.
5. Penggunaan aplikasi digital juga didedahkan kepada peserta dalam Kursus PSK ini. Aplikasi seperti ‘Action Threshold - Integrated Pest Management (AT-IPM CACAO) dan Aplikasi ‘Decision Making Cocoa (DMCOCOA) berperanan dalam membantu pengusaha tanaman koko untuk mengurangkan penggunaan racun serangga, seterusnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan.
6. Kursus dan kemudahan ini adalah antara usaha berterusan Kementerian bersamasama agensi di bawahnya, LKM dan IMPAC untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekebun kecil koko bagi menjamin kemampanan sumber pendapatan dalam jangka masa panjang.
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 22 SEPTEMBER 2022
SUMBANGAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN NEGERI PAHANG UNTUK MEMERANGI COVID-19
ISTANA ABDUL AZIZ, KUANTAN, PAHANG
23 APRIL 2020
1. YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah mengangkat sembah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
2. Baginda mencemar duli menerima sumbangan daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK)bagi Tabung Amal COVID-19 yang diwujudkan oleh negeri Pahang.
3. Sumbangan tersebut adalah 100,000 sarung tangan getah perubatan yang disalurkan Baginda sebahagian kemudiannya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang serta pihak lain yang memerlukan. Sarung tangan getah perubatan merupakan antara produk keluaran negara yang dibekalkan bagi memenuhi 65% keperluan dunia.
4. Sumbangan ini adalah demi menyatakan komitmen dan keprihatinan YB Dato' Dr Mohd Khairudin serta kementerian betapa pentingnya semua rakyat menjaga diri dan mematuhi perintah PKP. Kumpulan Petugas Barisan Hadapan Frontliners di negeri Pahang tetap menjadi perhatian dan menjadi keutamaan agihan bantuan tersebut.
KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI 23 April 2020