BERITA GETAH 2022



PADANG TERAP: Kerajaan sedang menimbangkan inisiatif khas membantu 500,000 pekebun kecil getah seluruh negara yang bergelut akibat kejatuhan harga komoditi itu ketika ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata dua cadangan yang dikemukakan adalah menetapkan harga lantai getah sekerap kepada lebih RM3 sekilogram atau memanjangkan tempoh bantuan musim tengkujuh kepada enam bulan.

KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memacu pertumbuhan dan kemampanan industri getah negara terutamanya membabitkan isu tenaga buruh.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata bagi tujuan itu, Majlis Getah Malaysia (MRC) telah menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) memperkenalkan panduan berkaitan buruh kepada majikan dalam industri getah.

Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan industri getah tidak lagi berhadapan dengan isu buruh paksa yang menjejaskan eksport produk berkaitan getah negara.

Katanya, panduan yang diperkenalkan itu juga akan mengukuhkan sokongan kepada industri getah dalam memerangi buruh paksa.

"Panduan ini akan membantu majikan, khususnya mereka yang menggaji pekerja asing tentang cara mengenal pasti risiko buruh paksa dalam amalan pengambilan, pekerjaan dan penyumberan serta cara menangani, mencegah dengan berkesan.

"Ia mampu menghapuskan risiko tenaga buruh paksa dan mengelakkan syarikat pengeluar produk getah menjadi mangsa di kemudian hari.

"Ini adalah satu langkah progresif, satu langkah ke hadapan di mana kita mahu bertindak supaya industri getah domestik menjadi industri yang stabil dari semua aspek termasuk pengurusan, penanaman, kilang penapisan dan pengambilan buruh dari luar negara," katanya selepas majlis pelancaran panduan itu di sini hari ini.

Zuraida berkata, industri getah negara memang bergantung kepada tenaga buruh asing terutamanya dalam sektor pembuatan hiliran produk getah seperti sarung tangan dan tayar.

Beliau berkata, berdasarkan unjuran Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), lebih daripada 60 peratus daripada 71,800 pekerja dalam industri getah adalah pekerja asing.

Malah katanya, Malaysia juga telah secara berterusan dituduh menggunakan buruh paksa dalam industri getah.

Justeru itu katanya, persekitaran pekerjaan adalah menjadi tumpuan utama bagi memastikan isu buruh paksa dapat ditamatkan segera.

"Nilai eksport industri getah sebanyak RM71 bilion pada 2021 menjadikan ia industri penting dan penyumbang utama kepada ekonomi negara.

"Disebabkan itu, industri ini perlu diperkukuh dan menangani masalah berkaitan buruh dengan pantas.

"Panduan ini juga dapat memberikan keyakinan kepada global mengenai usaha kerajaan dalam menangani isu buruh sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur.

"Selain untuk kesejahteraan perniagaan dan ekonomi, ia juga bagi memberikan nilai adil kepada pekerja," katanya.

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/08/985908/kerajaan-akan-pastikan-industri-getah-terus-berkembang

Sumber: Berita Harian

PASARAN getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Selasa menjejaki pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga harga minyak mentah.

Menurut seorang peniaga, pengendali pasaran menjangkakan situasi bekalan yang terhad berikutan langkah-langkah pencegahan Covid-19 oleh negara pengeluar getah di Asia Tenggara serta memerhatikan petunjuk selanjutnya daripada prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS).



PETALING JAYA: Permintaan terhadap sarung tangan getah tempatan akan terus meningkat setiap tahun walaupun pandemik COVID-19 dilihat terkawal di seluruh dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata walaupun banyak pihak beranggapan permintaan terhadap sarung tangan getah akan menurun pasca pandemik, tetapi industri mengunjurkan pertumbuhan lebih 10 peratus terhadap permintaan itu setiap tahun.