KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal sihat untuk separuh pertama 2022 dengan jangkaan pembetulan kecil pada separuh kedua 2022 apabila pengeluaran MSM diunjurkan meningkat.
Hap Seng Plantations Holdings Bhd berkata, pengeluaran minyak sawit menunjukkan tanda pemulihan pada suku pertama 2022 walaupun berlakunya hujan lebat dan banjir yang menjejaskan aktiviti penuaian dan pemprosesan, khususnya di Sabah.
MELAKA – Industri sawit negara terus merudum apabila kekurangan lebih 80,000 tenaga buruh asing selain rakyat tempatan tidak berminat untuk bekerja dalam lapangan itu.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, jumlah tenaga tempatan hanya meningkat 0.6 peratus pada tahun ini selain hanya menerima kemasukan 13,000 buruh asing berbanding 100,000 yang diperlukan.
JOHOR BAHRU: Kulim (Malaysia) Bhd (KULIM), melalui anak syarikat perladangannya, Mahamurni Plantations Sdn Bhd (MPSB), akan membina loji pengekstrakan minyak gentian sawit (PFOE) pertama di kilang kelapa sawit Sedenak, Johor.
Sebagai salah satu inisiatif yang menukar sisa menjadi bahan berguna, loji PFOE mengekstrak minyak daripada gentian mesokarpa buah tandan segar yang diproses untuk menghasilkan minyak sawit merah yang boleh dijual pada 85 peratus daripada harga minyak sawit mentah.