KOTA KINABALU: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi komited mencari jalan penyelesaian dalam usaha menangani isu kekurangan bahan mentah industri koko negara ini.
Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata penghasilan bahan mentah dalam negara terutama biji koko pada masa ini tidak dapat menampung permintaan diperlukan bagi pasaran produk koko dalam negara, apatah lagi untuk memenuhi permintaan pasaran luar negara.