KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit mentah (MSM) bagi Disember 2021 jatuh 11.89 peratus kepada 830,339 tan daripada 942,354 tan bulan sebelumnya berikutan pengeluaran dan eksport yang rendah, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Inventori minyak sawit diproses bagi pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia itu pada akhir Disember turut menyusut 13.95 peratus bulan ke bulan kepada 752,701 tan daripada 874,707 tan, kata MPOB dalam satu kenyataan hari ini.