BERITA AGRIKOMODITI 2022

PASARAN getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini berikutan penurunan harga minyak mentah dan inflasi yang melambung tinggi.

Seorang peniaga berkata, pasaran hadapan getah serantau turut menunjukkan prestasi yang serupa.


KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, diseret oleh pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan keadaan harga minyak yang bercampur-campur disebabkan kemelesetan ekonomi Eropah dan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang dijangka mengalami kenaikan mendadak.

Menurut seorang peniaga, kerugian selanjutnya, bagaimanapun, dihadkan oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS dan ikrar China yang mahu melaksanakan pembaharuan dalam meningkatkan ekonominya.

PASARAN getah Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kenaikan harga penanda aras minyak mentah dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.

Pada masa ini, harga penanda aras minyak mentah Brent naik 1.38 peratus kepada AS$94.92 setong manakala unit tempatan merosot kepada 4.4730/4755 daripada 4.4660/4685 pada Rabu.

Sentimen pasaran turut disokong oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh, katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 25
22 OGOS 2022

Sumber: Berita Harian, Ms 32
2 Julai 2022