BERITA SAWIT 2022

Sumber: Berita Harian , Ms 27
16 Julai 2022



KUALA LUMPUR: Penurunan mendadak harga buah tandan segar (BTS) sawit di dalam pasaran sejak bulan lalu menyebabkan pendapatan pekebun kecil sawit terjejas sedikit, namun ia secara umumnya masih menguntungkan, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

"Berdasarkan harga yang dilaporkan oleh pengilang BTS kepada MPOB, didapati harga purata bulanan BTS mula melepasi paras RM1,000 satu tan bermula pada Oktober 2021 dan kekal hingga Jun lalu.

KUALA LUMPUR: Minyak sawit Malaysia kini menjadi minyak sayuran paling mahal apabila konflik Russia-Ukraine menjejaskan eksport minyak bunga matahari dari rantau Laut Hitam.

Ia menyebabkan pasaran global menjadikan minyak sawit sebagai pilihan untuk minyak sayuran, sekali gus melonjakkan permintaan terhadap komoditi berkenaan.

 

 

 


KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal kukuh sehingga akhir tahun ini, antara lain didorong oleh bekalan minyak boleh dimakan di seluruh dunia yang masih lagi berkurangan.

Penganalisis Kenanga Research, Teh Kian Yeong, berkata walaupun bekalan kacang soya seharusnya bertambah baik pada separuh kedua 2022 hasil daripada penanaman di Amerika Syarikat (AS) manakala pengeluaran sawit diunjurkan lebih tinggi secara bermusim, bekalan minyak boleh dimakan secara keseluruhannya adalah kekal terhad.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 35
11 JANUARI 2022