BERITA AGRIKOMODITI 2022


PARIS – Larangan produk minyak sawit Indonesia tidak menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan bagi pasaran Kesatuan Eropah (EU) kerana blok itu mempunyai rizab selama beberapa minggu, kata kumpulan minyak sayuran EU FEDIOL.

Indonesia yang merupakan pengeluar minyak sawit terkemuka dunia telah mengenakan larangan eksport ke atas bahan mentah untuk minyak masak, termasuk beberapa produk seperti olein sawit (RBD) ditapis, diluntur dan dinyahbau, minyak sawit mentah dan ditapis, dalam usaha menurunkan harga minyak masak.

EU mengimport kira-kira 335,000 tan minyak sawit mentah dari Indonesia secara purata setiap bulan, mewakili lebih 40% daripada jumlah import minyak sawit mentah, kata FEDIOL.

Ia juga mengimport dari lain-lain negara termasuk Malaysia, Papua New Guinea dan beberapa negara Amerika Latin.

“Pada masa ini terdapat 4 hingga 6 minggu jumlah minyak sawit tersedia di kemudahan penyimpanan Eropah dan keputusan sementara oleh kerajaan Indonesia tidak menimbulkan kebimbangan terhadap bekalan di pasaran Eropah dalam jangka pendek,” kata FEDIOL.

Dalam satu kenyataan berasingan sebelum ini, organisasi itu berkata, bekalan minyak bunga matahari telah bertambah baik di EU sejak beberapa minggu lalu apabila pengeluar menyesuaikan diri dengan kekurangan bekalan Ukraine dan beberapa minyak bunga matahari telah tiba dengan kereta api dan trak. – Reuters (https://www.reuters.com/article/indonesia-palmoil-europe/indonesias-palm-oil- export-ban-does-not-threaten-eu-supply-producers-idUSKCN2MQ0XK)

https://malaysiagazette.com/2022/05/05/larangan-eksport-sawit-indonesia-bukan-ancaman- kepada-eu-pengeluar/?amp
SUMBER: Malaysia Gazzete




PUTRAJAYA: Peserta sawit di negara ini perlu mengambil peluang larangan eksport minyak sawit Indonesia dengan meningkatkan keupayaan inovasi sambil meneroka strategi terbaik untuk memenuhi permintaan pasaran dunia.

Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata pengusaha ladang kelapa sawit dan pengeluar minyak sawit Malaysia harus berganding bahu bagi merebut peluang yang wujud selepas keputusan Indonesia menghentikan eksport minyak sawit.





KUALA LUMPUR: Syarikat perladangan sawit hiliran di Malaysia dijangka meraih manfaat daripada langkah larangan eksport Indonesia yang hanya dikenakan terhadap olein sawit (RBD) bertapis, diluntur dan dinyahbau.

Penganalisis RHB Research, Hoe Lee Leng, berkata larangan eksport yang tidak membabitkan minyak sawit mentah (MSM) itu berkemungkinan mendorong syarikat perladangan Indonesia yang mempunyai kapasiti hiliran di Malaysia membuat keputusan untuk mengeksport MSM ke negara ini bagi tujuan penapisan.



KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yakin lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Turkiye baru-baru ini, bakal perkukuh hubungan dua hala dengan Ankara.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata kementerian itu optimis hubungan dua hala Malaysia-Turkiye akan terus berkembang terutama dalam sektor perdagangan dan eksport komoditi negara seperti minyak sawit.

 SUMBER: BERITA HARIAN, MS 30
19 MAC 2022