BERITA AGRIKOMODITI 2022

 
BENTONG – Penyertaan pekebun-pekebun kecil di Pahang sebagai ahli Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) masih rendah iaitu kurang 1.0 peratus.

Sehubungan itu, pekebun kecil sawit digesa mengambil peluang berdaftar keahlian KPSM untuk mendapat faedah yang disediakan oleh kerajaan, menurut Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata,



KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyeru pekebun kecil kelapa sawit yang layak untuk memohon insentif yang ditawarkan di bawah kementerian iaitu Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (ITa) dan Skim Pembiayaan Mudah (Agro Bank - MPOB)

Menteri Datuk Zuraida Kamaruddin berkata di bawah ITa, pekebun kelapa sawit yang menanam nanas layak mendapat insentif RM7,000 sehektar, manakala pekebun yang menanam pisang, tembikai, jagung dan betik pula layak untuk memohon insentif sehingga RM3,000 sehektar.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 15
26 SEPTEMBER 2022




Tinjauan terhadap sektor perladangan sawit adalah positif dengan harga yang tinggi - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport baharu Indonesia menerusi harga minyak sawit mentah (MSM) yang lebih tinggi, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).

Ia menjelaskan, peraturan eksport baharu Indonesia yang berkuat kuasa pada 27 Januari 2022, melebarkan jurang harga MSM domestik antara Malaysia dan Indonesia sebanyak RM246 satu tan kepada RM1,378 satu tan pada 3 Februari, berbanding RM1,132 satu tan pada 27 Januari.

SUMBER: BERITA HARIAN, MS 30
17 NOVEMBER 2022

\