KUALA SELANGOR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memperkenalkan sistem tiga segi sama untuk tanaman kelapa sawit supaya pokok kelapa sawit ditanam mengikut kesesuaian jenis dan kepadatan tanah.
Setiap tanaman pokok kelapa sawit akan menerima sinaran cahaya matahari lebih sekata apabila barisan tanaman tersebut mengarah utara-selatan.
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka berada pada purata RM5,300 satu tan pada separuh kedua 2022, lebih rendah berbanding tempoh separuh pertama.
Ini adalah disebabkan jangkaan bekalan minyak sayuran global yang lebih tinggi, pengeluaran MSM yang kian meningkat pada suku ketiga, serta eksport minyak sawit yang rendah, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Larry Sng (dua dari kanan) bersama wakil CBP AS Eric Choy (paling kiri) dan John Leonard (tiga dari kiri) serta lain-lain menghadiri mesyuarat di Washington bulan lalu.
PETALING JAYA: Malaysia menyuarakan kebimbangan kepada Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenai bagaimana Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) yang dikeluarkan badan itu ke atas dua syarikat kelapa sawit boleh menjejaskan pihak lain dalam rantaian bekalan.
MAJLIS Minyak Sawit Malaysia (MPOC) menyokong tindakan penguatkuasaan ke atas pasar raya serta premis yang menjual produk berlabel 'Tanpa Minyak Sawit.'
Pelabelan atau penggunaan label yang bersifat diskriminasi terhadap minyak sawit itu adalah dilarang mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan, mereka terbabit boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dihukum penjara tidak lebih daripada lima tahun.