ZULKARNAIN Latif termenung memikirkan harga getah yang semakin menurun di kebunnya Kampung Kubang Kiat, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan hari ini.UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
KOTA BHARU: Penoreh getah di negeri ini tidak berhasrat untuk menggantikan tanaman itu dengan kelapa sawit tetapi tetap setia dengan komoditi tersebut walaupun harganya menjunam sejak beberapa bulan lalu sehingga mencecah RM2.40 sekilogram.
Sungguhpun, perit untuk ‘ditelan,’ rata-rata pekebun yang ditemui menegaskan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain terus ‘bertahan’ dengan tanaman diusahakan itu sejak puluhan tahun lalu
Seorang pekebun dari Kampung Kubang Kiat, Ketereh, Zulkarnain Latif, 58, berkata, melihat kepada keadaan semasa tidak berbaloi untuk dia meneruskan tanaman getah ditambah pula dengan peningkatan harga input pertanian ketika ini.
Menurutnya, bertahan merupakan langkah terbaik yang ada ketika ini kerana untuk bertukar ke tanaman lain memerlukan perbelanjaan besar serta tempoh masa yang agak panjang menuai hasil.
“Kalau nak bertukar ke tanaman lain bukan sesuatu yang mudah, malah ia juga perlu melalui beberapa proses yang pastinya mengambil masa dan kos yang tinggi.
“Oleh sebab itu, saya terpaksa meneruskan tanaman getah ini walaupun agak terhimpit dengan harga getah yang sangat rendah,”katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, seorang lagi pekebun, Sarani Abdul Ghapar, 57, berkata, paras harga getah kini begitu rendah sehingga hasil yang diperolehi amat berbeza berbanding sebelum ini.
Katanya, sebelum ini dia mampu meraih pendapatan sehingga RM500 seminggu berbanding beberapa minggu kebelakangan ini, dia hanya memperoleh pendapatan RM200 seminggu.
“Bayangkan jika pekebun yang menoreh menggunakan sistem pawah, mereka hanya mampu memperoleh pendapatan RM100 seminggu.
“Situasi ini pastinya amat dirasai oleh pekebun getah seperti kami dan diharap agar pihak berkaitan dapat membantu menstabilkan harga getah selain menyediakan bantuan tambahan,” katanya. –UTUSAN
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Majlis Getah Malaysia (MRC) menjalankan kerjasama strategik dua hala bagi merangsang pengambilan tenaga kerja tempatan dalam industri getah negara.
Insentif yang dilaksanakan itu turut bermatlamat untuk menyokong dan mengukuhkan usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing yang sekali gus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dalam industri berkenaan.
NILAI: Industri getah negara berpotensi untuk terus berkembang tahun ini selepas merekodkan nilai eksport meningkat untuk mencecah RM71 bilion tahun lalu.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata potensi industri getah positif tahun ini turut disokong permintaan yang semakin meningkat daripada pasaran utama, sejajar dengan peralihan Malaysia ke fasa endemik mulai 1 April lalu.
PETALING JAYA: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menuntut harga lantai getah daripada RM2.50 sekilogram dinaikkan kepada sekurang-kurangnya RM3 sekilogram.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Salim Mohd Sharif berkata, harga lantai itu yang semakin menurun memberi kesan kepada penoreh getah apabila tidak dapat menampung kos sara hidup semakin meningkat.