Datuk Zuraida Kamaruddin (enam dari kanan) ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Iran. -KPPK
EkspoKUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit menyumbang kepada RM102 bilion hasil tahun lepas, menandakan peningkatan 40% daripada RM73 bilion pada 2020. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, India mengekalkan kedudukannya sebagai pengimport nombor satu minyak sawit Malaysia dengan lebih 3.5 juta tan.
KUALA LUMPUR: Empat sektor iaitu perladangan, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dijangka menerima rangsangan positif selepas Indonesia menarik balik pembekuan pengambilan pekerja asing bermula hari ini.
Penganalisis CGS-CIMB, Ivy Ng Lee Fang, berkata kata putus yang dicapai daripada pembekuan sementara pekerja asing Indonesia akan membolehkan pengambilan semula pekerja asing dalam tempoh beberapa bulan akan datang bagi mengurangkan isu kekurangan tenaga kerja semasa.
PUTRAJAYA: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) akan mengambil peluang yang timbul akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia memandangkan komoditi itu mula menjadi pilihan di rantau berkenaan.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata kementerian berhasrat untuk membuka jalan untuk komoditi itu mendapatkan semula bahagian pasarannya, terutama di Kesatuan Eropah (EU).
KUALA LUMPUR: Syarikat konfeksionari utama Itali, Ferrero bercadang menghentikan pembelian sumber minyak sawit dari Sime Darby Plantation Bhd selepas kastam Amerika Syarikat (AS) mendapati syarikat Malaysia itu menggunakan buruh paksa.
"Ferrero akan mematuhi keputusan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS," kata Ferrero, yang menggunakan minyak sawit dalam penghasilan coklat Ferrero Rocher dan Nutella kepada Reuters menerusi emel.