PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga penanda aras minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.
Pada masa ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 1.38 peratus kepada AS$94.92 setong manakala unit tempatan merosot kepada 4.4730/4755 daripada 4.4660/4685 pada Rabu.
Sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, katanya.
KUALA LUMPUR: Pengeluar sarung tangan perlu menukar fokus perniagaan dengan memanfaatkan pemain industri daripada sektor bukan perubatan sebagai pelanggan bagi memastikan industri menguntungkan dan terus berkembang maju.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Getah Malaysia (MRC), Nor Hizwan Ahmad, berkata peserta industri wajar meneroka cara dan langkah secara kreatif untuk menjadikan industri sarung tangan menguntungkan dan berkembang semula walaupun tidak pada kadar yang sama sewaktu permintaan melonjak naik dan Purata Harga Jualan (ASP) melonjak melepasi paras tertinggi.
PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli (NR) Malaysia merosot 20 peratus kepada 22,498 tan pada April 2022 berbanding 28,106 tan pada Mac, terutama disebabkan musim luruh.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pengeluaran getah asli berkurangan sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun berbanding 23,013 tan pada April 2021.