BERITA SAWIT 2022


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memanfaatkan kenaikan harga minyak sawit mentah (MSM) sebagai peluang meningkatkan penyertaan minyak sawit negara dalam pasaran minyak makan global.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata susulan itu, pihaknya mengadakan pertemuan dengan ramai peserta industri pertanian komoditi beberapa hari lalu, bagi berbincang berhubung kenaikan harga pasaran.



JEMPOL: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) digesa campur tangan termasuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang menjalankan urusan jual beli buah sawit tanpa permit.

Pengerusi Pertubuhan Satu Silaturahim Anak FELDA (1SAF), Mohamad Yahya Zakaria, berkata harga komoditi itu yang tinggi ketika ini menyebabkan kejadian mencuri buah sawit semakin kerap berlaku..

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 40
31 OGOS 2022

SUMBER: SINAR HARIAN, MS 10
25 FEBRUARI 2022