KUALA LUMPUR: Peningkatan harga dan permintaan komoditi akibat krisis Russia-Ukraine, mula menampakkan impak dengan angka dagangan Malaysia mencatat aliran kenaikan yang kukuh.
Ahli Ekonomi OCBC Bank, Wellian Wiranto, berkata eksport Malaysia meningkat 25.4 peratus dalam tempoh setahun pada Mac, jauh mengatasi unjuran 10.4 peratus pasaran serta melebihi pertumbuhan 16.8 peratus yang direkodkan pada Februari lalu.