BERITA SAWIT 2022

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 31
23 APRIL 2022



TENTANGAN ekonomi negara maju terhadap minyak sawit; minyak masak paling banyak dihasil, diguna dan diperdagangkan semuanya bukan rahsia lagi melainkan bagi melindungi perdagangan kacang soya yang menjadi minyak makan kedua paling banyak dihasilkan.

Parlimen Kesatuan Eropah (EU) sebelum ini mengundi biofuel berasaskan sawit diharamkan sepenuhnya menjelang 2021, manakala biofuel berasaskan tanaman lain dihadkan pada kadar 7 peratus sebelum pengurangan secara beransur-ansur kepada 3.8 peratus menjelang 2030.


KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) sedang menumpukan usaha untuk mengembangkan industri oleokimia hiliran tempatan.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata tumpuan diberikan kepada pembinaan kilang oleokimia yang mengolah minyak sawit mentah kepada produk bukan makanan seperti kosmetik dan bahan pencuci.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 35
5 JULAI 2022