KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Supermax Corporation Bhd pada suku pertama berakhir 30 September 2022 (suku pertama tahun kewangan 2023) merosot kepada RM5.71 juta daripada RM638.52 juta dalam tempoh sama sebelum ini berikutan purata harga jualan (ASP) yang kekal rendah dalam menghadapi persaingan yang sengit.
Pengeluar sarung tangan getah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, melaporkan bahawa perolehan berkurangan 86 peratus kepada RM247.97 juta pada suku pertama tahun kewangan 2023 daripada RM1.46 bilion sebelum ini.
PETALING JAYA: Nilai eksport getah dan produk getah Malaysia susut 52.8 peratus kepada RM10.298 bilion bagi suku pertama 2022 daripada RM21.839 bilion dalam tempoh sama pada 2021, sebahagian besarnya berikutan penurunan eksport barangan lateks iaitu sarung tangan dan peralihan negara ke fasa endemik.
Majlis Getah Malaysia (MRC) berkata, barangan lateks menyumbang 83.1 peratus daripada jumlah eksport produk getah, dengan subsektor sarung tangan kekal sebagai penjana pendapatan eksport terbesar untuk industri getah.
Subsektor sarung tangan bagaimanapun menunjukkan penurunan sebanyak 66.2 peratus bersamaan RM6.04 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama 2022, daripada RM17.86 bilion dalam tempoh sama pada 2021.
“Sarung tangan pembedahan kekal sebagai pendapatan tertinggi dengan pendapatan eksport hampir RM561.7 juta, meningkat hampir 13.3 peratus daripada tahun sebelumnya manakala benang lateks naik 21.8 peratus kepada RM240 juta berbanding RM197.1 juta pada tahun lepas.
“Kateter mencatatkan peningkatan sebanyak 66.5 peratus kepada RM113 juta dan produk buih menunjukkan kenaikan yang ketara sebanyak 204.2 peratus kepada RM106.1 juta,” menurut kenyataan itu.
Terbesar Bagi prestasi eksport produk getah kering pada suku pertama 2022, tayar yang merupakan eksport terbesar dalam sektor produk getah kering mencatatkan peningkatan sebanyak 4.5 peratus berbanding tempoh sama pada 2021, naik daripada RM429.9 juta kepada RM449.1 juta.
Aspek ketara lain termasuk barangan getah perindustrian, yang terdiri daripada produk untuk sektor automotif, perlombongan dan pembinaan, mencatatkan RM377.2 juta (23.2 peratus), diikuti barangan getah am sebanyak RM375 juta (9.7 peratus) dan kasut sebanyak RM150.1 juta (4.1 peratus).
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai pengimport utama negara untuk tayar, meningkat sebanyak 17.6 peratus berjumlah RM 193.6 juta, berbanding tempoh sama pada tahun lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Nor Hizwan Ahmad berkata, pengeluar sarung tangan perlu menukar tumpuan mereka kepada pemain industri bukan perubatan sebagai pelanggan berpotensi dan utama mereka untuk menjadikan industri itu lebih menguntungkan dan terus berkembang maju daripada memberi tumpuan kepada sektor penjagaan kesihatan.
“Pemain industri perlu mengkaji cara dan kaedah dengan kreatif untuk menjadikan industri sarung tangan menguntungkan dan berkembang semula.
“Ini kerana, sarung tangan gred bukan perubatan pakai buang terdapat dalam pelbagai saiz, warna, ketebalan dan tekstur. Penggunaan sarung tangan sedemikian wujud dalam perniagaan dari pusat tatu hingga ke makmal dan malah, pusat jagaan kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN
KUALA LUMPUR – Eksport getah asli Malaysia berjumlah 41,548 tan metrik pada Oktober 2022 menurun 23.8 peratus berbanding September 2022 (54,542 tan metrik).
Prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom. Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai sebanyak RM1.1 billion pada Oktober 2022, menurun 13.2 peratus berbanding September 2022 (RM1.3 billion).