BERITA GETAH 2022

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 5
13 NOVEMBER 2022

SIK, 5 Oktober- Lembaga Getah Malaysia (LGM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia (MARDEC) Bhd dalam usaha meneroka model baharu pembangunan pekebun kecil getah yang lebih sistematik yang dijangka meningkatkan pendapatan mereka.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata kolaborasi itu memastikan pekebun kecil getah dapat menikmati Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) dan menjadi lebih produktif serta mempunyai pegangan bersaiz ekonomi dalam industri huluan getah di samping memberikan pulangan setimpal kepada mereka.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 30
9 NOVEMBER 2022



KOTA BHARU: Malaysia akan kehilangan sumber pendapatan lebih RM15 bilion setahun menerusi industri getah sekiranya pekebun membuat keputusan menukar tanaman itu kepada kelapa sawit susulan kejatuhan harga komoditi berkenaan ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab. Rahman berkata, sebagai pengeluar getah asli berkualiti tinggi, tindakan itu memberi kesan kepada negara yang merupakan salah satu pengeksport utama komoditi itu di dunia.